Archive for December, 2006

Dec 31 2006

A Moment Like This

Published by flexin-am under Life in UK

2.08pg 1 Januari 2007
Selamat Hari Raya Haji dan Selamat Tahun Baru. Taknak tulis panjang-panjang sebab aku nak tido

Aku baru je release ‘A Moment Like This’ kat personal website aku www.solarstreak.com

Amoment
Video klip dia, gambar-gambar yang aku amik waktu kat Scotland itu hari. Korang bleh download versi yang clear dari homepage tersebut atau bleh tengok kat YouTube site. Dah dimasukkan pun dalam profile friendster aku.

Klik sini untuk view atau download

No responses yet

Dec 29 2006

Scotland Part 3 - The Conclusion

Published by flexin-am under Life in UK

Malas la aku nak tulis banyak-banyak fasal Scotland. Sebab, asal tulis jer, aku rasa cam nak pergi balik jer ke sana. Ye la, bercuti. Ala2 tak fikir fasal study. Ni dah balik dalam mode study, tertekan balik laaa.

Aktiviti

Aku tak buat research pun apakebendanya yang popular di Scotland. Tapi aku ada nampak la 2-3 buah Castle kat Scotland.

Cumanya, kitorang pergi ke tempat-tempat yang berkaitan dengan alam semulajadi. Sila ke http://www.solarstreak.com/gallery_01scotland.htm . Homepage personal aku yang masih dalam pembikinan, tapi ader la gambar-gambar yang cantik yang aku amik. Kalo gambar pun dah cantik, yang sebenarnya lagi la kan…

JumaatScotlandmasjid
- Solat Jumaat kat Masjid Glasgow. Yang uniknya, waktu aku sampai, aku ingat khutbah dah start, sebab Zohor dalam 12 lebih. Tapi rupa-rupanya, sekadar kuliah sebelum Solat Jumaat jer. Pukul 1, baru start khutbah, dan dalam 5 minit, dah abih pun semuanya. Terus solat. Kira khatib baca yang wajib jer. Nak dapat pahala sunat la tu… (sunat baca khutbah pendek dari solat jumaat. Kan ke kita blajar waktu Tingkatan 2 dulu)
[Gambar: Masjid Glasgow]

Ramai gak makmum. Kebanyakan dari Timur Tengah, Pakistan la kot aku rasa, sebab macam ramai jer orang Pakistan kat UK nih. Tengah-tengah menunggu bebudak lain (kawan-kawan Tahir la) kuar, aku terperasan yang kebanyakan orang Pakistan nih ada gen jambang. Dan diorang tak ada jerawat. Eh, bleh la terfikir fasal tu plak, ye x…
Scotland2041
Disebabkan takder banyak masa, sebab Asar kul 1.33 dan dalam kul 4 dah matahari terbenam, sempat tengok pemandangan sikit jer. Kitorang cam masuk satu bush nih, tapi dah gelap dah waktu kitorang sampai. So Jumaat takde apa la.

Sabtu
Sabtu, kitorang meredah bukit dan hutan. Trekking la. [Gambar - dalam hutan] Bukan panjat bukit pun. Just lalu-lalu denai dan belukar. Ada la 1 jam lebih. Sampai la kat satu tempat nih, ada satu rumaScotland2061h kecil diorang bina. Mungkin dulunya didiami orang kot.

Aku cam ada deja-vu skit bila nampak rumah ni. Cam pernah nampak sebelum ni. Mungkin mimpi. Mungkin tertengok kat majalah National Geographic

 

Rumah tu memang boleh dimasuki oleh pelancong. So, kitorang masuk dan boh unggun api. Ader tempat yang kuar asap tu dalam rumah. Apa ntah panggilnya. Makan tuna sandwich yang kitorang pack. Sejuk giler
.

Macam biasa, kul 4, waktu kitorang kat situ, matahari pun terbenam.

So, waktu kitorang keluar dari hutan tu, daScotland2111h gelap dah. Berbekalkan dengan sedikit sinar rembulan dan cahaya torchlight, dalam dingin musim salji yang tak bersalji, aku berjalan sambil menggeletar sambil Tahir dan kawan-kawannya menyanyi-nyanyi lagu Hindustan ke, Pakistan ke aku tak tahu. Kalo tak disebabkan sejuk, aku sure
join jugak. At least buat bunyi base. Tapi aku terasa nak balik sangat ke kereta. Panaskan tangan guna heater. Aaah. Beku tangan aku waktu tu.
Scotland3loch

Ahad
Kitorang melalui jalan disepanjang Tasik Loch Ness, tasik yang popular dengan hikayat raksasa laut. Sebelum ni aku ada baca dalam Doraemon jer. Episod yang ada Doralin dalam tu.

