Oct 21 2006
Slang | Halal haram, sah x
Abang aku tanya, ‘kenapa dah tak tulis fasal London dalam blog’. Aku bgtau la yang blog ni memang asalnya tempat untuk aku citer bebenda yang aku fikir. Tak semestinya fasal kehidupan seharian, ye x? Tapi sebenarnya, dari perspektif lain, lagi kurang aku tulis fasal kehidupan kat London ni, maksudnya aku kurang la berfikir tentang hidup aku kat sini which means yang hidup kat sini dah aku adapt la. Dah bleh sesuaikan diri.
Slang
Aku nak tergelak pun ada dengar slang kat UK nih. Kalo aku pergi universiti, aku x akan dapati yang masyarakat kulit putih sebagai dominan. Sebab banyak sangat bangsa lain. Arab, Jepun, China, Latin, dan banyak lagi. Maka there’s no such thing as bad pronouciation here. Mungkin la orang tempatan akan dikutuk kalo salah pronounce sesuatu perkataan seperti mana housemate2 aku selalu duk gelak bila tengok tv dan kalo ada orang tersalah pronounce sesuatu perkataan. Kalo foreigner atau bangsa lain, xder masalahnya kalo sebut tersalah sikit.
Susah nak ikut slang tempatan. Tambahan lagi kita orang Malaysia yang tengok banyak citer dari Amerika. Tadi aku tengok ‘Ant & Dec Saturday Night Show’ (Ant & Dec ni pengacara Pop Idol. Korang pernah tengok diorang kalo korang tengok World Idol dulu). Dia sebut perkataan ’sad’ pun pelik semacam. Macam dengar bunyi ’sard’(bunyi a pada makan) berbanding sebutan ’se’d'(bunyi e pada tembak).
Halal haram, sah x
Dah duk tempat orang ni, mana la nak bleh demand macam2. Tapi at this moment, aku dah tak der masalah dah. Apa2 je benda yang menjadi tanda tanya, terus je fikir, halal ke haram. Sah ke x?
Bukan apa, kalo kat Malaysia, asal ader chance nak tukar pakai kain untuk solat, biasanya tukar la walaupun seluar setakat kotor skit jer. Kat sini, takdenyer bleh senang2 hati nak buat macam tu. So, setakat kotor2 yang bukan najis (tanah ke, kari ke), pakai jer seluar tu untuk solat. Bukan apa, kalo nak tukar, banyak hal jugak + sejuk… Maka kaedah ’sesuatu itu kekal selagi mana tiada benda yang mengubahnya’ digunakan la (Sila rujuk nota berkenaan sumber dan perundangan Islam untuk maklumat lanjut. Jangan taklid ayat aku jer tau). Maksudnya kalo dah asal seluar tu bersih, dan takde la plak terkena najis ke apa, kiranya seluar tu masih bersih la. Tak la duk ikut was2 dalam hati jer.
Sama la kes macam mandi. Kalo kat Malaysia, asal balik petang2, sebelum Maghrib biasala kita mandi ye x? Ade gak orang cakap ‘biar bersih sebelum solat’. Bagus la tu. Tapi still dengan pendekatan yang sama. Kalo x mandi sehari 2 pun, solat still sah. So, aku pun x la mandi. Setakat ni paling lama aku x mandi ialah 2 hari. Dan sepanjang minggu lepas, tiap2 hari mandi. Tapi bila dah masuk winter, dan suhu akan mencecah 0, keselesaan dah takbleh jadi prioriti. Sebab mandi tak kena gaya pun bukan menyebabkan badan sihat dan bersih, tapi jugak bleh mengundang penyakit. Ari tu aku cuba mandi pagi, badan menggeletar semacam dan hidung berair (hingus la). Start dari ari tu, aku x mandi pagi.
Banyak jugak persoalan yang timbul, tapi aku x nak menghuraikan banyak kat sini aku takde wide knowledge untuk backup hujah. Tapi sebenarnya bagus jugak. Sebab ader beberapa persoalan yang timbul dan ada jawapan yang kadangkala bercanggah dengan kebiasaan (bercanggah dengan kebiasaan tak la maksudnya salah. Kalo dalam hukum, mungkin disebabkan perbezaan mazhab). Misal yang paling mudah, batal tak wudhuk kalo sentuh wanita bukan muhrim? Persoalan ini biasanya timbul waktu nak gi Mekah. Dan recently aku cari jawapan, apa hukum bersalaman dengan wanita bukan muhrim.
Banyak benda yang boleh kita discover. Mungkin keselesaan menyebabkan kita tidak sedar.
Keterai terpanggil untuk memberi komentar setelah sekian lama membaca blog sahaja.
Matlamat tidak menghalalkan cara. Berkenaan dengan hukum berjabat tangan dengan wanita bukan muhrim.
Sila rujuk sini :
http://dusk-till-dawn.blogspot.com/
Pendapat dari seorang ustaz yang takut kena buang kerja : http://www.shukur.org/v4/diskusi/index.php?PHPSESSID=ec5e15aca0338a833da73131513f3c76&topic=16937.msg25243
No. 87 : http://www.darulnuman.com/soal/urut9.html
Saranan : Ikutilah jemaah, serigala hanya menerkam domba yang ketunggalan. Find this place : http://www.danielpipes.org/blog/541
kalau amik wuduk part kaki bole basuh boot shj kan?pernah buat?my lecturer usul fiqh yg bgtau.dia citer zaman dia dok UK mmg biasa buat mcm tu…asas ape yer..istislah/maslahah kut..x igt,nnt sy check balik.
Kalo pakai kauf bleh buat camtu. Kauf = kasut kulit (ada jenis dia la) yang melekat kat kaki. Tapi kena amik wudhuk dulu sebelum tu. Pakai kauf tu. Pastu kalo terbatal wudhuk, nak amik sekali lagi bleh sapu jer atas kauf tu.
Tapi tak pernah try. (P.S: Sapa nak try sila cari maklumat lanjut. Yang tadi tu basic jer). Takpe, ader air panas. So, bleh jer memanaskan kaki bila time wudhuk:)
pembetulan…bukan maslahah tp qiyas..hehe kang x pepasal je ade yg claim kite buat ajaran sesat.