Nov 09 2006
I hate Thursday | Heroes (on NBC)
Khamis, salah satu hari yang aku tak suka. Sebab kelas start kul 10, dan aku ader 3 jam dengan lecturer yang sama. Pukul 10-11, 12-1 dan 3-4. Pastu diakhiri ngan kelas MA5503 kul 5-6. Kira 4 jam la. Tapi banyak sangat renggangnya. Nak lepak library 1 jam x sempat (well, you can consider that as an excuse).
Hari Selasa kelas start kul 11, Rabu plak, kul 1. Bukan apa, kalo menjengah tengah hari, suhu tak la berapa rendah sangat. Cuaca kat UK ni teruk. Sekejap naik, sekejap turun. Semalam, mendung giler2, tapi suhu atas 10 darjah. Hari ni panas dengan mentari memancar, tapi suhu bawah 10 darjah. Kelmarin aku ngan Tahir berhenti kejap depan library sebelum masuk sebab bersembang2 ngan Seimon. Baru tak berapa minit, aku dah menggeletar. Seimon pernah cakap, you need to eat more meat. Erk… bukan senang nak cari, ye x?
Semalam, ada masa free 2 jam. Aku ajak Tahir kuar cari makan kat Uxbridge. Pusing2 tak jumpa tempat parking (gi ngan kereta dia), kitorang pun gi la pekan lagi satu Hayes. Kali ni x jumpa pekan tu, patah la balik. Alih2 jumpa kedai mamak (kedai Pakistan kot) kat situ. Maka aku pun bantai la ayam panggang 4 ketul, 4 pound dengan roti nan. Aah, best betul. Hari ni pergi lagi. Makan nasi kari daging. Aku takeaway 1/4 pounder, 1.20 pound. Kira okey la harga tu. Ader perkhidmatan delivery, tapi aku ty Term & Condition dan samaada dia cover area aku ke x. Kalo cover, bleh la pesan selalu.
Sejak kebelakangan nih, tak rajin bawa kamera dah. So, xder la gambar2 baru. Tapi aku niat nak turun lagi Central London Sabtu ni. Cadang nak pusing2 muzium free kat area tu. Dan aku akan bawak nasi bekal supaya bleh jimat duit. Bukan la excited sangat nak kuar, tapi sejak raya ari tu, aku hanya gi U dan duk rumah jer. Kalo kat USM, dalam seminggu for sure ada kuar BJ lah, x pun Gurney, x pun balik kampung. Ni kira cam treat myself la.
Err. Aku tersedar salah satu keburukan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Keburukannya ialah kalo korang (merujuk kpd org yg aktif) tercampak kat tempat yg korang x leh nak aktif, maka korang akan mengalami masa terluang yang cukup banyak, dan korang x kan gunakan masa terluang itu untuk study:) Ala.. xder la masalah besar sangat sebenarnya. Tapi aku dah biasa aktif debat ni, balik bilik kul 1-2 pagi, tetiba cam xder apa nak buat, bosan gak. So, kalo housemate aku tgk tv, aku akan lepak gak tgk walopun aku berminat sgt citer tu. Citer2 yang menarik seperti CSI, aku dah malas nk tgk kat TV sbb housemate aku x brapa tgk. Ah, kalo stakat nak lyn CSI, kat bilik aku pun bleh. Byk yg aku download.
Salah satu favourite show aku skang ialah Heroes. Citer ni ari tu Hakim (Fizik USM) dah introduce waktu kat USM lg. Tapi betul2 start waktu aku kat UK nih. 2 watak utama dia ialah antara muka yg aku cam la. Milo Ventimiglia (Jess dalam Gilmore Girls) dan Hayden Panettiere (Britney dalam Bring it on: All or Nothing).
Setiap orang ader power masing2
Peter Petrelli - bleh absorb power dari persekitaran
Claire Bennet - bleh heal herself
Nathan Petrelli - bleh terbang
Hiro Nakamura - org Jepun yg bleh time travel dan stop masa.
Dan ada lg la power lain.
Mungkin salah satu elemen yang aku suka ialah part Hiro ngan Ando, 2 orang Jepun nih. Tak macam Fast & Furious : Tokyo Drift, yang mana orang Jepun dia cakap cair English, diorang 2 ni, ada unsur2 realistik skit la. Ando fasih skit, tapi Hiro yg ada power x brapa pandai cakap BI. Ada la subtitle bila diorang cakap Jepun, which is cool sbb diorang preserve the realistic element in such an unrealistic drama.
Walaupun aku terasa sikit2 elemen Charmed terkandung dalam ni. Sebab Hiro bleh freeze time dan Nathan bleh terbang. Cumanya atas premis genetic transfo
rmation, dan selitan unsur2 serius, maka tak la nampak macam Charmed.
Mungkin disebabkan populariti Lost, maka cerita ni pun berunsur misteri. Setiap episod, penonton akan tahu sedikit demi sedikit. For sure la banyak twist and turn along the season.
Ala. for sure nanti 8TV beli punyalah. Aku rate 5 stars la…
Trivia: Gambar sebelah. Claire Bennet dengan Zach(Thomas Dekker) yang mana Thomas ni dulu berlakon sebagai Nick Szalinski dalam Honey I Shrunk The Kid. Dah besar dah budak ni. Err.. oh, aku pun dah besar jugak ek..