Baru la tahu yang Loch Ness nih kat Scotland. Keistimewaannya, Loch Ness ni sepanjang 37km. So, aku sendiri pun tertanya-tanya, ni tasik ke laut. Ye la, macam kat Tanjung Dawai jer bilaScotland8 nampak ader darat kat sebelah sana. Bukan laut, tasik. Subhanallah.

Melalui kawasan berbukit yang cukup indah (apsal macam nada rancangan pelancongan jer nih?),
kitorang sampai di penghujung jalan. Satu kawasan tasik. Matahari ditutup awan.

Kitorang melepak dekat satu kawasan tasik yang sangat jernih sehinggakan pantulan bukit boleh dinampak kat air.

Diorang buat unggun api dan bakar ubi dScotland4017alam aluminium foil. Sedap gak makan campur
dengan tuna, mayonis, keju, coleslaw. Lepas tu diorang melepak lepak kejap, sementara aku duk melepak dalam kereta. Tak tahan sejuk oo. Diorang takpe lar, dah biasa dah. Aku yang takde lemak ni…

[Gambar - kat belakang aku, tasik yang aku cerita tu. Cam dalam mimpi jer kan..]

Isnin

Hutan sudah, tasik sudah, so hari IsniScotland5045n kitorang gi panjat bukit. Aku pun tak tahu bukit ke gunung. Yang ni jer yang aku betul-betul tahu namanya - Balhama Millenium Forest Trail. Yang aku tunjuk tu, tempat yang aku berada dan sampai la kitorang ke puncak tu.

Kat atas tu, tak nampak apa sebab kabus tebal sangat. Jarak dalam 10 meter jer. Tapi pemandangan on the way tu yang best. Scotland5077

 

Tapi yang tak bestnya kitorang tak bawak makanan plak ke atas. Aku cam lapar je bila sampai atas.

Maka, bila turun bukit, tamatlah percutian kitorang di Scotland. Kitorang pun bergerak balik ke London.

Disebabkan hari Isnin tu Krismas, sepanjang lebuh raya tu lengang jer. Berlawanan dengan musim perayaan kat Malaysia. Asal raya, penuh jer kereta. Kat UK, sistem keretapi dan pengangkutan awam semuanya ditutup waktu Krismas.
700
Kesimpulan
Alhamdulillah, rezeki aku la dapat mencecah kaki kat Scotland nih. Kalo pergi sendiri2 naik bas, tak sampai la hulu banat yang ada pemandangan indah nih.

Dan bagus gak aku kenal kengkawan Tahir. So lepas nih, kalo bosan2, bleh la gi melepak kat rumah diorang.

So sekarang nih. Kembali la ke mode study plak. Believe me, you want to be in my place when it comes to Scotland vacation, but you don’t want to be in my place when it comes to study time. It is depressing, at least for now.

No responses yet

Dec 28 2006

Scotland Part 2 - I did it my way

Published by flexin-am under Life in UK

‘We still have another week’, aku tidaklah bermaksud untuk katakan yang banyak lagi masa tinggal untuk study, tapi Udy faham begitu pulak. ‘One week is not long enough, see how two weeks passed us by’, lebih kurang camtulah Udy cakap dalam nada serius.

Sejak pukul 2 tadi, kitorang dok melepak kat dalam Postgraduate Building, study. Aku siap bawak bekalan makanan tengah hari dan malam sekali. Ayam goreng yang aku beli (dah 2 bulan duduk, baru perasan ada kedai ayam goreng halal kat rumah aku, so melantak ayam la nampaknya), kek reduce harga, coklat, lolipop, nasik segera. Semua habis dibalun. Pukul 10 malam baru balik rumah.

Bagus jugak ada kawan yang duk peringat aku supaya study. Sekurang-kurangnya, aku takla malas sangat cuti2 ni.

