Dec 17 2006

Berjaga

Published by flexin-am at 9:57 pm under Life in UK

Petang tadi lepas balik dari U, terasa letih sangat. Kul 6 aku tido. Kul 9 malam bangun. The thing about 6 o’clock here is, pukul 6 tu dah masuk Isyak. Matahari terbenam kul 4. Sekarang dah 5.30 pagi. Saja berjaga memandangkan aku, kalo tido petang, susah nak tido malam. Alang-alang dah lewat, berjaga sampai Subuh, esok bleh tido. Tapi tak kisah la. Sebab walaupun siang, bilik masih rasa sejuk macam dalam aircond.

Buku

Aku pinjam satu buku psikologi dari perpustakaan. Managing Stress - Terry Looker dan Olga Gregson. Aku just pinjam sebab saja nak baca sesuatu. Dan aku dapati buku ni bagus sebab dia cerita stress dari segi saintifik. Macam perubahan hormon. Contohnya, dia kata, kalau kita berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan, maka ada la perubahan fisiologi dalam badan yang menyebabkan kita bersedia untuk bertindak, lawan ataupun lari.

Dia bagi contoh lagi, keadaan yang sama sebenarnya berlaku dalam keadaan macam waktu kita kena interview yang kita tak brapa konfiden, kita punya otak fikir fasal nak lari (keluar dari bilik), dan badan bertindak ikut kita fikir, tapi kita takleh buat camtu, so terjadilah stress. Lebih kurang camtu la aku ringkaskan. Dalam buku tu ada detail fasal hormon-hormon yang bertindak, tindakan luar kawal dan sebagainya. Seronok aku baca kaitan yang ditunjukkan sebab kebiasaanya kita fikir yang stress ni semata-mata permainan minda jer.

Agaknya, salah satu sebab aku stress ari tu disebabkan badan aku yang tak biasa dengan keadaan sini la kot.

Makan

Tapi kalo ader satu benda yang aku agak sure, ialah fasal makan. Sejak kecik, aku memang cerewet sikit fasal makan (yeah, I know I’m a spoiled brat). So bila sampai kat sini, nak cari makanan halal susah, dan kena masak sendiri, so penat sikit la. Aku duk fikir, kalo ada rezeki sambung PhD kat sini, aku akan survey habis-habisan tempat yang aku akan duduk kelak. Aku nak make sure dekat dengan restoran makanan halal. Bleh melantak ayam 5-6 ketul sehari.

Ayam goreng kat sini, boleh kata murah la, disebabkan daging ni macam makanan ruji diorang. Maksud aku, kalau gi restoran, nasi putih pun dah 1 pound lebih. Ayam bahagian wings 6-7 ketul, baru 2 pound. Baik beli ayam dari beli nasik.

Jisim

Tapi kira okey la, dalam makan tak berapa best (makan cukup, tapi tak best) pun, aku timbang berat (ataupun jisim sebenarnya) minggu lepas, dah 55kg. Kira improvement gak la sebab dapat menaikkan 5 kg dalam 1 bulan lebih (berat waktu bulan posa = 50kg). Boleh tahan gak ek. Aku harap bleh naikkan lagi, dan by the end of my course, bleh la mencecah 60 lebih. Aaah, bestnya..

Mana taknya, ari tu Khairul(x-SMKM, UKM Dr) dan Muzaini(x-SMKM, UIAM Ekon) lepak-lepak rumah aku. Dulu Khairul ala-ala saiz aku jer. Geng geng yang tak dapat menaikkan berat badan. Ari tu dia dah masuk dalam strata 60kg ke atas. Tension giler aku. So, kira ni la masanya untuk aku menambah berat diri sendiri. InsyaAllah.

X-factor

Semalam finale X-Factor. Rancangan realiti tv macam American Idol. Simon Cowell jadi judge jugak. Pemenang dia memang deserved la. 7 juta sms untuk pertandingan akhir. Pastu kat ending, ader la iklan fasal X-Factor musim ke-4. Aku check2 dalam internet, audition dia dalam bulan April dan tak tertutup untuk kerakyatan UK sahaja. So, aku duk cadang2 nak try apply la. Sebab ada audition kat London, bleh turun jumpa Simon Cowell. Bestnya…  (er, dah start berangan amik gambar dengan dia dah.LOL)




One Response to “Berjaga”

  1.   Mohd Farizon 19 Dec 2006 at 10:28 pm

    Alaa, aku pun cerewet pasal makan masa kecik2 dulu..my motto: No Chilly !! No Sambal !! No Kuah2 !! Well, obviously right now I can handle those foods with less problems..ang mmg berhasrat nak naikkan ke 60kg ker? Aku yg dah 65kg ni doctor suruh turunkan ke 62kg, hahaha~

Comments RSS

Leave a Reply