Dec 19 2006
Makan ayam & Shopping
Salah dua benda yang bleh buatkan aku happy pada ketika ini- makan ayam dan shopping (window-shopping pun termasuk jugak la).
Baru balik dari Uxbridge. Disebabkan kat Pavilion dan Chimes (nama supermarket) takde surau cam kat BJ ngan Gurney, so terpaksa la atur elok2 time. Lepas solat Asar kul 1.40, aku terus turun ke bus stop. Suhu 4 darjah. So, ala-ala hembus nafas keluar asap la. Takde la apa-apa benda pun dalam cadangan nak beli. Ada terfikir nak cari stokin yang tahan sejuk. Tapi tak jumpa.
Jumpa la gel rambut Wella Shockwaves. 99p jer. So aku amik la memandangkan kat Tesco dekat rumah aku, 2-3 pound harga dia. Other than that, aku tak beli apa pun.
Gi pusing2, masuk kedai Nike. Nampak la baju on sale. On sale Krismas kan. Tapi dalam2 on-sale pun, harga dia lebih 30 pound. Ala-ala beli baju 2-3 ratus kat Malaysia tuh. Otak aku masih lagi men’convert’2 nilai matawang. So, setakat enjoy tengok-tengok jer la.
Pastu aku terjumpa satu baju sejuk (aku pun tak tau nak panggil coat ker, sweater ke, jumper ke, aper ntah). Aku cuba-cuba pakai. Waaa, smart giler. Walopun harganya 30pound, aku terasa nak beli jugak memandangkan aku tak pernah ader proper shopping lagi sejak sampai sini. Tengah-tengah aku try saiz M dan S, aku tersedar yang kapas (kain, bulu kat dalam tu, panggil apa ntah… lemah sikit istilah-istilah pakaian nih) dia cam terlekat kat baju yang tengah pakai. Aku terus hilang semangat sebab aku rasa 30pound tuh sangat la tak worth the money dengan kualiti yang dijual. So aku cancel beli.
Pukul 4, aku dah mula menapak ke bus stop, nak balik rumah memandangkan dah masuk Maghrib waktu tu. Tapi Isyak kul 6, so sempat lg la nak solat kat rumah. Nasib aku baik sebab aku ternampak restoran burger halal. So, beli burger 1/4 pounder dan chip, 3.70 pound. Balik rumah layan Friends Season 1 yang habis didownload minggu lepas.
Argh, terasa nak makan ayam!