Dan sebenarnya, percutian aku kat Scotland hari tu pun, best sebab aku dapat kawan-kawan baru jugak la. Walaupun aku terasa yang sebenarnya, bila kita pergi berjalan-jalan, kita senang buat kawan dengan orang-orang yang kita tak rapat sebelum ni. Mungkin disebabkan mood semua orang dalam keadaan baik, dan melancong = waktu yang kita tak dalam tekanan. No wonder la ada sesetengah orang tu, cinta berputik waktu melancong dengan kawan-kawan. Mendaki gunung misalnya (sapa ni ek? ha ha ha).

Berbalik cerita fasal Scotland.

Kawan-kawan Tahir ni lepak-lepak jugak orangnya. Tak dapat nafikan yang pengaruh budaya memudahkan komunikasi. Sebab semua Islam, so senang la fasal solat, makan. Falsafah makan pun mudah, asal halal boleh jer.. (Ye la, kalo kat Malaysia, halal dan sedap, ye x? Sini mana bleh memilih lebih2). Bolehla waktu first night, kitorang stop kat restoran Afrika kat Birmingham, diorang cakap, nak gi Strip Club bila sampai kat Scotland nanti. Aku terkesima sekejap sebab Tahir pun cam serius jer. Mana la tahu, diorang ni orang UK. Kot2 benda benda camtu biasa jer ker. Lepas beberapa lama, baru aku tau yang diorang just buat lawak.

Bukan la aku innocent sangat (walopun Tahir bagitau yg kengkawan dia semua fikir aku sangat naive) dan tak biasa dengan lawak lawak camtu. Cuma selalunya kalo aku nak buat lawak-lawak ganas, dengan kengkawan rapat jer yang aku buat. Dengan orang yang tak brapa rapat, aku segan laaa.

Dan for the first time kat Scotland, baru la aku rasa cam melepak dengan kengkawan. Diorang mudah mesra dan bleh klik la dengan aku. Kebanyakannya tua 2-3 tahun dari aku. Sorang jer, yang umur 22 tahun gak.

Aku sorang jer yang bawak digital camera ari tu. SGrouppixo ade la tangkap dalam 500 keping. Feyaz, berdiri
belakang aku dalam gambar, la yang rajin duk tolong tangkap gambar aku sebab dia duk tengok aku asyik duk tangkap gambar orang jer.

Yang lain-lain pun lepak. Naqib (betul tah nama dia), kiri sekali tu la yang sebaya. Dia tanya, dulu aku secondary school kat mana? Aiseh, aku cakap la kat Malaysia. Dia ingat aku duduk sini dah lama dah. He he…

Majid, dalam gambar, betul-betul belakang aku, tanya, berapa lama dah aku kat sini. Aku cakap 2 bulan. Dia cakap, ‘You already come here to Scotland after 2 months. I came here after 2 years I’ve been here’. Aku tersenyum. Alhamdulillah. Rezeki aku.

Scotland2021
Tersenyum sekali lagi aku. Tengok gambar bebudak oversea lain, pakat2 bergambar dengan orang Malaysia kat negeri orang. Aku pun teringin jugak sebenarnya. Bukan apa, it feels like home a lil bit, mingling with ppl who can speak same language. Ah, ari tu kat Iverness, aku terjumpak satu family orang Melayu Malaysia, datang bercuti kat Scotland. Sempat la tegur. Sambung balik. Aku kat sini, pun cam teringin gak sebenarnya, nak melepak2 dengan orang Malaysia, tapi orang Malaysia kat Brunel berapa kerat sangat dan tak sekepala dengan aku sangat. Tapi okey gak. Disebabkan takde orang Malaysia la, aku banyak melepak ngan Tahir dan ada chance ke Scotland, ye x. Well, I guess I did it my way (menyanyi sikit cam lagu My Way).

2 responses so far

Dec 28 2006

Tip IELTS

Published by flexin-am under All About Me

Beberapa kengkawan aku tengah sakan dalam preparation untuk fly. Salah sorang akan datang UK gak. So InsyaAllah, kalo aku dapat sambung PhD kat sini, bleh la buat tour pusing Europe ngan bebudak Malaysia plak. So, salah seorang kawan aku (identiti dirahsiakan sebab takut melanggar Akta Rahsia Rasmi Kengkawan 1972) tanya skit fasal IELTS.

