Archive for January, 2007

Jan 29 2007

Test lagi…

Published by flexin-am under Life in UK

Aku baru je abis menulis review mingguan aku fasal Apprentice kat solarstreak.com/apprentice6. Salah satu cara aku merelease tension kat sini. Tadi ujian. Aper aku study tak keluar. Aku rasa cam dah hancur dah. Sorang budak master part time keluar 2-3 minit lepas start. Aku pun terasa cam nak keluar je, tapi memandangkan aku rasa betapa ruginya tak cuba sedaya upaya sehingga detik saat yang terakhir, maka aku bantai la tulis formula yang ada.

Keluar, semua orang mengeluh. Konfiden jer aku bagitau Claudia yang aku nak tengok kertas jawapan dia nanti bila dah dapat balik. Tapi, riak muka dia yang sangat ikhlas menunjukkan yang dia pun tak dapat jawab menjawab permintaan aku tadi.

Ah, at least Valentino, jugak budak Austria, pun cakap yang ada problem. Selalunya diorang tak tipu. Misalnya Ian, budak German, dia cakap jer dia bajet bleh dapat 80 peratus ke atas itu hari, dan memang betul pun. So kalo bebudak Austria pun takleh jawab, kiranya memang susah la. Aaah, aku pun dah guna sistem kayu ukur kengkawan. Aku sendiri pun tergelak bila bebudak Math USM kengkadang cakap, ‘Alaa. Am pun takleh jawab, kita apatah lagi’ sedangkan lepas final, diorang punya gred kengkadang lagi tinggi dari aku. Rujuk Solehin, 2 paper tau.

Aku tak la risau sangat ujian kali ni. Sebabnya, ni ujian ke 3 dan kitorang pun ada submit assignment. Carry mark semua skali 15 peratus jer. 15 peratus lagi dari semester ini. So, tak la impak sangat kot.

One response so far

Jan 28 2007

Gathering

Published by flexin-am under All About Me

BasikalJadual

Minggu lepas, dah cukup la sekurang-kurangnya 100 trip aku naik basikal (pergi ke U dikira 1 trip dan balik pun kira 1 trip gak), kiranya dah balik modal la dengan harga aku beli basikal tu. Kalo naik bas, dah abih camtu jer duit. Sekarang aku dah buat jadual baru untuk kira, berapa duit dah bleh aku save dengan naik basikal dan tak naik bas kat sini.
Gathering009
Malaysian Gathering

Seperti yang aku bagitau itu hari, hari ni makan malam kat umah Kak Ina. Gambar pertama dari kiri. Bleh tahan gak dia masak. Gulai ikan kering, ayam goreng, sambal. Aaaah sambal!!! AkuGathering012
for sure tambah. Sambil makan, sambil rasa terharu sebab dah dekat 4 bulan tak menjamah nasik lauk Malaysia.

Ader ketayap dan kerepek pedas lagi. Aduh.. pastu dia plak dah bagi signal suruh datang kalo senang. Aah, orang tak malu macam aku ni, bukannya bleh diajak ye tak. Err… aku segan gak kalo diajak pergi tak buat apa-apa. Tapi kalo diajak makan, aku okey jer. Tu sebab waktu Dzul ajak berbuka rumah dia dulu, aku on jer. TakdeGathering017 segan-segan dah.

Aku tak dapat tangkap clear gambar no 3 tu. Tapi kalo korang perasan lelaki baju merah tu wartawan TV3. Dia belajar kat UK (aku tak sure dia student Brunel ke tak), TV3 sponsor. Aku pernah nampak dia dalam Majalah 3 dulu.

Mat saleh sebelah ni kahwin dengan salah sorang Melayu, Gathering020husband Kak Tini (yang free hair tu). Dia pangkat Prof kalo tak silap, Kak Tini Dr, mengajar sambilan kat Brunel.

Yang sebelah kiri aku tu Dina (tudung merah), dari Brunei dan Kak ….. ah, dah lupa nama, dari Singapore. Dua-dua buat master.

Ramai gak la yang datang, yang tak ditangkap gambar. Asal introduce course math jer, diorang ala-ala kagum. Aku cam malu dengan diri sendGathering013iri mengenangkan yang aku bukan ler power sangat math pun. Hampeh jer kat sini.

