Dec 29 2006

Scotland Part 3 - The Conclusion

Published by flexin-am at 6:18 pm under Life in UK

Malas la aku nak tulis banyak-banyak fasal Scotland. Sebab, asal tulis jer, aku rasa cam nak pergi balik jer ke sana. Ye la, bercuti. Ala2 tak fikir fasal study. Ni dah balik dalam mode study, tertekan balik laaa.

Aktiviti

Aku tak buat research pun apakebendanya yang popular di Scotland. Tapi aku ada nampak la 2-3 buah Castle kat Scotland.

Cumanya, kitorang pergi ke tempat-tempat yang berkaitan dengan alam semulajadi. Sila ke http://www.solarstreak.com/gallery_01scotland.htm . Homepage personal aku yang masih dalam pembikinan, tapi ader la gambar-gambar yang cantik yang aku amik. Kalo gambar pun dah cantik, yang sebenarnya lagi la kan…

JumaatScotlandmasjid
- Solat Jumaat kat Masjid Glasgow. Yang uniknya, waktu aku sampai, aku ingat khutbah dah start, sebab Zohor dalam 12 lebih. Tapi rupa-rupanya, sekadar kuliah sebelum Solat Jumaat jer. Pukul 1, baru start khutbah, dan dalam 5 minit, dah abih pun semuanya. Terus solat. Kira khatib baca yang wajib jer. Nak dapat pahala sunat la tu… (sunat baca khutbah pendek dari solat jumaat. Kan ke kita blajar waktu Tingkatan 2 dulu)
[Gambar: Masjid Glasgow]

Ramai gak makmum. Kebanyakan dari Timur Tengah, Pakistan la kot aku rasa, sebab macam ramai jer orang Pakistan kat UK nih. Tengah-tengah menunggu bebudak lain (kawan-kawan Tahir la) kuar, aku terperasan yang kebanyakan orang Pakistan nih ada gen jambang. Dan diorang tak ada jerawat. Eh, bleh la terfikir fasal tu plak, ye x…
Scotland2041
Disebabkan takder banyak masa, sebab Asar kul 1.33 dan dalam kul 4 dah matahari terbenam, sempat tengok pemandangan sikit jer. Kitorang cam masuk satu bush nih, tapi dah gelap dah waktu kitorang sampai. So Jumaat takde apa la.

Sabtu
Sabtu, kitorang meredah bukit dan hutan. Trekking la. [Gambar - dalam hutan] Bukan panjat bukit pun. Just lalu-lalu denai dan belukar. Ada la 1 jam lebih. Sampai la kat satu tempat nih, ada satu rumaScotland2061h kecil diorang bina. Mungkin dulunya didiami orang kot.

Aku cam ada deja-vu skit bila nampak rumah ni. Cam pernah nampak sebelum ni. Mungkin mimpi. Mungkin tertengok kat majalah National Geographic

 

Rumah tu memang boleh dimasuki oleh pelancong. So, kitorang masuk dan boh unggun api. Ader tempat yang kuar asap tu dalam rumah. Apa ntah panggilnya. Makan tuna sandwich yang kitorang pack. Sejuk giler
.

Macam biasa, kul 4, waktu kitorang kat situ, matahari pun terbenam.

So, waktu kitorang keluar dari hutan tu, daScotland2111h gelap dah. Berbekalkan dengan sedikit sinar rembulan dan cahaya torchlight, dalam dingin musim salji yang tak bersalji, aku berjalan sambil menggeletar sambil Tahir dan kawan-kawannya menyanyi-nyanyi lagu Hindustan ke, Pakistan ke aku tak tahu. Kalo tak disebabkan sejuk, aku sure
join jugak. At least buat bunyi base. Tapi aku terasa nak balik sangat ke kereta. Panaskan tangan guna heater. Aaah. Beku tangan aku waktu tu.
Scotland3loch

Ahad
Kitorang melalui jalan disepanjang Tasik Loch Ness, tasik yang popular dengan hikayat raksasa laut. Sebelum ni aku ada baca dalam Doraemon jer. Episod yang ada Doralin dalam tu.

Baru la tahu yang Loch Ness nih kat Scotland. Keistimewaannya, Loch Ness ni sepanjang 37km. So, aku sendiri pun tertanya-tanya, ni tasik ke laut. Ye la, macam kat Tanjung Dawai jer bilaScotland8 nampak ader darat kat sebelah sana. Bukan laut, tasik. Subhanallah.

Melalui kawasan berbukit yang cukup indah (apsal macam nada rancangan pelancongan jer nih?),
kitorang sampai di penghujung jalan. Satu kawasan tasik. Matahari ditutup awan.

Kitorang melepak dekat satu kawasan tasik yang sangat jernih sehinggakan pantulan bukit boleh dinampak kat air.

Diorang buat unggun api dan bakar ubi dScotland4017alam aluminium foil. Sedap gak makan campur
dengan tuna, mayonis, keju, coleslaw. Lepas tu diorang melepak lepak kejap, sementara aku duk melepak dalam kereta. Tak tahan sejuk oo. Diorang takpe lar, dah biasa dah. Aku yang takde lemak ni…

[Gambar - kat belakang aku, tasik yang aku cerita tu. Cam dalam mimpi jer kan..]

Isnin

Hutan sudah, tasik sudah, so hari IsniScotland5045n kitorang gi panjat bukit. Aku pun tak tahu bukit ke gunung. Yang ni jer yang aku betul-betul tahu namanya - Balhama Millenium Forest Trail. Yang aku tunjuk tu, tempat yang aku berada dan sampai la kitorang ke puncak tu.

Kat atas tu, tak nampak apa sebab kabus tebal sangat. Jarak dalam 10 meter jer. Tapi pemandangan on the way tu yang best. Scotland5077

 

Tapi yang tak bestnya kitorang tak bawak makanan plak ke atas. Aku cam lapar je bila sampai atas.

Maka, bila turun bukit, tamatlah percutian kitorang di Scotland. Kitorang pun bergerak balik ke London.

Disebabkan hari Isnin tu Krismas, sepanjang lebuh raya tu lengang jer. Berlawanan dengan musim perayaan kat Malaysia. Asal raya, penuh jer kereta. Kat UK, sistem keretapi dan pengangkutan awam semuanya ditutup waktu Krismas.
700
Kesimpulan
Alhamdulillah, rezeki aku la dapat mencecah kaki kat Scotland nih. Kalo pergi sendiri2 naik bas, tak sampai la hulu banat yang ada pemandangan indah nih.

Dan bagus gak aku kenal kengkawan Tahir. So lepas nih, kalo bosan2, bleh la gi melepak kat rumah diorang.

So sekarang nih. Kembali la ke mode study plak. Believe me, you want to be in my place when it comes to Scotland vacation, but you don’t want to be in my place when it comes to study time. It is depressing, at least for now.




Comments RSS

Leave a Reply