Minimum

Aku ni dapat IELTS 6.5 jer band. Dari Band 9. Kebanyakan requirement nak masuk U kat UK nih mintak 6.0. Tapi kalo 6.0, terpaksa la sit paper BI extra. Kalo 6.5 tak payah. So aku golongan yang cukup makan dan terselamat la. Kalau biasiswa bawah KPT, syarat minimum 6.5. So, target2 la dalam 7.0. Selesa dan sedap didengar.

Duit

IELTS nih agak popular. Sebab orang yg nak fly kena amik benda nih. Fly belajar la. Kalo fly bercuti, takper. Dah fee dia dalam RM495 waktu aku amik. So, memang kena target atas 6.5 la supaya duit tak hangus. Kalo tak, terpaksa la duduk semula, yang mana kena tunggu 2 bulan (kalo tak silap), sebab syarat dia camtu. Kiranya kalo ada duit pun, still kena tunggu gak.

Resit?

Waktu aku pi kem BTN itu hari. Aku dengar la ada gak 2-3 orang yang tak lepas dan kena resit balik. Tapi sebenarnya perlu tahu yang resit tu option, sebab katakan dapat 5.6, ader sesetengah U yang benarkan untuk belajar yang U diorang dengan syarat amik dulu paper persediaan  (alaa, macam amik paper LMT100 bagi below Band 4 MUET). Walau bagaimanapun, paper persediaan ni sebelum semester start, maka terpaksa la keluarkan belanja untuk makan, penginapan sendiri kat U tersebut. So, lebih baik la resit. Lagipun mungkin ada isu dengan penaja

Format

IELTS nyer format ialah exam nonstop of listening, comprehension & grammar. (Rujuk IELTS Study - for Free dari About.com). Ni antara tips yang aku rasa berguna

Listening
-make sure skill mendengar baik. Dia tak guna pelat UK. So, macam dengar US punya tv show jer. Practically, cuba try dengar citer-citer TV dan tengok bleh tangkap maksudnya atau tak. Dengar, bukan tengok. Sebab kalo tengok, kita bleh baca dari mimik muka atau mulut.
-tulis setiap benda yang kita faham kat atas kertas waktu exam. Kertas conteng la, sebab kengkadang ada soalan macam nama tempat etc. So, kalo terlupa, tak ke susah tu.

Reading comprehension
-practise dengan membaca buku-buku novel bukan bergenre remaja. Ala cam Harry Potter tu dah kira okey dah. Dan practise supaya bleh baca sekali harung, dah faham. Sebab kalo terpaksa mengulang baca, sangat la menghabiskan masa
-waktu aku amik, soalan dia camni,
: Perenggan yang manakah yang memberi maksud, ‘Ayam MCD lebih best dari ayam KFC’ (contoh laa…).
So, kena la tulis no perenggan tu. Biasanya dihurufkan terlebih dahulu.

Writing
-Ha, ni kena la practise selalu. Tulis-tulis la blog ker. Bebenda writing nih takleh dapat macam tu jer, ye x. So, tips dari peperiksaan SPM, MUET dulu, boleh la diguna pakai.

Speaking
- Lepas rehat kejap, sorang demi sorang akan dipanggil masuk. Dia tanya speaking macam exam-exam lain la. Tak banyak beza kecuali soalan dia agak susah. Bukan aper, soalan dia cam KBKK skit. Kena fikir jawapan dan bercakap pada masa yang sama.
Contoh soalan mudah:-
Apakah aktiviti sukarela yang anda minati?
Contoh soalan yang kena perah otak immediately:-
Bagaimanakah cara untuk menggalakkan golongan muda menyertai aktiviti sukarela?
Apakah punca golongan muda tidak menyertai aktiviti sukarela?

Memangla soalan terakhir tu, macam boleh jawab - sebab diorang malas. Tapi kena fikir gak, mana bleh jawab setakat satu ayat jer. So, kena la putar-putar sikit supaya jawab banyak, tapi menggunakan struktur bahasa yang betul.

ChineseDan jangan terpsycho sebab speaking test dirakam dalam kaset.

Other than that

Bahasa ni, perlu slalu praktis. So, praktis praktis la selalu. But remember, no swearing!!!

{Gambar - takde kena mengena pun dengan topik. Saja nak bubuh - gambar restoran cina Malaysia di Glasgow, Scotland}

One response so far

Dec 27 2006

Scotland Part 1 - A piece of heaven on earth

Published by flexin-am under Life in UK

I was just come back from my vacation in Scotland last two days. Melepak jap kat rumah kawan Tahir sebab I hate being alone abruptly after spending such a great time with other 9 guys. Disebabkan aku taknak memanjang-manjang cerita. So aku bahagikan post kali ni pada beberapa bahagian.