Gambar sebelah. Baby sorang Malaysian tuh.

Aaaah, aku dah start rindu nak dukung anak-anak menakan aku!!

4 responses so far

Jan 25 2007

Malaysian

Published by flexin-am under Life in UK

Aku perangat kepak ayam dan nasik kat Postgraduate School tadi. Buat lunch. Keluar dari dapur, nampak sorang budak perempuan nih. Terus aku tegur, ‘Are you Malaysian?’ Walaupun nak tanya sama ada orang Malaysia atau tidak, kena guna bahasa Inggeris, takut nanti tersalah, malu jer. Ader je yg muka-muka Malaysia tapi bukan.

Dia tanya aku balik. Rupa-rupanya dia orang Brunei. Lebih kurang baya aku la. Masuk sama ngan aku gak tapi tak pernah bertembung. Bersembang la sekejap guna Bahasa Malaysia. Kalo jumpa orang Malaysia kat luar negara, mesti guna Bahasa Malaysia, kalo tak orang cakap buruk perangai. Sapa cakap? Entah, aku pun tak tahu. Cuma macam ada suara dalam otak aku yang menjerit, ‘wei, cakap BM la’ bila berjumpa dengan orang Malaysia. Terkecuali kes budak undergrad yang memang duk sini dari kecik tu. Balik Malaysia sekadar bercuti pendek jer. Sebab Bahasa Malaysia dia agak teruk, sampai dia terpaksa struggle memikirkan perkataan ‘visit’ dalam BM. Yang tu takpe, sebab BM dia telor.

Ah, aku mengarut kot lain lagi. Budak Brunei nih, Dina, pun amik master jugak. Sebab dia pun nak rush, kitorang bertukar-tukar no, dan dia ajak aku gi makan-makan kat rumah kak apa ntah. Orang Malaysia jugak. Dia cakap, ‘laaa. apsal baru skarang jumpa? Dah bulan 1 dah skarang. Ye lah, mesti la nak jumpa orang Malaysia jugak kan’, merujuk kepada kakak-kakak Malaysia yang dia kenal. Dia plak yang rasa kesian.

Dia peringat sebelum keluar, Ahad nih, lepas Maghrib. Kakak tu nak masak. Bab nak jumpa orang Malaysia, okey jer. Bab makan free, tu yang best. For sure dah bleh jimat 2-3 pound dah.

——

Nak dijadikan cerita, kat library, terjumpa lagi sorang Malaysian. Akak ni buat PhD, kontrak Kuittho dan dah nak abih dah pun. Kak Su. Kak Su ni la yang tinggal dengan akak yang nak masak tu. Dengan husband dia. Bersembang la lagi aku termasuk tanya fasal famili dia okey ke tak, sebab dia bagitau famili dia duk kat Johor. Johor kan ke banjir skarang nih?

Kak Su cerita, akak yang nak masak tu ada nampak aku, dan aku pun nampak dia, waktu aku kayuh basikal. Tak stop la, tengah jalan kan. Kak Su ni cakap, ‘tu laa. Akak X [tak tau nama dia] ada bagitau nampak sorang budak tu. Muka macam muka Melayu, kurus-kurus, pakai spek’.See

Satu, baru je ari tu aku perasan2 muka aku ala-ala muka Malaysia, dah ada plak statement dari orang Melayu meragui. Penggunaan perkataan ‘macam’ tu.
Dua, kurus-kurus? Weh, dah tambah ke 56kg tau skang ni. Dalam aku pakai baju 2-3 lapis, dalam sahaja, dan sweater kat luar pun, orang cakap kurus lagi…. Ergh.

Pastu aku pun beredar, lepak balik ngan Tahir dan Shila (salah sorang student master math part time, dalam 30 lebih dah; perlu dibezakan dengan Shila Debat yang perlu dibelanja oleh seseorang. Weh Shila, asyik suruh orang belanja jer ek).

