Archive for December, 2006

Dec 13 2006

Malaysia menulis

Published by flexin-am under Life in UK

Aku bangun pagi ni, check2, ada 10 email baru. Jarang gak ada 10 email datang sekaligus sbb aku check setiap hari. Balik dari U, ada 20 email (termasuk 10 email yang tak baca lagi). Memang la email2 tu termasuk email promosi, newsletter universiti etc, tapi kira datang serentak la.

Dengan email friendster, Kimi (Bio USM, dbt), Ramli (x-KMPP F1P4) dan Zuraida (x-Bio USM), Kak Uda (x-SMKM), dan Naimah (USM, x-SMKM) update blog. Pagi tadi (waktu sini), Fariz (x-roommate KMPP, USM Trans) tinggalkan komen kat blog aku selepas Joanna (law-UIA) beberapa jam sebelum tu. Aku terfikir, ader apa-apa keadaan kat Malaysia ke yang menyebabkan orang terasa nak menulis? Menurut Kimi (dalam blog dia), hujan. So, mungkin suasana sejuk menyebabkan orang kat Malaysia terasa nak menulis sebagaimana waktu sejuk terasa nak makan cekodok dengan air kopi (tahun depan la aku bleh merasa balik makan cekodok. Goreng ayam pon tak pass, apatah lagi cekodok, ye x..). Mungkin ada teori disebaliknya….

3 responses so far

Dec 11 2006

Ketiga

Published by flexin-am under Life in UK

Blog ketiga aku dalam hari ni. Bila terasa nak menulis, aku akan ada feeling semacam. Macam resah dan gelisah. Maka aku capai laptop aku di atas katil, dan letakkan atas riba. Meja aku agak kecil, jadi kenalah pindahkan atas katil supaya aku tak mudah terganggu. Bukannya apa, kadang-kadang rasa macam nak check email dan banyak gak idea yang aku dapat untuk surf internet. Masuk wikipedia dan baca apa-apa yang menarik.

Pagi tadi aku bangun dan pergi Tesco. Nak amik duit kat bank tapi bank macam problem. Esok jer la amik. Bil gas dah sampai. Untuk 2 bulan ni, sorang kena bayar 22 pound. Kira dalam sebulan, abis dekat RM80 jugak la untuk bil gas. Bukannya banyak dihabiskan untuk masak. Central heater guna gas. Jadi banyak la sikit bil waktu musim sejuk ni. Aku pun tak pasti dah masuk musim sejuk ke tak.

Kalau tengok pokok, daun dah abis luruh dah. Dan tak ke selalunya kita tengok filem-filem krismas, salji dah turun. Tapi buletin untuk bebudak international dah bagitau, susah nak dapat tengok salji kat London. Walaupun aku agak excited nak tengok salji ari tu, buat masa sekarang, aku berharap agar salji tak turun. Bukannya apa, cuaca sejuk ni agak membataskan pergerakan la. Aku dah mula bercadang untuk beli tiket bas mingguan. Mungkin nanti selepas tahun baru, kalau cuaca sangat sejuk la. Minggu ni, minggu akhir semester 1. Dan aku tengok ramalan cuaca, tak la sejuk sangat sepanjang minggu ni.

Kadang-kadang kalau suhu jatuh sampai 5 darjah pun, masih boleh tahan kayuh basikal kat luar. Tapi bila angin bertiup ke muka, rasa macam disiat-siat jer. Bila aku nak masukkan tangan ke dalam poket untuk ambil kunci, selepas buang glove, pedih macam pisau menghiris tangan, sebab tangan agak beku, walaupun pakai glove.

Balik dari kedai pagi tadi, aku tengok Paul dan Bernie, housemates aku melepak kat ruang tamu dengan sapa ntah. Rupanya eletrician. Fius terbakar, jadi plug takleh guna. Lampu okey. Padan la waktu aku buka oven, tak menyala. Terbatal niat aku nak masak filet ikan pagi tadi. Yang aku nak tergelak, Bernie macam tak tentu arah tunggu eletrician tu datang balik setelah eletrician tu keluar ke mana ntah. Bernie menekan-nekan piano. Walaupun dia tak tahu main, tapi terserlahlah yang dia tak selesa dengan keadaan takde eletrik. Aku tersenyum sambil masak di dapur. Orang-orang negara maju memang camni (walaupun sebenarnya aku pun selalunya tak torah jugak kalau takde karen kat rumah Merbok. Aku ler selalunya yang report kat TNB. Yang paling aku geram, time-time citer best la slalunya blackout).

