Dec 28 2006

Tip IELTS

Published by flexin-am at 3:13 am under All About Me

Beberapa kengkawan aku tengah sakan dalam preparation untuk fly. Salah sorang akan datang UK gak. So InsyaAllah, kalo aku dapat sambung PhD kat sini, bleh la buat tour pusing Europe ngan bebudak Malaysia plak. So, salah seorang kawan aku (identiti dirahsiakan sebab takut melanggar Akta Rahsia Rasmi Kengkawan 1972) tanya skit fasal IELTS.

Minimum

Aku ni dapat IELTS 6.5 jer band. Dari Band 9. Kebanyakan requirement nak masuk U kat UK nih mintak 6.0. Tapi kalo 6.0, terpaksa la sit paper BI extra. Kalo 6.5 tak payah. So aku golongan yang cukup makan dan terselamat la. Kalau biasiswa bawah KPT, syarat minimum 6.5. So, target2 la dalam 7.0. Selesa dan sedap didengar.

Duit

IELTS nih agak popular. Sebab orang yg nak fly kena amik benda nih. Fly belajar la. Kalo fly bercuti, takper. Dah fee dia dalam RM495 waktu aku amik. So, memang kena target atas 6.5 la supaya duit tak hangus. Kalo tak, terpaksa la duduk semula, yang mana kena tunggu 2 bulan (kalo tak silap), sebab syarat dia camtu. Kiranya kalo ada duit pun, still kena tunggu gak.

Resit?

Waktu aku pi kem BTN itu hari. Aku dengar la ada gak 2-3 orang yang tak lepas dan kena resit balik. Tapi sebenarnya perlu tahu yang resit tu option, sebab katakan dapat 5.6, ader sesetengah U yang benarkan untuk belajar yang U diorang dengan syarat amik dulu paper persediaan  (alaa, macam amik paper LMT100 bagi below Band 4 MUET). Walau bagaimanapun, paper persediaan ni sebelum semester start, maka terpaksa la keluarkan belanja untuk makan, penginapan sendiri kat U tersebut. So, lebih baik la resit. Lagipun mungkin ada isu dengan penaja

Format

IELTS nyer format ialah exam nonstop of listening, comprehension & grammar. (Rujuk IELTS Study - for Free dari About.com). Ni antara tips yang aku rasa berguna

Listening
-make sure skill mendengar baik. Dia tak guna pelat UK. So, macam dengar US punya tv show jer. Practically, cuba try dengar citer-citer TV dan tengok bleh tangkap maksudnya atau tak. Dengar, bukan tengok. Sebab kalo tengok, kita bleh baca dari mimik muka atau mulut.
-tulis setiap benda yang kita faham kat atas kertas waktu exam. Kertas conteng la, sebab kengkadang ada soalan macam nama tempat etc. So, kalo terlupa, tak ke susah tu.

Reading comprehension
-practise dengan membaca buku-buku novel bukan bergenre remaja. Ala cam Harry Potter tu dah kira okey dah. Dan practise supaya bleh baca sekali harung, dah faham. Sebab kalo terpaksa mengulang baca, sangat la menghabiskan masa
-waktu aku amik, soalan dia camni,
: Perenggan yang manakah yang memberi maksud, ‘Ayam MCD lebih best dari ayam KFC’ (contoh laa…).
So, kena la tulis no perenggan tu. Biasanya dihurufkan terlebih dahulu.

Writing
-Ha, ni kena la practise selalu. Tulis-tulis la blog ker. Bebenda writing nih takleh dapat macam tu jer, ye x. So, tips dari peperiksaan SPM, MUET dulu, boleh la diguna pakai.

Speaking
- Lepas rehat kejap, sorang demi sorang akan dipanggil masuk. Dia tanya speaking macam exam-exam lain la. Tak banyak beza kecuali soalan dia agak susah. Bukan aper, soalan dia cam KBKK skit. Kena fikir jawapan dan bercakap pada masa yang sama.
Contoh soalan mudah:-
Apakah aktiviti sukarela yang anda minati?
Contoh soalan yang kena perah otak immediately:-
Bagaimanakah cara untuk menggalakkan golongan muda menyertai aktiviti sukarela?
Apakah punca golongan muda tidak menyertai aktiviti sukarela?

Memangla soalan terakhir tu, macam boleh jawab - sebab diorang malas. Tapi kena fikir gak, mana bleh jawab setakat satu ayat jer. So, kena la putar-putar sikit supaya jawab banyak, tapi menggunakan struktur bahasa yang betul.

ChineseDan jangan terpsycho sebab speaking test dirakam dalam kaset.

Other than that

Bahasa ni, perlu slalu praktis. So, praktis praktis la selalu. But remember, no swearing!!!

{Gambar - takde kena mengena pun dengan topik. Saja nak bubuh - gambar restoran cina Malaysia di Glasgow, Scotland}




One Response to “Tip IELTS”

  1.   hudaon 28 Dec 2006 at 11:30 pm

    hmm..walaupun tak gi sana kena perkasakan bahasa inggeris gak ni…

Comments RSS

Leave a Reply