Dec 15 2006

End of Part I

Published by flexin-am at 3:06 pm under Uncategorized

Selepas tulis tajuk, aku macam terdengar chorus yang biasanya kuar lepas abis part 1 dalam citer Mr Bean. Well, the title talk for itself. Hari ni, hari terakhir semester 1 aku. Memandangkan final exam hanya selepas 2 semester, maka berakhirnya semester bermaksud masa untuk cover balik bebenda yang dah termiss atau yang sengaja dimisskan.

Tadi, aku pergi jugak kelas satu jam. Bebudak German dah balik German. Aku pun tak tau apa sangat yang best balik awal memandangkan Krismas lambat lagi. Chris (budak German) ari tu bagitau yang macam tak best jugak balik awal memandangkan cuaca kat German skang lagi sejuk daripada kat London. Cuaca semalam dan hari ni okey. Beku beku kuku (lawan suam-suam kuku).

Abis kelas MA5501, Karli (budak Austria) datang bersalam-salaman mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’. Macam raya posa plak, salam-salam minta maaf (raya posa kat sini, mana ada konsep ‘Maaf Zahir Batin’). Aku senyum jer. Diorang ni bukannya berapa tahu yang aku tak sambut Krismas. Kenapa? Stay tuned. Pastu Philips dan Claudia plak datang mengucapkan bye bye memandangkan akan jumpa tahun depan plak. Sorang lagi mamat Austria tu tak datang ucap pun (baca dengan nada kecewa, diikuti dengan gelak sarkastik). Dia la satu-satunya coursemate aku dari 12 orang, yang aku tak tahu namanya sampai akhir semester. Udy ngan Tahir pun tak tahu. Seimon apatah lagi.

Aku balik rumah, ada kad. First time la dapat kad krismas. Housemate aku letak. Aku senyum lagi.

Kenapa aku senyum? Sebab mengenangkan yang diorang tak tahu pon yang aku tak sambut Krismas.

Last time I check (ni ayat cliche), Krismas ni perayaan keagamaan. Tu sebabnya orang Islam tak sambut. Berlainan dengan Tahun Baru, Tahun Baru Cina, Hari Ibu etc yang takde konsep yang boleh menggugat aqidah.

Tapi, di UK, berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakan orang sini tak sedar sangat yang Krismas tu perayaan keagamaan. 72% orang UK beragama Kristian tetapi UK mempunyai antara yang paling rendah pengamalan agama iaitu kurang dari 8%*. Jadi aku rasa, diorang ni tak brapa sedar pun yang Krismas tu ada kaitannya dengan agama Kristian. Tu sebab diorang cam tak leh nak relate yang orang bukan Kristian tak sambut Krismas.

Perkara yang sama berlaku di Jepun. Dulu aku baca dalam Mastika, cakap orang Jepun ada banyak agama. Tapi berdasarkan informasi yang aku dapat dari Issei (NFU), banyak orang Jepun takde agama sebenarnya. Cuma diorang mengamalkan budaya yang lahir dari agama. Contohnya, seseorang Jepun, bila lahir, dibawa ke kuil shinto, berkahwin dalam gereja Kristian dan bila mati dibawa ke kuil Buddha. Orang Jepun pun sambut Krismas gak (rujuk Doraemon).

So, at least orang-orang Malaysia lebih peka la, sebab orang Melayu tak la ucap Salam Aidilfitri kat mana-mana orang Cina yang jumpa,ye x. Bukan la salah, cuma tak sesuai. Macam kalau pakai t-shirt Linkin Park masuk meeting PIBG la. So, kalo orang UK ucap ‘Merry Christmas’, senyum jer la…

Satu jer harapan aku waktu musim-musim Krismas ni. Sale. Harap-harap banyak potongan harga. Boleh la beli apa-apa yang patut.

* Wikipedia - United Kingdom
http://en.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom#Religion




One Response to “End of Part I”

  1.   Mohd Farizon 17 Dec 2006 at 9:04 pm

    Huhuhu, tergelak aku bila baca pakai t-shirt Linkin Park masuk meeting PIBG..sure outrage nyer org2 meeting tu, so cuti sem tu ang x balik umah la ek? Berapa lama cuti?

Comments RSS

Leave a Reply