Oct 15 2006
Potato wedges & Garlic Bread
Mula mula berita penting. Sebelum blog ni dipost, bilangan total posts dah menyamai bilangan total comments iaitu 161.
Keep on posting your comments. I love to hear your opinion plus and love to see the numbers increase as it means that you read my blogs or you just read it halfway and see the pictures but you wanna give the support, for whichever the reason is, I don’t care…
Semalam aku ubah rasa skit. Instead of having rice/pizza, aku gi beli potato wedges dan garlic
bread. Dan bakar dalam oven. Sedap gak berbuka dengan tu. Lewat malam, baru makan nasik. Hari ni pun layan benda yang sama. Lepas makan pizza yang lagi separuh ari tu, cam muak lak. Kena 2-3 hari kot sebelum recover.
Tup tup minggu depan dah nak raya. Aku berwebcam ngan family aku tadi. Anak menakan aku, Darwish tanya, ‘Pak Tam dah beli baju raya ke?’ (Anak2 menakan dan anak2 sepupu panggil aku Pak Tam). ‘Tak beli, baju kat sini mahal’,aku balas ringkas. Memang ada terfikir nak beli baju, tapi bukan untuk raya. Untuk winter. Ngeri aku tengok minggu ni, suhu dah dekat 9 darjah celcius. Tadi aku baru beli heater. Abis la 20 pound. Tapi, kena ada gak. Badan aku cam bleh tahan. Tapi tangan yang jadi cam beku skit. Itu yang susah tu..
Aku tak la kisah sangat fasal raya. Mengenangkan lagi seminggu nak raya, maksudnya dah nak habis bulan puasa, rasa x best pun ada. Sebab kalo hari2 biasa, kena makan 3 kali sehari sekurang2nya. Aku gunakan istilah ‘kena’ sebab perut aku akan angin kalo lewat makan. Dah nak kena fikir fasal makan plak nanti. Salah satu isu yang sederhana besarnya kat sini. Ye la, takkan aku nak menjamah pizza untuk sarapan, lunch dan dinner. Kena mencari menu lain lagi ni. Takpe2, semalam dah jumpa garlic bread, InsyaAllah nanti bleh jumpa benda lain plak.
Kelmarin dulu, birthday housemate aku, Shinmi. Aku balik dari kuliah, nampak diorang berkumpul ramai2 kat ruang tamu. Aku tau la diorang tengah berparty. Tapi xler macam party yang biasa kita tengok dalam tv tu. Setakat lebih kurang 10 orang jer. Tapi diorang pun kira okey la gak. Dah party tu ader beer, diorang x la jemput aku. Kiranya, diorang faham la. Senang gak hati aku. Takyah panjang2 nak explain.
Ni la kali pertama yang aku betul2 duduk dengan orang bukan Islam. Culture diorang memang dah bleh dijangka (hasil kajian mendalam yang aku lakukan melalui media a.k.a tengok banyak sangat citer barat). Tapi sedar x sedar, berada dalam keadaan minoriti agak memberi kesan pada pergerakan aku. Aku tersedar, dalam keadaan macam ni, macam mana aku selaku seorang individu merupakan satu model kepada bangsa dan agama. Aiseh, dah jadi cam blog kemerdekaan la plak. Bukan apa, kalo dalam kelompok majoriti, macam kat Malaysia, banyak je orang yang amik falsafah ‘who cares’ dan ‘let me be the way I want to be’. Tapi kalo buat macam tu kat sini, sedikit sebanyak akan memberikan perspektif diorang ni pada orang Malaysia ataupun orang Islam.

Ari tu diorang tengok cerita keji United 93, yang fasal kapal terbang kena hijacked waktu 11/9 tu. Aku dah terduduk. So tengok je la.Cam nak blah in the middle of the story sebab sedih tengok camner orang Islam dipotraykan dalam citer tu.
Tapi aku nak blah pun, aku takut diorang ingat aku cam takleh terima ke apa. Besides, I guess I could learn some points of the movie to counterback and misleading information later on.
Dan aku berbual la skit dengan Paul fasal movie nih. I told him the things I think matter, such as not to blame the whole Muslim for the things happen. Although I cannot read his mind, but at least he treats me well. You might say that people nowadays are more open, and they treat people based on their merit, but I just don’t believe that much. Coz ethnicity plays part, and surely with religion also. And as long as they give me the respect of who I am, I cannot ask for more…