Maka filet ikan yang aku beli, disimpan dalam peti ais. Teringat pulak waktu Ken (host brother aku dari Jepun) dan 3 orang lagi budak Nihon Fukushi Uni (yg aku pergi dulu) datang rumah aku 2 tahun lepas. Mak aku masak ikan temenung. Goreng. Dan bila dijemput makan, diorang selamber jer amik dan nak gigit ikan tu macam makan ayam goreng. Aku menjerit bagitau takleh makan macam tu sebab ada tulang. Nak buat camner, sepanjang aku kat UK, aku tak nampak lagi ikan dalam bentuk ikan tu sendiri. Semuanya telah difiletkan. Ayam pun kebanyakannya dijual tanpa tulang. Ari tu aku beli ayam yang ada tOren008ulang sebab murah. Tapi baru-baru ni penjual dia bagi aku yang takde tulang, kira okey la.

Aku cakap la kat mak aku ngan kak aku, aku masak ayam kat sini tak jadi macam yang mak masak pun. Tak kuning. Dia macam putih jer. Agaknya memang ayam sini macam tu kot, kata aku. Mak dan kak aku setelah beberapa lama tersedar. ‘Laa… dah tak boh kunyit. Mak goreng ayam lumur kunyit dulu’. La ye ke??? Mana la aku tau. Arghh….

2 responses so far

Dec 11 2006

Nicole Richie arrested

Published by flexin-am under Television

Nicole
Aku tertarik dengan gambar Nicole Richie. Gambar ni diambil oleh polis sbb dia ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selebriti, biasa la…

Cuma satu yang aku tak tahan nak gelak, sebab walopun tangkap gambar untuk rekod polis (Glendale Police Department), tapi masih sempat ‘posing’. Dengan rambut sedikit menutup mata (kalo tangkap gambar pasport, xbleh woo). Muka pun ala ala tunduk ke bawah skit supaya pose menarik la kot. Ha ha.

Additional News: Nicole Richie dan Paris Hilton dah berbaik-baik balik selepas bergaduh dan diorang akan buat pengambaran seterusnya Simple Life. Agaknya Nicole buat perangai cam dalam Simple Life tak waktu kena tahan polis ek?

LOL

Source: http://news.yahoo.com/s/ap/20061211/ap_en_tv/people_nicole_richie_arrest

No responses yet

Dec 11 2006

Reality TV with a twist

Published by flexin-am under Television

[Spoilers ahead. All of this spoiler came from the producer, or the tv company through newspaper or magazine founded online, and NOT from the information leak]

Amazing Race

Just finish watching the finale Amazing Race (the real one, not spin off from AXN). Loves this show very much. I enjoyed the finale as usual although I was pretty frustrated coz the time had been shortened to only one hour, in oppose to two hours finale usually. I don’t really mind who won the final episode because my favourite team, Dustin & Kandice, former Miss USA, had been eliminated in Final 4 Episode. I never like blond barbie team, but this girls rocks. Really remind me of Nawal in my own version of The Mole 1. Kinda ‘not-gonna-stop’ spirit.

And Amazing Race 11 will be the all-stars edition where Rob & Amber (from Survivor) will compete again together with Dustin & Kancide. It’s gonna be so cool

Amazing Race Asia

I cant really say I like Amazing Race Asia. One of the reason is most of the competitors are whining too much. Say they can’t do this and can’t do that. What the heck. And I’m still not happy with non-elimination round on the first episode, then, they put another non-elimination round last two week. You know, the reason they put it that non-elimination round, is when the number of team is smaller, and we (the viewers) have our own favourite (it takes time to develop), some viewers will be happy when their favourite team are not eliminated on that round.

