Oct 08 2006

Pusing pusing London

Published by flexin-am at 1:38 pm under Life in UK

Bru_013Semalam aku turun Central London, cari laptop. Dapat la Acer Travelmate 290. 350 pound. Kira okey la. Cari kat kedai komputer area tempat tinggal aku nih, semua yang lebih 400 pound. Kira berbaloi gak la pusing2 London. Dah ler aku gamble je. Tak tau pun kat mana ada kedai pc. Tetiba nampak ada tempat diorang jual komputer. Beli jer la..

Ni gambar sebelah ni kat Hyde Park. Dekat dengan stesyen yang aku turun dari kereta api. Paddington Station. Aku baca dari travel guide book yang aku beli 0.70p dari charity shop cakap, ada banyak kedai kat Oxford Road. Central_londonTapi semuanya kedai2 baju jer. Gambar sebelah ni kat Oxford Road la. Disebabkan aku xder plan pun nak melancong, so aku balik lepas tu. Tapi sempat gi Masjid Central London. Kira besar gak la. Sama besar dengan masjid negeri kat Malaysia.

Teringin nak pusing2. Jalan2 ala2 Amazing Race, tapi penat la. Dah la kena mengusung laptop lagi.

Tapi semalam, puas hati la. Aku dapat berwebcam dengan family aku. Mak, ayah, abang dan kak ipar aku serta anak2 abang aku pun ada sekali. Anak2 menakan aku kena la jerkah skit2 macam selalu diorang kena kat rumah. Kena jerkah online dari UK, how cool is that :)

Internet laju. Aku download survivor 350MB kurang dari sejam sbb bleh cecah dekat 150KBps. So, aku duk mendownload la citer2. TV duk tengok jugak tapi loghat UK ni aku x brapa suka. Dah la citer telenovela, takde muzik dan cam xder ekTescospresi je diorang ni. In contrast dengan telenovela sepanyol. Sungguh x ceria.

Tesco
Barangan jenama Tesco menjadi pilihan. Sebab harga dia murah. Nak beli syampoo, tengok beza dengan brand lain sampai dekat 1 pound. Ala, setakat nak basuh kepala, apa nak kisah sangat ye x?

Online
Diinspirasikan dari One Tree Hill (Lyana, kan ke betul hero x mati..), yang mana Peyton slalu online dia nyer webcam, aku akan cuba untuk sentiasa on aku punya webcam. So, kalo korang bosan2 atau rindu2  nak tengok aku, bleh la. Tapi xder la apa. Sebab dalam bilik. Sama je kalo aku boh kat Malaysia. Biar dekat di mata. jauh di hati takpe, dekat2 nanti duk rindu susah plak.

So, korang bleh install yahoo Messenger dan tengok aku online. Tapi, kalo status aku busy, diharap takyahla duk bermesej dengan aku. Email aku flexin_am@yahoo.com

Video

Aku baru je upload video seminggu aku kat sini. Tengok la kat friendster profile aku atau masuk ke http://www.youtube.com/watch?v=TQjKuCPvvDY




4 Responses to “Pusing pusing London”

  1.   eddyon 08 Oct 2006 at 3:11 pm

    wah…
    bez nyer dpt beli laptop.
    aku pn bru je beli laptop. leh r wat asgment aku. tp, aku x install YM pn… xtau cmne! naye tul… huhuhu…

  2.   sHiKiN naaon 08 Oct 2006 at 10:42 pm

    hidup tesco hidup!!!klau kat mesia ni ada 3 jenis..tesco value, tesco choice, tesco import…

    tesco value ni always the cheapest b’coz bleh guna utk minimum function la. klau gula tesco value tu utk manis je la…bkn gula utk diabetic tu…

    tesco choice ni setanding dgn quality leading brand but cheaper…

    tesco import tu besa la yang import la kan…

    ni kat mesia la..kat penang to be specific…

    tau2 la kan…aku kan tesco girl!!campaign la sket…

  3.   NAZon 08 Oct 2006 at 11:12 pm

    Bravo!!!! Keep writing, Am..

  4.   tramizion 09 Oct 2006 at 12:33 am

    wei, ko nie g melancong ke study? citer banyak sket pasal kelas, dari jalan2 london yang bleh buat orang lain jealous. wakaka.

Comments RSS

Leave a Reply