Nov 12 2006
London Tour with Udy | Study | Harry Potter
Test Stochastic Modelling aku hari Jumaat ni. Hari tu dah start study sampai Problem Set 3, tak masuk lagi problem set 4. Tapi aku paksa diri aku untuk kuar jalan2 ari ni. Tak dapat dinafikan, duduk lepak2 kat rumah, tido, memang best. Ditambah dengan cuaca sejuk menjadikan bilik rasa cam pasang aircond jer, ala2 tido kat hotel, lagi la best mengerekot bawah selimut tebal yang dipanggil duvet yang orang sebelum ni tinggalkan (jimat dah kat situ). Walau bagaimanapun, aku terasa macam dalam keadaan menyedihkan la plak bila spend whole 2 weeks sejak raya ari tu, hanya di universiti dan di rumah. Maka aku pun kuar la ari ni. Memula cadang nak kuar semalam, ari Sabtu. Tapi Udy cakap dia nak gi church kat Central London pagi Ahad, so aku cadang turun Ahad jugak. Pergi asing2, dan janji nak jumpa somewhere kul 12. Aku tak kisah pergi sorang, sbb senang nak pusing ikut suka hati, tapi kebaikan pergi bersama seseorang ialah orang tu bleh tolong tangkap gambar aku
10 pagi aku pergi kedai2 kat Mornington Crescent Station. Cari dalam maps.google.com, nampak
ada sederet charity shop kat situ. Kedai2 2nd hand la. Tapi dah sampai baru aku teringat, hari Ahad, diorang tutup. Tapi nasib aku baik sebab terjumpa kedai 99p (Nawal, ala2 kedai 100 yen la). So, dapat la aku beli satu sarung tangan, dan ubat gigi Colgate Total. Kira okey la. Kalo beli kat Tesco atau kedai kat U, dah 2-3 pound dah.

Dipendekkan citer, aku jumpa Udy kat Russel Square Station selepas aku sempat tengok2 Book Fest yang jual buku2 lama. Buku Nursery Rhyme dari tahun 1930an pun harga £13. Kitorang jalan pergi British Museum. Aku x la expect benda best sangat kat muzium, tapi at least aku excited gak la sbb bangunan muzium yang unik dan besar tu. Muzium ni menempatkan barang2 dari serata dunia. Dia ada bahagian Asia, Africa, Eropah, Amerika etc. Tapi kitorang pergi bahagian Afrika (sbb aku saja nak tgk) dan Eropah jer. Banyak benda2 hasil dari kutipan penjajahan dulu la.
Pastu kitorang pergi kat Trafalgar Square. Takde la apa pun. Cuma memang ramai orang lepak kat sana. Dalam Yahoo Travel rate tinggi gak, so aku x nak la ketinggalan tempat2 yg di rate best dan free. Kali ni aku x cari langsung tempat yg kena bayar. Nak jimat.
Kat Trafalgar Square ternampak The National Gallery. Aku cam malas jer nak masuk tapi sbb Udy ajak try, masuk je la. Dah nama pun galeri, maka gambar je la yg ada dalam tu. Aku tak peduli pun benda2 tu sbb aku tak berminat sgt artistic material nih. Tapi kalo part2 bergambar, ha.. tu aku suka. So, ade jugak la gambar 
kat depan National Gallery nih. (Baru aku terperasan yg rekabentuk National Gallery dengan muzium ada persamaan)
Lepas tu dah kul 4. Matahari dah terbenam. Disebabkan aku dan Udy guna tiket satu hari, so aku x lepas la peluang naik bas 2 tingkat kat Central London. Kat Uxbridge, pekan dekat tempat aku duduk, pun ada sebenarnya. Tapi takde la bestnya kalo naik saja, ye x.
Aku telefon Tahir, tanya kat mana ada kedai makan yang murah skit. Tahir suruh gi Aldgate. Belah2 timur. Banyak kedai makan halal kat situ. Kalo korang nak datang London, atau bercadang nak duk sini, East London adalah pilihan terbaik. Selain dari 
komuniti Islam yang ramai, nak dapatkan makanan halal pun senang kat kedai2 makan. So kalo malas masak, bleh la makan ayam goreng ke, burger ke. Walopun aku dan Udy dah makan kat satu restoran yang ala2 mewah jugak la (harga pun mewah gak la. Roti nan - £1.75 dan ayam tandoori £2.25). Kalo ikut aku, mau je aku makan kat kedai ayam goreng. Kepak ayam 4 ketul baru £1. Aku dah bleh makan 16 ketul kepak ayam dengan harga yang sama. Tapi dah Udy nak try bebenda yg dia x leh slalu makan, maka restoran India/Pakistan la menjadi pilihan.
Tapi aku still sempat la beli cheese burger £1.20 kat kedai tu.
Sampai rumah dah kul 8. Penat giler. Esok, walopun takde kelas, aku still nak turun U. Join 
discussion bebudak Eropah tu. Bukan apa. Sekurang2nya mesti sama level ngan diorang. Kalo ter’lebih’, Alhamdulillah. Ala, korang bukan tak tahu style U ni. Takkannya ada satu course yg semua orang dapat A. So, competition tu ada.
[Gambar - sebelum nak gi ke Muzium. Gambar selepas ni dah tak ikut order dah]
Study
Tapi, aku rasa best gak sbb tak jadi target cam kat USM. Memang sbb aku hampeh pun sebenarnya. Aku cakap kat Udy dan Tahir waktu kitorang lepak kat library Jumaat malam ari tu (orang2 sini, Friday night is party night la..), ‘Well, at least we must get equal to everyone else. If they know, we have to know(merujuk pd study). If they don’t then we ask Philip whether he knows or not (Philip - budak Eropah yg menonjol dalam kelas). If he doesn’t know, it’s fine if we don’t. Who cares!’ Ahaks. Tak 
sangka aku guna konsep tu kat sini.
Tapi ari Jumaat ari tu tetiba Prof Norbert Hueuer buat ujian. Dia x kira la dalam pemarkahan, tapi still ala2 ujian gak la. Open book. Lecturer cakap, kalo dah siap, boleh kuar awal. Dalam tak sampai 5 minit, sorang budak pompuan eropah (ade 3 orang budak pompuan eropah semuanya) bangun jumpa lecturer tu dan cakap dia x leh buat ujian tu sbb x tahu nak buat, so dia nak kuar awal, dalam bahasa jerman. Erk, aku x la faham, tapi takkan la dia hantar awal sbb nak balik bilik masak dinner plak kot. Ayoo, rasa cam dalam rancangan realiti tv jer. Sapa yg tak tahan minda terkeluar awal. Aku sure yg suma orang xkan hantar awal walaupun x leh buat.
Paper tu pening gak. Tapi pagi tadi, dalam train ke London, aku dah melengkapkan pembacaan sampai page 19 dari 30 page yg lecturer dah cover. Rugi gak sbb aku x amik Kalkulus Vektor dulu. Kalo x, dah ada basic, x la pening sangat.
Harry Potter dan Phoenix Bangkit Dari Abu

