Dec 19 2006

Kenapa pakai kasut?

Published by flexin-am at 3:42 pm under Life in UK

For sure korang pun pernah terfikir, kenapa orang-orang barat pakai kasut dalam rumah? Aku tak cari la mana-mana sumber yang mengkaji, tapi aku tersedar yang salah satu kemungkinan ialah kerana faktor cuaca.

Pernah dengar tak, orang cakap, kalo kat tempat sejuk, jangan tidur atas tanah, boleh mati. Sekurang-kurangnya tidur atas tempat yang lebih tinggi macam bangku panjang etc. Dan kita belajar Sains yang suhu panas naik ke atas kan?

Musim sejuk dah mula, dan sekarang ni, aku boleh rasa perbezaan yang ketara antara bahagian atas badan dengan kaki. Sejuk giler kaki aku walaupun aku buka heater, sampai biasanya, waktu main komputer, aku akan duduk atas kerusi macam duduk antara dua sujud supaya boleh panaskan sikit kaki.

Yup, disebabkan sejuk dekat lantai. Maka salah satu cara yang paling efektif ialah pakai kasut. Stokin saja takleh pakai gak kengkadang sebab sejuk sangat.

So bayangkan dulu-dulu waktu heater elektrik takder lagi. Nak kena panaskan rumah guna kayu api. So, mestilah masuk rumah, takkan tanggal kasut serta merta. Dan kalau tanggal kasut sekalipun, nak pijak papan/simen sangatlah sejuk. Maka aku rasa, kebiasaan ini menjadi budaya, dan disebabkan faktor cuaca, orang-orang kat sini pakai kasut dalam rumah sampai ke hari ni.

Walau bagaimanapun, teori ni takla bleh pakai sangat sebab kalo tengok Doraemon, Nobita (dan orang-orang Jepun secara amnya) tak pakai kasut dalam rumah, walaupun diorang duk kat negara 4 musim jugak.




4 Responses to “Kenapa pakai kasut?”

  1.   Mohd Farizon 19 Dec 2006 at 10:35 pm

    Kat tmpt sejuk normally pakai selipar berbulu yg biasa org pakai dlm rumah(ala- yg ada kepala bunny tu), at least kasut yg pakai kat luar tu takde la kekotorannya masuk ke dalam rumah..kalu x kesian mak Nobita nak menyapu selalu, hehehe~ dlm katun pun normally diorg pakai socks atau selipar berbulu tu terus..kan kita belajar dalam Sains dulu, bulu dpt memerangkap haba yg terbebas ke persekitaran..ewahh~ (betui ke teori aku tu XD)

  2.   hudaon 19 Dec 2006 at 11:14 pm

    betul apa fariz kata

  3.   Amon 20 Dec 2006 at 3:39 am

    Weh, aku bayangkan waktu dulu-dulu la. Mana nak cari selipar berbulu zaman-zaman dulu wei…

  4.   Awinon 20 Dec 2006 at 6:12 am

    m’sia pon 4 musim gak aper…musim panas, musim menuai, musim ujan dan musim tengkujuh. tak pakai kasut, selipar bulu2 n stokin pon dalam umah..tak heran la~~~
    lalala~ post a comment.. =p

Comments RSS

Leave a Reply