TarasiaI was hoping that guy who was too scared to dive last two week to be eliminated after 4 hour penalised time. But they didn’t because it was non elimination round :(

And I don’t know why I dislike the host of TAR Asia so much. I guess there’s line between a good host or a just-plain host. A good host are Ryan Seacrest from American Idol, Jeff Probst from Survivor, Aznil, while the host who are not interacting with the audience won’t get much attention from the viewers (and surely not academy award) is like him (the host of TAR Asia) and also host of X-Factor(UK show - American Idol style).

The Apprentice 6

The new season will start on January 7. Trump will put much more twist as he realise, it is about good tv. So, in next season, team who lost won’t be staying in his suite but will be camping outside in the tent. And the winning team captain will be by his side on the elimination meeting to give him opinion or in other word, cut the annoying people much easily.

And do you guys know that Carolyn was fired by Trump. She said she quit but Trump said he fired her. So, we will not be seeing Carolyn in Apprentice anymore.

American Idol 6

One week after Apprentice premiere, American Idol 6 will follows up. I haven’t find any new twist for this new season but I guess they will put something up as the format hasn’t changed much for the past two seasons.

We’ll see.

SurvivorS13_tvg_finale_01_image

Down to 6 remaining survivors in Survivor : Cook Island, one elimination is on Thursday and finale will be on next Sunday. Where final episode start with 5 contestants. This season started with 4 groups separated along the ethnic lines (Caucasian, black, asian and latino). And for the first time ever in Survivor history, the final tribal council is for 3 people instead of 2 previously. Kinda wait to see the reaction.

Links:

http://www.survivorfever.net/s13_tvguide_survivor_finale.html

No responses yet

Dec 09 2006

Up and down on a highway

Published by flexin-am under Uncategorized

Mula mula: Sajak yang aku dapat ilham baru sekejap tadi. 2 rangkap jer.. Baca ek.
——————————–
There’re cars behind me
and more had overtaken
I was forced to speed up
and feel the strong wind
beating my face

I stop by the roadside
and take a break sometimes
before I continue my journey
up and down the highway
———————————–
Okeh, straight to the story. Kalo korang bosan baca citer2 ‘whining’ aku, so terus la baca ‘Up’.

Down

Seperti biasa, ‘pressure’ is my middle name. ‘Tense up’ is my family and ‘feeling desperate’ is my children. Aku buat rekod baru dengan stay up 24 jam di London. How cool is that. Not so cool sebab aku berjaga all night long kat lab buat assignment yang still x run dengan sempurna waktu aku submit pagi kelmarin.

Final4Aku rakam video guna kamera digital aku, setiap jam. Penuh dengan tekanan la. Dan sepanjang malam tu, aku, Udy, Tahir dan Chris (budak German) melepak depan komputer.
Siap ader group picture lagi. Tahu tahulah aku kan. Saat2 camni pun aku tangkap gambar jugak.

Dan untuk memastikan saat saat tersebut lebih dramatik, I burst into tears in the morning.

Aku frust sebab graf aku tak menjadi = ader salah formula dalam program. Walopun deadline pukul 3.30 petang, aku submit kul 9 pagi, pastu gi tidur kat bilik Chris sementara dia dengan the other students buat assignment diorang. I guess my body just couldn’t stand anymore.

Tahir dan Udy call aku kelmarin dan hari ni, tanya sama ada aku okey atau tak. Aku okey jer. Itu la aku cakap. Untuk menyedapkan hati aku, Tahir bagitau yang Claudia was the last person to submit the assignment. And she got problem with sending her program. Yeah, yeah. Although I told Tahir, ‘I never felt so much stupid in my entire life’, aku sedar jugak yang aku kurang advantage sebab tak der basic finite element methods macam 4 bebudak Austria. Dan walaupun diorang ada basic, Karli ada buat silap, dan program sorang lagi budak Austria, run dengan elok 2 hari sebelum deadline. So, I guess I’m not that stupid…

Tak pernah la aku aim hanya untuk pass (Untuk dapat Master, kena pass biasa, pass dengan credit dan pass dengan distiction). Walopun aku harap2 dapat credit, tapi at this point, pass pun rasanya dah cukup. But I told myself to bust my a** as far as I could. I hate being a loser, which I am at this moment. A big L on my face. Yeah, that’s the spirit! I’m not gonna stop!