Bersembang-sembang la dengan Shila. Tanya dia asal mana, dan entah tetiba aku terbagitau yang aku Malaysian. Dia cakap, ‘oh, you’re Malaysian?’ Why? Aku tanya balik. Dia bagitau yang dia tau la yg aku Asian tapi dia ingat yang aku ni dari belah-belah Pakistan. Aku buat muka pelik. Mana ada raut wajah Pakistan. Tahir pun yang ada kat situ macam tak setuju. Tapi selepas Shila pick a point, yang ada area-area Pakistan yang ada muka macam aku, Tahir macam ala-ala setuju plak. Argh.

Aper laaa…

7 responses so far

Jan 24 2007

Salji !!!

Published by flexin-am under Uncategorized

Salji010Balik dari uni sekejap tadi, 2-3 orang housemate aku tegur,’so ni kali pertama tengok salji ek’. Paul dah bagitau la tu…

Pagi tadi aku bangun macam biasa. Walaupun sejuk, tapi dah biasa dah. Kadang-kadang aku belasah jer basuh tangan dengan air sejuk, sebab air panas lambat nak loading.

Tengok luar tingkap, nampak putih-putih kat atas kereta dan bumbung. Ingatkan frost macam kat Scotland dulu.

Turun-turun bawah, Paul, housemate aku cakap, ada salji. Kat belakang rumah bleh nampak lagi banyak. Maka, selepas aku mandi, aku suruh Paul tangkap gambar [Gambar sebelah: Orang perak tengok salji]

Memang kat rumah aku banyak sampai menutup rumput sebab on the way aku gi uni, tak brapa banyak salji macam kat dalam gambar tu.

Aku siap memegang lagi salji tu sebab salah satu impian aku memang nak pegang salji. Ni kira salji tak brapa banyak la. Tu sebab bleh tak pakai sarung tangan. Lembut salji ni cam ais kacang punya ais la, yang lepas mesin tu.

Cuma bestnya bila pijak atas rumput yang bersalji. Sebab dia crunchy, jadi bunyi prup prap macam makan biskut.

Sampai kat universiti, aku tanya Udy, amik gambar tak? ‘Amik…’, dia jawab. Biasalah, share dengan orang yg tak pernah tgk salji secara live, barulah ada feeling lebih sikit.

Aaah, bestnya salji…

4 responses so far

Jan 23 2007

Council Tax, Malaysian & Assignment

Published by flexin-am under Life in UK

Masa menulis: 9.14 malam (UK)
Suhu kat luar rumah: uk.weather.com cakap 0 darjah, feels like -3 darjah
Keadaaan aku: baru balik dari uni, lapar walopun dah makan something kul 7

Aku duk cuba gak tulis blog semalam, tapi asal masuk perenggan ke 2-3, aku terus padam. Biasanya itulah yang aku lakukan kalo aku terasa idea tetiba terencat. Aku lebih suka padam semua skali. Hasilnya kengkadang aku terlupa yang aku dah tulis fasal sesuatu perkara atau belum.

Hari ni kuliah 6 jam. Dari kul 12 sampai kul 6 petang. Aku dah set kepala otak aku supaya tak fikir fasal makanan, maka takla rasa lapar sangat.

[Perenggan berikut mengandungi unsur-unsur jijik yang tidak keterlaluan]
Start kul 5, aku dah mula buang angin. Perut dah masuk angin la. Bagus jugak kentut, maka tak la rasa semacam dalam perut. Dan nasib baik juga la tak ada bau, jadi tak dapat la orang lain detect.
[Perenggan tamat]

Council Tax

Kat UK ni, setiap orang kena bayar council tax. Aku rasa dia kira kepala, bukan rumah. Mula mula aku dapat call sebelum kuliah kul 12. Pangkal 019, ingatkan Celcom. Rupa-rupanya Landlord aku. Baru teringat yang kalo no Malaysia, patut keluar +60 dulu. Anyway, dia peringat suruh hantar surat pengecualian council tax yang universiti keluarkan (student full time tak yah bayar). Dia suruh aku tolong amik sekali borang apa ntah kat Accomodation Office Brunel University untuk aku dan housemates aku.

