Nov 16 2006

Not hard, just lame

Published by flexin-am at 1:21 pm under Life in UK

‘Dah tengok dah final episode Mystic Force?’
‘Takdak lagi.’
‘Apa pulak. Pak Tam download dah. Ada dah dalam bittorrent. Suruh abah download.’
‘Pak Tam download kat rumah opah ke?’
Kat rumah opah apa? Pak Tam kat UK laa.. Lupa ke?’ Aku membalas soalan anak menakan aku, Najmi selepas aku suruh dia download final episode Power Rangers Mystic Force. 7 minggu dah kat sini. Tapi kadang2 lama tu jugak aku tak jumpa anak menakan aku. So, terlupa la tu yang aku kat sini. Aku call kak aku semalam. Cakap 10 minit lebih. Guna skpe.com punya servis. Beli kredit guna debit card. Dia caj telefon ke talian rumah dalam 1.5 p (0.015pound) jer per minit. Saja telefon. Banyak sangat distraction kalo cakap kot MSN Messenger.

Londontour045
Aku baru sampai dari U. Melepak lama kat library sbb esok ader test. Penat gak sbb subjek kat sini x brapa sama dengan kat USM. So, ader gak part2 yang aku xder basic. So, kena la study lebih skit. Aku plak memang style study lambat. Buat satu soalan pun amik masa lebih setengah jam. So, banyak la masa guna. Aku telefon Dani (MSc Math USM) ari tu. Saja sembang2. Dia cakap, ‘dengar macam ko okey je kat sana’. He he. Hari tu teruk sebenarnya. Lost giler. Sekarang lost gak, tapi ala2 citer Lost la. Tiap2 episod sikit2 perkara tu direveal. Semalam, aku enjoy skit dengar lecture sbb for the first time dalam kelas MA5502(Mathematical Modelling), baru aku dapat ikut sambil lecture tu menerangkan kat slide. Ari ni dah lost balik. Selalunya otak aku duk melayang entah ke mana. [Gambar - kat dalam muzium]

Dani peringatkan aku, ‘ala.. bukan dulu pun kita macam tu gak ke’, merujuk kepada masuk kuliah, x faham apa. Emm, baru aku ingat. Selalunya dalam kuliah, aku selalu jer menconteng2 atas kertas. Bersembang ngan wak rin. Dan ntah berapa sajak pendek aku tulis dalam nota kuliah MAT101 dan MAT102 bila tetiba jer aku teringat benda lain. Tapi sini ter’psycho’ sikit. Sebab ader beberapa budak yg cam faham dalam kelas (Amaran: ayat ini mengandungi sedikit unsur dengki yang tidak keterlaluan). Tetiba japgi, bebudak Eropah tu interrupt, untuk tambah ke, tanya soalan2 yang menunjukkan diorang faham. Aku tak la kisah sangat sbb kengkadang (jarang2 sebenarnya) pun aku buat camtu gak dalam kelas. Lagipun diorang pun bayar yuran, ye x? Lagipun elok gak dijadikan motivasi untuk bersaing. Err.. teringat lagu dari High School Musical - ‘Bob to the Top’

Londontour065
I believe in dreamin’
Shootin’ for the stars
Baby to be number one
You’ve got to raise the bar
Kickin’ and a scratchin’
Grindin’ out my best
Anything it takes
To climb the ladder of success

Work our tails off every day
Gotta bump the competition
Blow them all away

Semalam aku melepak kat U, study dari kul 7 sampai kul 10. Tahan skit sebab aku dah melantak nan, kepak ayam 8 ketul, fries, sayur skit kat kedai mamak, 1.5 batu (3 km) dari universiti. Penat gak kayuh panjat bukit. Tahir x nak pergi sbb dia nak study. Aku plak - dah terasa nak makan, tak kisahla start study lewat skit.

On the way ke kuliah tadi, Tahir cakap, ‘Why we should have test’, merujuk pada ujian esok. Aku jawab, ‘well, that is life (all about)’.




2 Responses to “Not hard, just lame”

  1.   -LittleAngel-on 17 Nov 2006 at 8:47 pm

    hye!
    hang patut jadik penulis la am.. bukan dak master in math :) btw… i’m so proud of u..aku undergrade pon tak abih lg ang dah smbung master :) i miss u lah..nanti bawak balak mat saleh sowang unt aku k :)

  2.   Mohd Farizon 18 Nov 2006 at 9:34 pm

    Waa..murahnya cost skype call. Nanti call la aku weh, aku kt umah ni XD. Aalaa, ang x phm dlm lecture ang bleh gak wat cerpen2 yg menarik kt kwn ang tu. Kalau aku, phm ke x phm ke aku tido dlm kelas. Kdg2 mesti 1 or 2 lecturer kena curse aku tertido dlm class. Hahahhaa~

    Weh, teringat pula..aku mencari2 lagu ‘On Your Own’ tu x jumpa2 pun..isk3, and movie ang tu yg ada lagu tu bleh send kt aku x..nak dijadikan rujukan utk filem aku nanti, he he he >:).

    Anyway, I see you traveled to a lot of places in UK. Wow, including Underground Train !! Huhuhu, rindu aku..lama x naik, dah 8 tahun dah. Teringin plak nak naik, XD. Apepun, semoga ang sihat di sana and study baik2 noh. Eh, ang takyah nasihat study dah, mmg dah selalu por-plat pun..hehehe, aku p dulu noh..selamat berjaya di dunia asing ;)

Comments RSS

Leave a Reply