Up

Banyak gak bebenda menarik sebenarnya yang berlaku. Aku dapat call dari Brunel Volunteer Office, sort of that la, tanya aku nak perform atau tak untuk charity event. Memandangkan aku cam bosan dan tense up dengan assignment dan study, so aku pun sign up la. Ari selasa ari tu, gi la perform depan refugee teenager. Ala, ada la dalam 10 orang. Tak besar pun event tu. Aku nyanyi ‘It’s your love’ (originally sung by Tim Mcgraw, ade version GIL dan Natural) dan ‘Unbreakable’. He he. Respon = okey…

Dan officer tu dah siap tanya aku, nak perform ke tak bulan Januari nih. Aku okey jer. Bleh release tension (dulu2 dengan debat), dan gi jalan2 free. Ari tu sampai la aku first time di Hayes, lebih kurang 4 miles dari rumah aku.

Dan second, aku dapat email dari Assistant Producer Endemol UK. Ni email dia.
—————————–
Hi,

I am working on a News Review for ITV. We are looking for
amateur footage of Eid celebrations in the UK and we really liked your
footage.

I would be really grateful if you could get back to me as soon as possible to discuss the programme.

My direct line is ***** and my email is *****

Many thanks,

Juliet Riddell
Assistant Producer
Endemol UK

—————————–

Isn’t that freaky awesome. Dia nak boh video aku fasal raya dalam Youtube tu (ader kat profile skarang) untuk rancangan I Was There (http://iwasthere.itv.com/). Ala, macam Sony Handycam Show, tapi dia bukan cari video2 lawak. Video2 yang menunjukkan event sepanjang 2006, untuk rancangan malam tahun baru. Sesapa pun bleh antar, tapi aku kira cam dapat invitation la. Which is very cool!!! coz I may have the chance to appear on TV.

Sebenarnya macam dah deal, tapi aku ada some issue the Tahir sebab he’s not sure his family setuju atau tak untuk video tu masuk dalam TV. Kan orang Islam sini ader issue skit dengan Islamophobia. So, aku respect la apa yg family dia decide, memandangkan banyak gambar diorang dalam video tu, diorang yang duduk kat sini dan diorang yang akan face any problem regarding that matters later. So, tengok la camner. Kalo, Tahir approve, I may appear on ITV.

Kalo tak, terpaksa la (terpaksa ke???) aku cari jalan lain untuk muncul di TV UK nih. Takpe, next Harry Potter movie, aku try apply untuk extra (that was a joke I made to annoy Naz, actually.

Over

So, when at one point, I was so down to the floor, and on the other hand, I was so up on the air (on air laa…), I do realise I cannot ask for more. That is life…

4 responses so far

Dec 04 2006

Persefahaman Sejagat Para Lelaki

Published by flexin-am under Life in UK

Terharu. Aku rasa nak menitiskan air mata gembira bila Tahir tiba-tiba mencuit dan menunjukkan email yang dihantar oleh Dr Igor.

Dear All,

To avoid overloading you with tests, the modelling class test will be moved to January.

Igor

Agak tertekan gak sejak kebelakangan ni bila memikirkan ujian pada Jumaat dan kena submit assignment pun Jumaat gak. Nak kata buat last minute, aku dah start sejak 2 minggu lepas, tak siap2 lagi. I could hardly blame myself for that. Dan aku rasa email tu dah menunjukkan yang memang banyak student facing the same problem. Ye la, rugi la kalo ujian, byk budak score rendah sebab takde masa nak study.

Lega….

Dalam masa kurang 12 hari, cuti semester akan bermula. Berlainan dengan Malaysia, course aku ada 3 semester. 2 semester belajar, dan lepas abih 2 sem, baru exam ala2 cam PMR, SPM. Semester ke 3 baru disertasi.