Patutnya dia suruh housemates aku yg amik sbb diorang orang UK, patut lebih arif bebenda nih. Tapi tanya Tahir, dia pun tak tau yg student full time dpt pengecualian, maka aku rasa bebudak ni pun agaknya lebih kurang kot. Mesti dulu ala-ala parent yang handle bab bab ni. Err.. aku pun kalo kat Malaysia, bab bab perbaharu lesen, road tax, still lagi bergantung kat bapak aku:)

Landlord aku sporting. Tetiap bulan datang rumah, tengok apa benda yang tak elok, dan bawa telur ayam. Dia cakap segar. Entah dia bela ayam kot. Aku plak, awal bulan bayar sewa 2 bulan sekaligus, kiranya dia takde masalah la dengan aku. Bukannya apa, sebab biasiswa aku masuk cam 2 bulan sekali (aku tak sure 2 bulan sekali ke 3 bulan sekali ker). Dan dah alang-alang ada duit, aku bayar la 2 bulan siap-siap supaya aku takyah fikir dah fasal sewa rumah. Lagipun kalo biar simpan dalam bank, bukannya bertumbuh pun. Interest haram nak makan, dividen plak tak tau dilabur kat mana.

Are you from Malaysia?

Nak keluar dari kuliah, sorang perempuan ni tanya aku. Aku tak tau dia bangsa apa. Aku jawab ‘ya’ dan tanya dia balik. Dia kata dia bukan Malaysian, tapi ada kawan dari Malaysia. Tersenyum la sikit aku. Kiranya muka aku ni ada identiti Malaysia la sebab dulu waktu gi Jepun pun, ada sorang pensyarah dari Australia cakap yang muka aku nampak sangat yang aku cam dari Malaysia.

Aku rasa penilaian tu terlalu abstrak (apa ntah maksud abstrak aku pun tak tahu, sekadar boh bagi sedap ayat jer). Sebab orang Melayu nih banyak sangat campurnya. Ada sorang mamat Melayu kat Brunel nih, kalo bukan disebabkan dia bersembang dengan orang Malaysia yang lain, aku akan ingat yang dia orang Jepun/Cina. Tu tak termasuk yang campur India, Pakistan etc.

Tapi, kalau orang perempuan Muslim Malaysia senang nak cam sebab fesyen tudung orang Malaysia lain sikit. Tengok dari belakang pun dah tau tu orang Malaysia.

Asyik bercakap fasal orang lain, aku sendiri pun sebenarnya ada sikit darah dari Sumatera sebab tok wan aku memang asal Sumatera.

Assignment

Aku baru tersedar assignment Dr Igor kena antar esok. Aku ingatkan lusa. Dan aku x start apa pun lagi tadi. Tapi at least dah dapat jawab 1 soalan dah dari 3. Bukannya apa, sepanjang weekend itu hari, aku duk mengcover bebenda semester nih. Malas aku nak fikir fasal assignment dia.

Bayangkan untuk 1 sem, dengan nilai 15 peratus jer, ada 2 ke 3 assignment dan 3 test. Abih 1 assignment/test jatuh dalam 2.5% jer. Takla banyak impak sangat walopun sistem uni nih, kalo tak dapat A dalam carry mark, maka toksah berangan la nak dapat A keseluruhan. Keji sikit, tapi aku peduli apa, ye tak. Sepanjang assignment dan test, aku tak dapat A pun paper dia nih.

Kengkadang aku rasa macam tak best gak tak leh nak score paper-paper kat sini. Tapi aku fikir-fikir balik, salah satu sebab subjek kat sini lebih susah ialah kerana kewujudan bebudak Austria yang dah belajar asas kebanyakan subjek yang kitorang tengah amik. Sampaikan Dr Igor cakap waktu hari terakhir, yang dia seronok mengajar sem ni disebabkan dia bleh ajar macam-macam benda yang dia tak ajar sebelum ni disebabkan kitorang (kitorang?) bleh catch up. Kitorang tu tak termasuk aku la.

Bleh la pulak borang penilaian (ala, yang selalu pensyarah bagi waktu akhir sem tu), salah seorang tulis yang ’sometimes boring for someone with FEM (Finite Element Method) knowledge’. Pensyarah reveal komen tanpa nama sebab borang penilaian tu tak rasmi. Aku gelak bila aku cerita benda ni kat parent aku. Dalam kebanyakan budak duk tak faham paper tu, ada la pulak yang bleh terasa bosan kerana dah faham. Ergh… tak lain tak bukan, mesti bebudak Austria la ni.