Participants

10 orang semuanya termasuk aku. Tahir yang manage, so kengkawan dia ler semuanya. Hampir kesemua yang lain orang Pakistan. Ader 2-3 orang yang memang lahir kat sini termasuk Tahir. Ader yang baru je berhijrah beberapa tahun sebelum ni. Pergi naik 2 buah kereta. Dan kitorang menginap kat Travelodge, cheap hotel yang banyak gak cawangan dia kat UK nih.

Pergi dari hari Khamis malam dan sampai London balik Isnin malam.

Route Info

Aku baru je sedar yang aku dah pusing satu Scotland lepas check balik dalam peta. Tapi disebabkan jarak dari satu tempat ke tempat yang lain agak jauh. Maka amik masa lama gak dalam kereta.

(Klik link untuk peta dari Google
Scroute
Khamis

Dari rumah aku ke Kilmarnock, Scotland = 677km

Jumaat

Gi Glasgow dan stop bermalam kat Crieff
= 115km

  • Solat Jumaat kat Masjid Glasgow
  • Masuk kat hutan apa ntah. Tapi dah gelap so x sempat nak buat apa-apa

Sabtu
Dari Crieff ke Iverness (dalam peta, bintang yang paling atas sekali)
= 204km

  • Berhenti trekking melalui bukit bukau. Dan melepak kat satu pondok makan-makan. Trekking amik masa 1 jam pergi dan 1 jam balik.

AhadScotland3130
Dari Iverness kitorang ke Glasgow balik tapi singgah jap kat tasik Loch Ness. Dan masuk ke satu kawasan bukit yang aku pun tak tau apa namanya. Tapi pemandangannya teramatla cantik. A piece of heaven on earth.
[Gambar kat sebelah]
=277km

Isnin
Sebelum balik ke London, kitorang naik balik ke atas sikit. Singgah di Balhama Millenium Forest Trail. Pastu dah lewat petang, baru balik ke London

Klik sini untuk peta penuh.

{to be continued…(sbb nak gi uni. Dah bercuti sakan 5-6 hari, skang kena la sentuh buku balik)}

3 responses so far

Dec 20 2006

Scotland tomorrow

Published by flexin-am under Life in UK

InsyaAllah, esok aku akan gi ke Scotland. Ngan Tahir dan kengkawan dia. Dalam waktu tengahhari bertolak. Aku tak la rasa excited sangat nak pergi. In fact, aku tak pack lagi baju-baju aku. Ala… setakat nak masukkan dalam beg galas. Bukan amik masa lama sangat ye x. Lagipun aku bukannya nak lipat baju tu elok-elok.

Aku bagitau kat housemate aku, BernieBirmingham fasal aku nak gi Scotland. Dia cakap, ‘cool’, bila dengar yang kitorang akan pergi naik kereta. Kata Tahir, esok, kitorang akan singgah di Birmingham dulu. Rumah mak cik kawan dia. Tu pun dah makan 100 batu lebih. Aku lebih risau fasal study aku lagi. Sebab berjalan 4-5 hari sure dah amik banyak masa. Tapi aku rasa rugi la pulak kalo tak amik peluang ni. Sebab tak termasuk makan, Tahir collect 65 pound jer (jer?)sorang untuk penginapan dan aku tak tau termasuk duit minyak ke tak.

Kalo pergi sendiri-sendiri, mahu 100-200 pound gak habis tu. Tapi aku dah bercadang untuk bawa buku untuk study. Tak kisah la. Dulu-dulu waktu gi debat waktu first year, aku duk bawak gak buku kalkulus dan suruh Ili(x-Math USM) bagitau chapter apa yg belajar hari tu. Pastu cam dah kurang nerd dah. Ni nampak gayanya, terpaksa la kembali ke mode nerd supaya bleh catch up.

Disebabkan perjalanan ke Scotland menuju ke utara, maka makin sejukla cuaca. Ari ni kat rumah aku, suhu tertinggi kat luar = 2 darjah . Suhu terendah = -1 darjah. Beku rasanya jalan balik dari Tesco tadi.