Cuti ni, selain dari kena buat preparation giler2 untuk MA5503 (Variational Methods aka Finite Element Method) dan test Dr Igor (Modelling, yeah I wish that kind of catwalk thing but it’s not..), aku akan gi pusing-pusing UK. Alhamdulillah, Tahir ajak join winter holiday dengan kengkawan dia, maka InsyaAllah aku akan sampai ke Scotland dalam 22 hb Disember nih (Err… camner aku nak tulis supaya ayat ni tak berunsur menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi ek?? Arr…). So, rasanya ni la kot time aku nak reward diri sendiri selepas pecah kepala dengan assignment dan study. Sabtu, Ahad dan tadi (Isnin), aku pergi U dan stay 4-5 jam kat lab. (Err… ni ayat untuk neutralise keseronokan tak terhingga dapat gi Scotland).

Makan
Tadi aku timbang berat, dah turun sekilo. Aaah. Untuk menaikkan balik, aku melantak ayam seekor kat restoran Pakistan. Balik singgah Tesco, ada roti sebuku yang reduced price. 10 p. Aku amik je la walaupun tarikh luput dia hari Rabu. Ala.. tarikh luput memang slalunya awal ye x. Patut bleh tahan 2-3 hari lagi. Cookies yang biasanya dijual 1.14 pound pun aku amik sebab reduced ke 10p. Masukkan dalam peti ais, esok bleh bawak gi U. Makan in between of kuliah. [Gambar diambil minggu lepas]

Aku teringat waktu bersembang kat Khalil ngan Abang Tra dan Kak Khalidah dulu. Begini bunyinya. Biasanya (kat asrama, hostel) orang perempuan akan letak sabun, syampu etc kat bilik mandi. Dan ambil jer. So takyah usung-usung (Kak Khalidah la bagitau, bukan aku menghendap ke apa, ye x). Aku dan abang Tra tambah, kalo lelaki tinggalkan sabun kat bilik air, tu maksudnya macam dah jadi harta wakaf la. Aku rasa takde la mana-mana konferens akademik yang decide. Tapi try tanya orang lelaki. Tu dah jadi macam satu persefahaman umum la.

Dan takder la lelaki (kalo ada = kes terpencil) yang akan mengamuk kalo sabun buku yang dia tinggalkan kat para tempat basuh baju digunakan orang. Kalo taknak bagi orang guna, simpan tempat tersorok atau just boh tempat tinggi skit, walaupun bleh nampak, tapi orang lain akan tau la yang benda tu bukan kegunaan umum.

Dan ari tu, aku beli teh uncang bulat. Aku boh dalam rak almari yang ada benda-benda housemate aku. Dan 4-5 hari lepas tu, tinggal sikit je teh aku. Eh, diorang ni balun abih ke? Rupa-rupanya diorang masukkan dalam balang yang ada tulis teh kat luar. Baru aku terperasan, dah aku boh kat tempat umum, maka diorang pun assume benda umum jugak le, ye x. Kiranya teori yang kitorang bersembang tu bersifat sejagat la. Bleh apply kat kebanyakan tempat kot (kot= menunjukkan ketidakpastian memandangkan tiada kajian akademik yang membuktikan, atau aku tak pernah baca).

Tapi, roti yang aku beli, yang aku boh kat penjuru almari dapur, tempat yang biasanya tak boh kat situ, selamat la. Aku jela yang makan. Cuma kalo kengkadang (baru 2 kali sebenarnya) aku beli roti yang ada perisa (ala… yang cam gardenia buat untuk bakar tu), yang harganya telah direduced (biasa=1 pound lebih, reduced ke 35pence), baru la aku akan jemput Paul makan sebab aku tak dapat nak perabih sorang2. Roti berperisa tu lagi mudah expired, so tu sebabnya tetiba pemurah (Bebudak Tekun, especially Nasuha, you know what kind person I am).