Tapi aku setuju jugak dengan apa yg Kak Khalidah cakap (waktu aku call dia itu hari), bagus la sebab dapat belajar banyak. Next time nak guna, tau nak rujuk bahagian mana, buku mana etc. Lebih kurang camtu la ayat dia.

Kesimpulan

Aku dah bleh adapt la fasal study aku. Walopun assignment tak siap, aku dah tak rasa tertekan macam dulu, in contrast dulu, assignment siap tapi tertekan.

3 responses so far

Jan 20 2007

Just an ordinary day

Published by flexin-am under Life in UK

‘Just a day,
Just an ordinary day.
Just tryin to get by.
Just a boy,
Just an ordinary boy.
But he was looking towards the sky.’

[Vanessa Carlton - Ordinary day]

Similar to the beginning of the song, I don’t really have much thing that I did today.

Webcam

Pagi tadi, aku berwebcam dengan famili. Abang aku tanya, ‘macam mana dengan mata’. Hari ni dah okey. Dah tak rasa apa-apa dah. Alhamdulillah, it’s fine.
Semalam aku mimpi anak abang aku, Mukhlis. Mimpi dia pandai bercakap lancar (dia baru bleh berjalan dan tak brapa bleh cakap lg).

Semalam bila aku webcam ngan mak ayah aku, diorang start dengan cerita fasal ribut kuat kat Eropah. Agaknya teruk la kot kat tempat lain. Tempat aku kena sipi-sipi jer. Mata aku yang betul2 kena.

Projek 207

Aku skarang ni rajin gak duk melayari video-video kat youtube.com. Banyak gak orang-orang yang kreatif. Kebanyakannya kalau idea bagus, teknik biasa pun, menarik jugak.
Sekarang ni kat US, Rob & Amber dah ada realiti tv sendiri. Rob & Amber : Against The Odds (Rob - Survivor Marquesas dan Amber - Survivor Australia, dan kedua-duanya dalam Survivor All Stars, Amazing Race 7 dan Amazing Race All Stars yang akan kuar bulan 2 nih). Pasal kehidupan seharian diorang.
Tetiba aku terfikir, aku pun nak cuba gak la rakam satu diari harian aku. Saja nak tengok, bleh jadi drama ke, atau akan lame sepanjang bulan.
So, aku akan rakam at least 1 minit setiap hari pada bulan 2 nih.
Maklumat lanjut akan aku pos kemudian. But, it’s kinda cool eh…

Happy Feet?Mumble2_wall_800

From a big fan of High School Musical and Sound of Music, I don’t find that this musical animation is entertaining.

Entah, aku rasa cam tak best pun. Dah la plot dia sedih jer sepanjang masa. Tak happy pun. Banyak sangat menyanyi sampai bosan lak.

So, to conclude, tak best.

One response so far

Jan 19 2007

Mata yang terluka

Published by flexin-am under Life in UK

The title above is faraway from metaphorical phrase such as ‘Awan yang terpilu’ whatsoever, instead, it meant to be taken literally. So, here the story goes…

Rule no.22 about living faraway from your family (entah dari mana datang lagi 21, aku pun x tau), ‘if you’re sick, don’t tell them until you’re getting better’.

Semalam, angin bertiup sangat kuat. Aku terbayang, kalau kak aku tengok angin macam tu, mesti dia takkan keluar rumah punya. Pokok-pokok berayun ke sana ke mari. Angin bertiup dari segenap penjuru.

Plan aku dah cukup elok, turun makan donut, lepas study sejam lebih, dan naik balik untuk study sebelum kuliah kul 4. Tapi dalam 2 lebih dengan tak semena-mena, angin bertiup dan cam ada habuk masuk dalam mata aku. Tangan duk pegang donut. Sambil aku berjalan, sambil aku mengunyah, dan sambil aku menggosok mata aku. Cam tak keluar la plak habuk.

