Nov 18 2006

Casino Royale : ‘Bond’ing with my coursemates

Published by flexin-am at 4:50 pm under Life in UK

Karli, budak Austria, tiba2 datang sebelum ujian. Tanya samaada aku nak join diorang tengok Casino Royale malam ni kat Odeon. Aku fikir2 gak selepas tanya berapa harga tiket. Ish, kalo convert duit Malaysia, boleh tengok dekat 7 kali tu, waktu weekday kat Gurney. Emm… aku akhirnya decide untuk pergi. Dan lepas tu, Karli la yang jadi tukang menanya bebudak course aku sama ada diorang nak gi ke x. Sorang budak Jerman dan Tahir je yang x pergi. Tahir, sebab dia kerja ari Sabtu. Prof Mathias pun kitorang ajak skali pergi.

Casinoroyale002
So malam smalam, aku singgah jap bilik Seimon sebelum jumpa kat bus stop. Pastu jalan ramai2 gi Uxbridge Town Center. Tak le lama mana. Dalam 15-20 minit. Tapi sebab sambil berjalan, sambil sembang, so x la terasa sangat. Pensyarah yang ajar Computational Maths, Prof Mathias pergi tapi Prof Norbert Hueuer tak pergi. Ader kerja katanya. Dulu Prof Norbert mengajar kat Chile, tapi kedua2 pensyarah tu dari University of Hannover, Germany. Prof Mathias ler cerita kat aku sementara tunggu nak masuk. Saja sembang2. [Gambar: Prof Mathias, Seimon, Germany girl dan Ian dari German gak]

Casinoroyale003Casino Royale?? Aku rasa okey la. Aku bagi 3.2 bintang dari 5. Waktu tayangan kul 10.30, tapi dekat kul 11, baru mula. Iklan bukan main lama. Tapi sepanjang cerita tu, aku asyik terfikir paper stochastic aku jer. Mana taknya, bila ada scene gambling, dengan bagitau wang pertaruhan, bila kalah etc, aku terus terfikir fasal Gambler’s Ruin yang kitorang belajar dalam statistik. Istilah2 absorbing boundary dan non-absorbing boundary berlegar2 dekat kepala aku. Pastu ader watak mathematician, dan salah satu karakter yang bernama Mathews (tapi dipronounce Mathias sbb dari Europe), satu set cukup lengkap untuk mengingatkan kitorang fasal study. Dah ler pagi sebelum tu baru je sit for stochastic exam (stochastic tu lebih kurang sama dengan statistik laa). [Gambar, kat depan bus stop. Dari kiri: Udy,Claudia,Philip dan sorang budak Austria)

Kuar dari panggung, aku berseloroh dengan salah sorang budak dari German, 'Did you calculate the probability of winning the game.' Ha ha, lawak sesama bebudak math, memang la pelik sikit, ye x.

Casinoroyale014
Aku sempat bersembang dengan Claudia, salah sorang budak yg menyerlah kepintarannya dalam kelas, yang turut bawak kamera digital dan mengambil gambar malam tu. [Gambar: dengan Claudia, tapi pose tu cam boleh disalah ertikan je, err... ]. Dia tanya aku, ‘how many pictures do you take a day?’ Ha ha, nampak sangat yg hobi mengambil gambar aku dah mula obvious dalam kalangan coursemates aku. Aku bgtau la, yg bila ada occassion2 macam ni, aku suka la amik gambar sbb lepas tu aku compile buat vclip.

On the way balik, diorang duk sembang fasal filem tu. Seimon kata tak best, sbb banyak part tak logik. Aku tak fikir sangat fasal logik bila tengok citer action nih, sbb kalo nak make sure logik, tak sampai 10 minit filem tu, hero patut dah mati dah. Cuma aku suka la sbb banyak elemen fresh dalam 007. Fresh dalam erti kata, tak sama dengan action movie yg aku tengok sebelum ni la. Contoh fresh: macam Spiderman stop kereta api dan kereta api tu nyaris terhumban, as seen on real life back in Kuala Lumpur.

Seimon mempertikaikan adegan James Bond brek dan kereta tu terhumban. Emm, betul jugak, sepatutnya berpusing je atas tanah kalo ikut logik. Ahh, kalo ikut logik, JK Rowling takleh cari makan la ye x.

Casinoroyale025
Balik dah kul 1.30 pg, dan bas dah xder. Ala, rugi plak aku x mengayuh basikal ke U. Sbb malam tu tak la sejuk sangat. So, disebabkan aku x nak menapak 5-6 km ke rumah aku, aku decide untuk lepak semalam kat bilik Seimon. Esok paginya baru la balik umah.

[Gambar: dalam bilik Seimon]

Tambahan: Sorry ar sbb gambar, belakang ader botol arak. Aku pun x prasan sbb aku resize dan terus publish jer. BTW, just for information, ader gak air2 bukan arak yg dijual dalam botol sedemikian rupa. Aku gi restoran kat East London ari tu, atas meja ada botol camtu. Ingatkan arak, tapi air mineral yg berperisa apebenda tah, harga 2-3 pound. Housemates aku mengatur ‘elok’* botol2 arak kat atas piano. Err…

 




One Response to “Casino Royale : ‘Bond’ing with my coursemates”

  1.   Mohd Farizon 25 Nov 2006 at 3:13 am

    Ang tgk dah Casino Royale?? Good thing ada org nak ajak pegi, kt sini aku ajak sapa pun tanak pegi..bosan tui. Aku dah ketinggalan byk movie nih, sampai dah terlupa title2 yg lom tgk..oh well~ and hey, your friend Seimon sure is ‘big’. How much does he weight anyway? Hehehe ;p

Comments RSS

Leave a Reply