Aku jemput Paul makan itu hari. Aku mention la tak kisah kalo nak perabih. Ada la lagi dalam 7-8 slices. Aku balik dari kuliah, dah tinggal 2 slices. Aku beli kali kedua (yang reduced lagi la), ari ni aku jemput lagi Paul makan. Ada baki dalam 5 slices. Aku balik dari U, plastik bungkusan roti telah pun selamat dibuang dalam tong sampah.

Err… lagi satu persefaham sejagat orang lelaki. Kalo ader benda makanan yang dijemput makan, maka eloklah dihabiskan supaya tidak membazir…

Takdenyer konsep simpan sikit kat tuan punya kecuali kalo diwarning oleh tuan punya (Penggunaan perkataan warning disebabkan nada yang digunakan oleh tuan punya perlulah lebih tegas seperti ‘wei, make sure tinggal 3 keping kat aku!!’, dan bukannya ‘wei, tinggallah skit kat aku…’ - Sila baca kedua-dua ayat dengan intonasi yang bersesuaian). Tak caya tanya bebudak yang duk asrama.

2 responses so far

Dec 02 2006

Singing

Published by flexin-am under Life in UK

Aku tergelak baca komen Fariz dalam blog aku bertajuk Desperate Foreigner . Lawak pula rasanya bila komen2 dalam blog aku menceritakan nasib malang yang ditimpa.  It’s kinda reversed-psychology thing. Bila terasa down, dan ader orang yang lagi down sebenarnya, so just accept the fact that ‘that is life. It’s hard’.

Semalam aku masak nasi goreng cina lepas tulis blog. David dan aku jer yg stay kat umah waktu weekend ni. Paul dan Bernie ada tournament frisbee. Steve gi trampoline. Apebenda ntah. Game lompat-lompat. So tengah aku masak, David masuk ngan girlfriend dia. Diorang lepak2 kat ruang tamu. Aku pun cam biasa la. Dah takde orang ni, buka CD Player kuat sikit dan menyanyi sama2.

Agaknya diorang dengar kot, tetiba gf David datang tanya fasal aku perform waktu Vocal Essence ari tu. Dia bagitau la yang dia duk conduct gak benda tu 2-3 tahun dah. Tapi tahun ni dia tak pergi sebab ada kerja apa ntah. Agaknya dialog diorang sebelum tu camni lah kot:-

GF: Oh, your housemate is singing.. [selepas mendengar aku melalak lagu Natural yang dah tak popular kat dapur]
David: Yeah, always make noise even from his room which I got annoyed every now and then, and it’s gonna be another 10 months he’ll be doing the same thing and surely it sucks! [this dialog was exaggerated for fun and interesting reading purpose]. He performed on Vocal Essence last few days

Semalam waktu kat kafe, tetiba ada video clip MyFly - Five Colours of Her Hair. Aku pun cam biasa la, dah ader lagu favourite, ikut laa nyanyi skali. Udy ngan Tahir geleng kepala dengan perangai aku yang tak berapa matang tapi ada hati nak kahwin [this is also exaggerated but might be true under some circumstances. The usage of word 'might' showing the lower degree of certainty compare to the word 'may'. Got my point? No? Who cares].

Udy tanya, ‘are people in your country have the same attitude as you do?’ DaughtryAhaks. Tahir jawab bagi pihak aku, yang bermaksud, ‘Takder laa. Amri ni sorang jer yang pelik sikit..’ Aku ketawa lagi bila Tahir meniru gaya aku makan berbunyi ‘nyap nyap’ seperti yang Shahrill (x-Bio USM, tengah amik lesen kereta) selalu perli waktu makan kat Selera Murni…

[Chris Daughtry dari American Idol season lepas dah kuarkan album. Aku dengar preview dari amazon.com cam best gak]

2 responses so far

Dec 01 2006

2 bulan

Published by flexin-am under Life in UK

Hujan renyai-renyai ketika aku dalam perjalanan ke perpustakaan. Singgah sekejap untuk cari buku Finite Element Method. Kena buat report dan submit Jumaat ni. Aku balik semula ke lab untuk amik barang aku yang aku tinggal dengan Udy dan Tahir.