Dah alang-alang sampai kat klinik, aku masuk, dan bgtau ada habuk dalam mata aku. Rasanya, tak perlulah sampai ke klinik ye tak? Tapi, lepas nurse/doktor check, dia alirkan eye drop kat dalam mata belah kiri aku, aku still terasa, dia predict yg mata aku dah discratched oleh habuk, dan dia suruh aku gi hospital (dekat jer dari Brunel University). Sementara tu, dia buh patch kat mata aku.

Dipendekkan citer, aku pun sampai la kat Hospital, Tahir antar naik kereta. Jumpa Dr, dan dia sahkan yg ada scratch kat atas mata putih. Dia titiskan ubat apa ntah dan macam okey la. Aku kuar dengan happy, tapi atas bas on the way balik rumah, aku start terasa sakit balik. Aku balik tido, bangun balik dalam kul 8, dan mata aku still terasa sakit, dan tak berapa bleh nak buka. Tak pakai dah patch. Sbb aku baca dalam internet, ada pendapat cakap, yg tak pakai patch lagi elok.

Malam semalam, pedih jer mata aku. Sambil-sambil aku duk wonder yg bleh lega ke tak. Bangun pg tadi, dah okey sikit. Sekarang ada terasa lagi la. Macam ada benda kat mata. Tapi sebenarnya torehan halus dek angin ganas London.

Heh. What an experience…

Doktor kat Hospital Hillingdon check mata aku. LefteyeWhile she’s checking my eye using one of those thing you have to put your chin on it, she fire some blue beam into my eye to see it clearly I guess, I was thinking, so if I hav a doctor majoring in eye part as a girlfriend, she might say ‘look into my eyes and tell me that you love me’  while she’s checking me using those stuff, that’s totally gonna freak me out. Ergh, at least that’s what I thought when she asked me to look straight to the blue beam. Fikiran aku ni biasa la melayang entah ke mana….

Aku tak bgtau kat family aku lg. Japgi baru nak call, sebab kalo bagitau semalam tengah-tengah sakit, mesti diorang risau punyalah..

[Gambar - diambil sementara menunggu Tahir datang ke klinik. Biasa la aku, saat-saat macam ni pun, mesti nak kena simpan jugak, ye tak. Don't I look cute in the picture?? :P]

