Dec 20 2006
Scotland tomorrow
InsyaAllah, esok aku akan gi ke Scotland. Ngan Tahir dan kengkawan dia. Dalam waktu tengahhari bertolak. Aku tak la rasa excited sangat nak pergi. In fact, aku tak pack lagi baju-baju aku. Ala… setakat nak masukkan dalam beg galas. Bukan amik masa lama sangat ye x. Lagipun aku bukannya nak lipat baju tu elok-elok.
Aku bagitau kat housemate aku, Bernie
fasal aku nak gi Scotland. Dia cakap, ‘cool’, bila dengar yang kitorang akan pergi naik kereta. Kata Tahir, esok, kitorang akan singgah di Birmingham dulu. Rumah mak cik kawan dia. Tu pun dah makan 100 batu lebih. Aku lebih risau fasal study aku lagi. Sebab berjalan 4-5 hari sure dah amik banyak masa. Tapi aku rasa rugi la pulak kalo tak amik peluang ni. Sebab tak termasuk makan, Tahir collect 65 pound jer (jer?)sorang untuk penginapan dan aku tak tau termasuk duit minyak ke tak.
Kalo pergi sendiri-sendiri, mahu 100-200 pound gak habis tu. Tapi aku dah bercadang untuk bawa buku untuk study. Tak kisah la. Dulu-dulu waktu gi debat waktu first year, aku duk bawak gak buku kalkulus dan suruh Ili(x-Math USM) bagitau chapter apa yg belajar hari tu. Pastu cam dah kurang nerd dah. Ni nampak gayanya, terpaksa la kembali ke mode nerd supaya bleh catch up.
Disebabkan perjalanan ke Scotland menuju ke utara, maka makin sejukla cuaca. Ari ni kat rumah aku, suhu tertinggi kat luar = 2 darjah . Suhu terendah = -1 darjah. Beku rasanya jalan balik dari Tesco tadi.
Maharuddin tanya, waktu aku call dia pagi tadi, ‘Salji takdak ke? Bukan selalu Krismas ada salji ke?’. Aku pun selalu terbayang cerita-cerita cam Home Alone bila fikir movie yang ada part Krismas. Memang la dalam citer-citer tu ada salji ye tak. Sebenarnya kira bertuah la jugak sebab kat London ni susah nak turun salji. Tapi InsyaAllah, sampai Scotland bleh tengok salji kot nanti. Walaupun aku terasa, musim-musim sejuk ni, lagi best melengkar bawah duvet kat rumah, tapi apa salahnya meredah angin beku kat luar ye tak.