Aku pusing2 kat charity shop dekat rumah aku semalam, terjumpak la buku Harry Potter & Order of Phoenix. Memandangkan aku dah tengok sampai Goblet of Fire, aku rasa okey gak kalo nak sambung baca Order of Phoenix memandangkan movie dia akan kuar nanti (Entah, tak tahu bila dan tak amik peduli). Lagipun £1.20 jer, buku 2nd hand. So, tak rugi pun kalo cerita dia tak menarik (aku sure pada ketika ni kalo Naz(x-bio USM) atau Najah(x-bio USM) atau maybe Shahrill(Shahrill, ko kira still-bio-USM ke, atau x-bio gak?) baca part ni, for sure diorang akan melenting sikit sbb aku cakap ‘maybe citer dia x menarik’. Ala .. saja provoke jer tu..) [Gambar - dalam muzium. Aiseh, ala2 kena dengan citer Order of Phoenix walopun sebenarnya gambar phoenix depan buku HP tu deceiving je lebih memandangkan takde pun phoenix dalam buku tu. Menurut kata Naz la]

Aku baru baca 20 page semalam. Dan aku terfikir fasal komen2 penonton yang membaca buku tu cakap fasal banyak part dalam HP ditinggalkan. Mana taknya, buku Order of Phoenix pun dah 700 page lebih. Dalam 20 page aku baca, Chapter 1, part Harry Porter bersembunyi dalam bush (betul ke ntah) pun dah bleh amik masa 3 minit kalo aku jadi pengarah disebabkan aku akan boh lagu Fall Out Boys - Sugar We’re Going Down waktu dia teringat balik fasal Cedric mati. Kira satu chapter dah bleh abih 20 minit dah kalo nak bagi detail. Habis, kalo 700 page. Ala… peminat2 HP, toksah bimbang la, aku rasa lepas abih movie ke 7 nanti, diorang buat lak versi tv-series. Yang tu, korang bleh tengok detail, dan maybe ada plak part2 extra. Well, a pure prediction. We’ll see.
lawa sial awek ko am…kesian sheila, tak sampai setahun dah curang.wakakakaka.
Phoenix is a good HP book… Tapi x setanding Prince, Goblet, dan Prisoner la…. Enjoy it!!
Yelah… Order of the Phoenix tu pasal the Order tu la, bukannyer pasal burung phoenix… So cover utk US version lg accurate la berbanding UK version..
wawa..cedric mati… =( pastu nanti, pakcik dumbledore pun mati..huhu.
am, gud news..i got the nsf scholarship. kaye la sket skang. hehe..kalo am mai cni, saya blanja kat kafe harapan,ek?