Maharuddin tanya, waktu aku call dia pagi tadi, ‘Salji takdak ke? Bukan selalu Krismas ada salji ke?’. Aku pun selalu terbayang cerita-cerita cam Home Alone bila fikir movie yang ada part Krismas. Memang la dalam citer-citer tu ada salji ye tak. Sebenarnya kira bertuah la jugak sebab kat London ni susah nak turun salji. Tapi InsyaAllah, sampai Scotland bleh tengok salji kot nanti. Walaupun aku terasa, musim-musim sejuk ni, lagi best melengkar bawah duvet kat rumah, tapi apa salahnya meredah angin beku kat luar ye tak.

No responses yet

Dec 19 2006

Kenapa pakai kasut?

Published by flexin-am under Life in UK

For sure korang pun pernah terfikir, kenapa orang-orang barat pakai kasut dalam rumah? Aku tak cari la mana-mana sumber yang mengkaji, tapi aku tersedar yang salah satu kemungkinan ialah kerana faktor cuaca.

Pernah dengar tak, orang cakap, kalo kat tempat sejuk, jangan tidur atas tanah, boleh mati. Sekurang-kurangnya tidur atas tempat yang lebih tinggi macam bangku panjang etc. Dan kita belajar Sains yang suhu panas naik ke atas kan?

Musim sejuk dah mula, dan sekarang ni, aku boleh rasa perbezaan yang ketara antara bahagian atas badan dengan kaki. Sejuk giler kaki aku walaupun aku buka heater, sampai biasanya, waktu main komputer, aku akan duduk atas kerusi macam duduk antara dua sujud supaya boleh panaskan sikit kaki.

Yup, disebabkan sejuk dekat lantai. Maka salah satu cara yang paling efektif ialah pakai kasut. Stokin saja takleh pakai gak kengkadang sebab sejuk sangat.

So bayangkan dulu-dulu waktu heater elektrik takder lagi. Nak kena panaskan rumah guna kayu api. So, mestilah masuk rumah, takkan tanggal kasut serta merta. Dan kalau tanggal kasut sekalipun, nak pijak papan/simen sangatlah sejuk. Maka aku rasa, kebiasaan ini menjadi budaya, dan disebabkan faktor cuaca, orang-orang kat sini pakai kasut dalam rumah sampai ke hari ni.

Walau bagaimanapun, teori ni takla bleh pakai sangat sebab kalo tengok Doraemon, Nobita (dan orang-orang Jepun secara amnya) tak pakai kasut dalam rumah, walaupun diorang duk kat negara 4 musim jugak.

4 responses so far

Dec 19 2006

Makan ayam & Shopping

Published by flexin-am under Life in UK

Salah dua benda yang bleh buatkan aku happy pada ketika ini- makan ayam dan shopping (window-shopping pun termasuk jugak la).

Baru balik dari Uxbridge. Disebabkan kat Pavilion dan Chimes (nama supermarket) takde surau cam kat BJ ngan Gurney, so terpaksa la atur elok2 time. Lepas solat Asar kul 1.40, aku terus turun ke bus stop. Suhu 4 darjah. So, ala-ala hembus nafas keluar asap la. Takde la apa-apa benda pun dalam cadangan nak beli. Ada terfikir nak cari stokin yang tahan sejuk. Tapi tak jumpa.

Jumpa la gel rambut Wella Shockwaves. 99p jer. So aku amik la memandangkan kat Tesco dekat rumah aku, 2-3 pound harga dia. Other than that, aku tak beli apa pun.
Gi pusing2, masuk kedai Nike. Nampak la baju on sale. On sale Krismas kan. Tapi dalam2 on-sale pun, harga dia lebih 30 pound. Ala-ala beli baju 2-3 ratus kat Malaysia tuh. Otak aku masih lagi men’convert’2 nilai matawang. So, setakat enjoy tengok-tengok jer la.

Pastu aku terjumpa satu baju sejuk (aku pun tak tau nak panggil coat ker, sweater ke, jumper ke, aper ntah). Aku cuba-cuba pakai. Waaa, smart giler. Walopun harganya 30pound, aku terasa nak beli jugak memandangkan aku tak pernah ader proper shopping lagi sejak sampai sini. Tengah-tengah aku try saiz M dan S, aku tersedar yang kapas (kain, bulu kat dalam tu, panggil apa ntah… lemah sikit istilah-istilah pakaian nih) dia cam terlekat kat baju yang tengah pakai. Aku terus hilang semangat sebab aku rasa 30pound tuh sangat la tak worth the money dengan kualiti yang dijual. So aku cancel beli.

