Oct 20 2006

Ponteng

Published by flexin-am at 8:23 pm under When I was a boy...

Aku buat satu kategori baru, ‘when I was a boy…’. Terasa nak recap balik perkara2 yang masih lagi dalam ingatan. Nanti tua2, bleh baca balik. Aku baca blog aku yang aku tulis bulan Februari pun dah lupa, inikan plak yang dulu2, ye x? And I called it ‘when I was a boy’ because it this moment, I couldn’t consider myself as a ‘boy’ anymore. Dah ler aku yang paling tua kat dalam rumah ni, Steve(bday dia ari ni 20hb) dan Shimmi, 21 tahun. Paul dan Bernie plak 20 tahun. Aku ingat diorang lebih tua dari aku. Salah laa.

Tadi aku main2 piano kat bawah. Bebudak tu suma kuar gi sambut bday Steve. Menekan2 not2 sumbang, aku pun cuba2 untuk main 3-4 lagu. Masuk lagu titanic skit, lagu sound of music skit, lagu raya pun aku cuba main (perkataan ‘cuba’ digunakan bermaksud aku memang x reti sebenarnya nak main piano nih). Tetiba teringat lagu waktu darjah 4. Bebudak kelas aku pakat2 duk nyanyi lagu nih. Tajuk ‘Ratu’. Muzik dia agak catchy. Tapi aku tak tau sebab aku ponteng waktu tu.

Dan seingat aku, itulah kali pertama (dan buat sekalian kalinya, tak jemu2 (dilagukan seperti lagu Flop Poppy)) aku ponteng. Tapi waktu tu tak tau lagi istilah tu. Aku pengawas pusat sumber waktu tu. Kelas muzik plak cikgu dia garang. Rumour mengatakan sesiapa yang x bawak recorder akan disuruh amik penyapu dan tiup. Aku cakap rumour sebab aku x pernah nampak lagi. Dan perangai aku plak, kengkadang selalu tertinggal recorder kat rumah. Ada la 2-3 kali. Jadi untuk mengelakkan aku kena marah, rasa malu dan menjatuhkan reputasi aku (takde la… sajer je tulis), aku masuk dalam library, dan lepak kat kaunter.

Ader gak la kakak2 darjah  yang tegur, apa yang aku buat kat library. Aku dah tak ingat apa yangComel
aku jawab. Agaknya sebab tak pernah kena tangkap, maka aku tak tau la ponteng kelas tu salah, memandangkan kelas yang aku ponteng tu ialah kelas yang aku tak suka.

Maka aku pun x tau la lirik lagu yang kawan2 aku nyanyi.

Masuk lak darjah 6. Aku pindah ke Kedah. Aku ponteng lagi, tapi kali ni ponteng padang. Aku tak turun PJ sebab takde senaman aper, asal PJ jer main bola. Takder permainan lain. Aku memang x suka main bola, kalo waktu kat sekolah menengah, bila diorang main hoki je yang aku betul2 join. Kalo main bola, bila bola ke kanan padang, aku akan lari ke sebelah kiri, begitulah sebaliknya. Kalo hoki, aku akan gi defense la. Aku punya otot tangan lebih dominan la dari otot kaki, tu sebab suka main bowling. Berbalik ke ponteng padang. Tapi kali ni, untuk make sure yang aku tak get in trouble, aku gi confront cikgu PJ, bagitau aku nak stay kat kelas sebab nak buat kerja. Dan disebabkan aku macam budak baik yang selalu siapkan kerja sekolah, maka aku pun diberikan perlepasan tersebut. For sure la bebudak lain berbulu dengan aku sebab diberikan keistimewaan tersebut. Padahal kalau aku join masuk main bola dengan diorang pun, mutu permainan takkan la meningkat pun.

Sekolah menengah tak ponteng kelas kot. Masuk matrix, yang aku teringat, ada la sekali. TuBukitmerah02
ponteng beramai dengan roommate2 aku - Spider, Ali dan Emon. Entah apa sebabnya, semua orang tak jaga sampai pukul 8 pagi. Err.. sebenarnya Ali tukang gerak kitorang. Sebab dia rajin bangun awal turun surau. Dah dia tak jaga, yang lain pun lelap la. Maka burn la kelas kul 8.00 - 9.00. Dah la waktu tu, pensyarah duk tunggu kat tengah tapak perhimpunan KMPP, denda siapa yang gi kelas lewat. Aku dah gabra, nak pergi ke tak kelas kul 9. Sebab kalo lalu depan tu, for sure bleh kena tangkap. Baju dah siap pakai dah. Tetiba pintu bilik kena ketuk. Jam kul 8.45pagi. Nervous dah nih. Tapi2 tiba2 dengar suara yang familiar. Ariff (x-F1P4), budak kuliah dan praktikum aku. Dia balik bilik sebab kuliah 8-10 cancel. Aku menghembus nafas, lega. [Gambar waktu balik dari Bukit Merah waktu form 3. Aku yang duk tengah kat blakang tu. Comel x?]

Arif masuk dengan rumour, ‘oh, korang dah tau kuliah takde yerk?’ Aku gelak. Aku bagitau Ariff tapi tak bagi dia bagitau orang lain. Bila kitorang gi kuliah seterusnya, bebudak lain cam geram sebab tak bagitau diorang yang kuliah batal. Aku dan Emon sama kuliah. So bila kitorang dua-dua takde, diorang assume yang Emon dah tau dari lecturer lebih awal. Aku senyum jer. Takkan nak bagitau yang aku bangun lewat kat satu kuliah kot.

Kemudian masuk U. Ni la saat yang paling banyak aku ponteng.
Waktu first year first sem, dah ponteng sebab paper MAT181(C++) clash dengan ZCA101(Fizik - Mekanik). Aku ponteng fizik sebab Mahadi(Fizik USM) pun gi kelas tu. So bleh amik nota dia. Walaupun selepas tu, aku baru tau yang sebenarnya aku boleh dipaksa drop kalo clash camtu. Tapi takpe, dah dapat dah scroll, so tak aci tarik balik ek…
Masuk 2nd dan 3rd year, lagi banyak aku ponteng dengan alasan ‘malas’ ataupun ‘masuk kuliah pun x faham’ (Peringatan: sikap ini tidak patut dicontohi dan diamalkan). Waktu kuliah Dr ****** (diblank untuk mengelakkan kontrovesi), dan Dr ********, aku akan sambung tidor balik kalo kuliah tu jatuh kul 8. Malas nak bersiap2, naik motor dari Tekun, menunggu lampu isyarat waktu awal2 pagi. So, berdengkur la aku sampai kul 10 pada hari2 tertentu. Bleh tanya Mahadi untuk pengesahan sbb dia roommate aku waktu tu.

Fikir2 balik, apa ke buruknya perangai….

[Gambar dari http://www.cal-peds.com/]




Comments RSS

Leave a Reply