‘I’ll come tomorrow’, aku beritahu Udy. Walaupun pada saat ini, aku benar-benar berada dalam keadaan tidak pasti, tapi aku rasa kesian pulak nak biar Udy buat program sorang2. Ingat lagi waktu C++ dulu, bila aku tolong kengkawan, dan program diorang macam xleh run. Sekarang aku plak yang berada dalam situasi tu. Karli yang tengok-tengokkan program tu. Dah dapat plot graf, walopun x tahu betul ke salah, tapi harap-harap bleh la dapat separuh untuk assignment nih.

Hujan berhenti waktu aku kuar lab. Dah genap 2 bulan aku berada kat UK. So, ni summary untuk 2 bulan.

Me and myself

1. Aku dah bleh masak nasi goreng cina. Sedap gak la. Semalam masak ayam masak Tikka. Cam kari la. Beli kuah yang dah siap ada, campur, tambah garam sikit, sedap gak.

2. Aku dah pandai jimat. Kalo kat USM, aku belanja RM15 sehari untuk makan jer. Sarapan RM2, tengah hari RM3, minum petang RM2, makan malam RM3, lepak Khalil RM1, minum malam RM2, snack RM1. Kat sini aku belanja makan dan bebenda lain kurang 30 pound seminggu. Kira okey la duit sini. Sebab aku budget hari tu, aku mesti belanja kurang 7 pound sehari untuk survive. Ye la, family jauh, takleh lari budget.

3. Aku dah tambah berat badan. Ari tu sebelum raya, berat badan aku jatuh teruk gak. Timbang badan termasuk kasut, berat aku 50kg. Tapi 2 hari lepas, aku check, dah 54.5kg. Tak termasuk kasut. Best betul. Aku cakap kat Udy ngan Tahir, ‘preparation for winter’.

4. Aku dah bleh tahan sejuk skit. Skang ni, 2 kali aku mandi sehari. Sebelum gi kuliah dan mandi lepas balik kuliah. Dah okey dah, tak la menggeletar macam itu hari. Ahhh, ni kalo balik Malaysia, mesti aku mengeluh, ‘panasnya Malaysia…’.

5. Sunburn kat tangan aku dah hilang skit. Yelah, asal kuar rumah pakai jacket, so tak terdedah la kat matahari.

Me and the others in Malaysia

1. Dengan parents aku, macam biasa la sembang. Mak aku pun cam dah tak risau sangat. Dah aku bagitau berat (atau jisim sebenarnya) badan aku tambah, dia tau la cukup makan. Terlebih la. Mana taknya, melantak cheese tiap-tiap hari.

2. Dengan kak dan abang aku, diorang bagi support cam biasa la.

3. Dengan kengkawan lain, aku contact2 la jugak.

Me and my housemates

1. Housemates aku rileks cam biasa jer. Tapi dah tabiat aku selalu dengar lagu sambil nyanyi, so kengkadang ternyanyi kuat la sikit. Steve yang duk sebelah bilik aku kengkadang tegur, ‘you sing again today’. ‘Er… sorry..’. ‘You don’t have to feel sorry for that’. Aah, orang dah bagi green light. So, kira okey la..

Me and people in here

1. Dah join nyanyi ari tu, ada la kenal bebudak lain sama. So kengkadang bila jumpa, ala2 tegur camtu2 la.

2. Tahir, Udy, Seimon ngan aku ala2 satu klik. Kitorang tolong menolong antara satu sama lain, di samping mendapatkan pertolongan bebudak Austria. Hari tu kitorang kuar makan kat kedai Pakistan.Earlywinter

3. Duk tegur gak la orang2 Malaysia kat sini. Abdul Rahman, PhD student duk slalu bertembung ngan aku kat surau. So, sembang la apa-apa yang patut.

Me and the surrounding

Salah satu benda yang best fasal universiti ialah we can live the way we want to and nobody cares. So, taklah terasa janggal kat sini walopun aku antara minoriti.
Aku mula menghargai saat-saat mengayuh basikal ke universiti. Dan melihat pokok mula kehilangan daun, hari demi hari. Menyedari yang detik-detik ini sangat biasa tetapi aku akan merinduinya kelak….

2 responses so far

« Prev