Pukul 4, aku dah mula menapak ke bus stop, nak balik rumah memandangkan dah masuk Maghrib waktu tu. Tapi Isyak kul 6, so sempat lg la nak solat kat rumah. Nasib aku baik sebab aku ternampak restoran burger halal. So, beli burger 1/4 pounder dan chip, 3.70 pound. Balik rumah layan Friends Season 1 yang habis didownload minggu lepas.

Argh, terasa nak makan ayam!

No responses yet

Dec 17 2006

Berjaga

Published by flexin-am under Life in UK

Petang tadi lepas balik dari U, terasa letih sangat. Kul 6 aku tido. Kul 9 malam bangun. The thing about 6 o’clock here is, pukul 6 tu dah masuk Isyak. Matahari terbenam kul 4. Sekarang dah 5.30 pagi. Saja berjaga memandangkan aku, kalo tido petang, susah nak tido malam. Alang-alang dah lewat, berjaga sampai Subuh, esok bleh tido. Tapi tak kisah la. Sebab walaupun siang, bilik masih rasa sejuk macam dalam aircond.

Buku

Aku pinjam satu buku psikologi dari perpustakaan. Managing Stress - Terry Looker dan Olga Gregson. Aku just pinjam sebab saja nak baca sesuatu. Dan aku dapati buku ni bagus sebab dia cerita stress dari segi saintifik. Macam perubahan hormon. Contohnya, dia kata, kalau kita berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan, maka ada la perubahan fisiologi dalam badan yang menyebabkan kita bersedia untuk bertindak, lawan ataupun lari.

Dia bagi contoh lagi, keadaan yang sama sebenarnya berlaku dalam keadaan macam waktu kita kena interview yang kita tak brapa konfiden, kita punya otak fikir fasal nak lari (keluar dari bilik), dan badan bertindak ikut kita fikir, tapi kita takleh buat camtu, so terjadilah stress. Lebih kurang camtu la aku ringkaskan. Dalam buku tu ada detail fasal hormon-hormon yang bertindak, tindakan luar kawal dan sebagainya. Seronok aku baca kaitan yang ditunjukkan sebab kebiasaanya kita fikir yang stress ni semata-mata permainan minda jer.

Agaknya, salah satu sebab aku stress ari tu disebabkan badan aku yang tak biasa dengan keadaan sini la kot.

Makan

Tapi kalo ader satu benda yang aku agak sure, ialah fasal makan. Sejak kecik, aku memang cerewet sikit fasal makan (yeah, I know I’m a spoiled brat). So bila sampai kat sini, nak cari makanan halal susah, dan kena masak sendiri, so penat sikit la. Aku duk fikir, kalo ada rezeki sambung PhD kat sini, aku akan survey habis-habisan tempat yang aku akan duduk kelak. Aku nak make sure dekat dengan restoran makanan halal. Bleh melantak ayam 5-6 ketul sehari.

Ayam goreng kat sini, boleh kata murah la, disebabkan daging ni macam makanan ruji diorang. Maksud aku, kalau gi restoran, nasi putih pun dah 1 pound lebih. Ayam bahagian wings 6-7 ketul, baru 2 pound. Baik beli ayam dari beli nasik.

Jisim

Tapi kira okey la, dalam makan tak berapa best (makan cukup, tapi tak best) pun, aku timbang berat (ataupun jisim sebenarnya) minggu lepas, dah 55kg. Kira improvement gak la sebab dapat menaikkan 5 kg dalam 1 bulan lebih (berat waktu bulan posa = 50kg). Boleh tahan gak ek. Aku harap bleh naikkan lagi, dan by the end of my course, bleh la mencecah 60 lebih. Aaah, bestnya..

Mana taknya, ari tu Khairul(x-SMKM, UKM Dr) dan Muzaini(x-SMKM, UIAM Ekon) lepak-lepak rumah aku. Dulu Khairul ala-ala saiz aku jer. Geng geng yang tak dapat menaikkan berat badan. Ari tu dia dah masuk dalam strata 60kg ke atas. Tension giler aku. So, kira ni la masanya untuk aku menambah berat diri sendiri. InsyaAllah.

X-factor

Semalam finale X-Factor. Rancangan realiti tv macam American Idol. Simon Cowell jadi judge jugak. Pemenang dia memang deserved la. 7 juta sms untuk pertandingan akhir. Pastu kat ending, ader la iklan fasal X-Factor musim ke-4. Aku check2 dalam internet, audition dia dalam bulan April dan tak tertutup untuk kerakyatan UK sahaja. So, aku duk cadang2 nak try apply la. Sebab ada audition kat London, bleh turun jumpa Simon Cowell. Bestnya…  (er, dah start berangan amik gambar dengan dia dah.LOL)

One response so far

Dec 15 2006

End of Part I

Published by flexin-am under Uncategorized

Selepas tulis tajuk, aku macam terdengar chorus yang biasanya kuar lepas abis part 1 dalam citer Mr Bean. Well, the title talk for itself. Hari ni, hari terakhir semester 1 aku. Memandangkan final exam hanya selepas 2 semester, maka berakhirnya semester bermaksud masa untuk cover balik bebenda yang dah termiss atau yang sengaja dimisskan.

Tadi, aku pergi jugak kelas satu jam. Bebudak German dah balik German. Aku pun tak tau apa sangat yang best balik awal memandangkan Krismas lambat lagi. Chris (budak German) ari tu bagitau yang macam tak best jugak balik awal memandangkan cuaca kat German skang lagi sejuk daripada kat London. Cuaca semalam dan hari ni okey. Beku beku kuku (lawan suam-suam kuku).

Abis kelas MA5501, Karli (budak Austria) datang bersalam-salaman mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’. Macam raya posa plak, salam-salam minta maaf (raya posa kat sini, mana ada konsep ‘Maaf Zahir Batin’). Aku senyum jer. Diorang ni bukannya berapa tahu yang aku tak sambut Krismas. Kenapa? Stay tuned. Pastu Philips dan Claudia plak datang mengucapkan bye bye memandangkan akan jumpa tahun depan plak. Sorang lagi mamat Austria tu tak datang ucap pun (baca dengan nada kecewa, diikuti dengan gelak sarkastik). Dia la satu-satunya coursemate aku dari 12 orang, yang aku tak tahu namanya sampai akhir semester. Udy ngan Tahir pun tak tahu. Seimon apatah lagi.

Aku balik rumah, ada kad. First time la dapat kad krismas. Housemate aku letak. Aku senyum lagi.

Kenapa aku senyum? Sebab mengenangkan yang diorang tak tahu pon yang aku tak sambut Krismas.

Last time I check (ni ayat cliche), Krismas ni perayaan keagamaan. Tu sebabnya orang Islam tak sambut. Berlainan dengan Tahun Baru, Tahun Baru Cina, Hari Ibu etc yang takde konsep yang boleh menggugat aqidah.

Tapi, di UK, berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakan orang sini tak sedar sangat yang Krismas tu perayaan keagamaan. 72% orang UK beragama Kristian tetapi UK mempunyai antara yang paling rendah pengamalan agama iaitu kurang dari 8%*. Jadi aku rasa, diorang ni tak brapa sedar pun yang Krismas tu ada kaitannya dengan agama Kristian. Tu sebab diorang cam tak leh nak relate yang orang bukan Kristian tak sambut Krismas.

Perkara yang sama berlaku di Jepun. Dulu aku baca dalam Mastika, cakap orang Jepun ada banyak agama. Tapi berdasarkan informasi yang aku dapat dari Issei (NFU), banyak orang Jepun takde agama sebenarnya. Cuma diorang mengamalkan budaya yang lahir dari agama. Contohnya, seseorang Jepun, bila lahir, dibawa ke kuil shinto, berkahwin dalam gereja Kristian dan bila mati dibawa ke kuil Buddha. Orang Jepun pun sambut Krismas gak (rujuk Doraemon).

So, at least orang-orang Malaysia lebih peka la, sebab orang Melayu tak la ucap Salam Aidilfitri kat mana-mana orang Cina yang jumpa,ye x. Bukan la salah, cuma tak sesuai. Macam kalau pakai t-shirt Linkin Park masuk meeting PIBG la. So, kalo orang UK ucap ‘Merry Christmas’, senyum jer la…

Satu jer harapan aku waktu musim-musim Krismas ni. Sale. Harap-harap banyak potongan harga. Boleh la beli apa-apa yang patut.

* Wikipedia - United Kingdom
http://en.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom#Religion

One response so far

Next »