4 responses so far

Jan 17 2007

New Release: Home/It’s your love

Published by flexin-am under Life in UK

Home
New 2-track virtual single had been released. Home & It’s your love. Check the video out on www.solarstreak.com/music

~~~~~~~~

11.50 malam (waktu UK), 7.50pg (waktu Malaysia), aku baru jer premiere video ni kat parents aku.

Lagu Home ni, asalnya dinyanyikan oleh Michael Buble, dan salah satu lagu official Scotland journey aku. Tak la bermakna aku sangat nak balik rumah (rujuk pada lirik lagu), tapi lagu ni cam kena sikit dengan aku laa.

Official song? Selalunya, kalau aku dengar lagu lama-lama, mesti aku teringat, haa, lagu ni lagu matrix, atau lagu waktu Form 5. Sebabnya, waktu lagu tu dimainkan, aku berada kat sesuatu tempat.
Contohnya, kalau lagu-lagu Westlife cam Soledad, When You’re Looking like that, My Love, BSB - Drowning, More Than That, Britney - Sometimes, You Drive Me Crazy; tu suma lagu Form 5.

Waktu kat matrix plak, lagu cam Nelly Furtado - On The Radio, The Calling - Adrianne, Blue - Fly By II, Creed - One Last Breath, etc selalu dimainkan, dan kalau dengar balik sekarang, cam teringat balik kat matrix. Dan ada plak sesetengah lagu yang mengingatkan pada seseorang, contohnya lagu-lagu Enrique Iglesias cam Escapar, Heroe (kitorang terpinjam CD yang ada Spanish version) mengingatkan aku kat Spider (x-roommate aku waktu kat KMPP) sebab dia akan pasang lagu tu kat radio Fariz sebelum aku pasang lagu Blue; dan juga lagu The Calling - Wherever you will go (P.S: Mahadi, you know who I mean??)

Okey, punya la panjang aku describe maksud ‘official’ tuh. Anyway, just check it out!!

3 responses so far

Jan 13 2007

Post ke 200: Blog Recap

Published by flexin-am under All About Me

Aku check balik, rupa-rupanya dah 200 199 entry dah aku post kat blog aku, tidak termasuk 19 entry yang disimpan sebagai draft. Kiranya entry bersih termasuk yang kali ini, 200 laa.
So, aku bercadang untuk entry blog ke 201 200, aku nak recap apa yang aku tulis sepanjang blog 1-200 199 (Kaler hijau: Pembetulan. Dibuat pada 15 Jan 07)

 

2005

Jun 05
Aku mula dengan cerita fasal kerja jadi cikgu sementara waktu cuti, dan The Mole 2. Kemudian bulan Julai, aku pergi ke Debat Alam Sekitar kat UTM. Bulan Ogos, aku tulis blog bertajuk ‘A letter to myself‘. Waktu chat dengan Fariz (x-roommate KMPP, USM Trans), dia cakap yang dia rasa lawak dengan entry tu. Bulan Ogos jugak, aku mula mereview fasal filem yang aku tengok. Charlie and The Chocolate factory yang tak best. Bulan September 05, antara bulan yang paling rendah aku tulis blog, 2 entry sahaja. Satu cerita fasal aku berusia 21, dan satu lagi fasal Debat LLM kat UIAM. Antara debat yang aku suka sebab tido kat hotel, aku jadi first speaker dan dapat runner yang best, Joanna.

BaldOktober 05, aku membotakkan kepala pada ketika aku mengajar kelas tutorial IUK106, statistik untuk bebudak TI(Rujuk Getting Bald). Salah satu pengalaman berharga kat USM. Aku botak waktu petang sebelum 1 Ramadhan, dan 6 bulan kemudian barulah aku potong rambut balik. Jimat kan..

Bulan yang sama, aku beli komputer baru, sekarang komputer tu kat rumah Merbok. Entry yang Pak Dat (Debat UTM) selalu refer bila dia cakap fasal blog aku. Sebab lepas tu bebudak debat U lain selalu gak refer yang aku suka tulis blog. Yang peliknya, ader je bebudak yang tetiba cakap, aku selalu update blog dan memperbanyakkan email  ‘Am has updated his Friendster Blog’ dia. Padahal dia tak add aku sebagai friend pun dalam friendster, camner bleh dapat email aku, ye tak. Exaggerate jer tu..

November 05, aku review fasal filem Harry Potter.Kutuk sikit sikit. Tak tahu kenapa, peminat-peminat Harry Potter, yang aku kenal ialah Najah, Emmy, Naz, agak fanatik sebenarnya. Sebab tu kengkadang aku suka mengutuk berlebih-lebihan, sebab saja nak tengok reaksi diorang (merujuk kepada Naz). Alaa, macam waktu kecik-kecik dulu, aku suka menyakat anak sepupu aku. Saja suka tengok dia berbunyi. Ha ha.

Disember 05, bercampur-campur. Review movie ada, citer debat (Royal dan IKIM) ada, dan jugak entry dalam My Philosophy.

2006

Habis 2005, masuk 2006, tahun lepas la. Rupa-rupanya tahun baru 2006 aku dimulakan dengan game The Mole Season 3. Aku pun tak ingat yang aku buat tahun lepas, rasa macam dah lama dah buat game tu. Satu episod pun aku tak edit lagi. InsyaAllah, aku akan edit nanti. Entah bila, aku pun tak tahu.

Februari aku bermula dengan agak menarik, ader 3 cerita fasal makan pizza (aktiviti berkala kat USM), melepak kat Khalil, dan cerita di awal pagi, yang aku rasa lawak pulak bila baca sekali lagi sekejap tadi (Rujuk All around me).
Lagi satu entry menarik ialah fasal ‘Next Year Prediction‘. Disebabkan terpengaruh dengan One Tree Hill, aku pun buat jugak 10 jangkaan yang aku berlaku pada aku pada 2007. Dah 2007 dah ni. Tapi disebabkan post tu bertarikh 13 Feb 2006, maka aku akan review full fasal tu pada Feb depan.

Harapan_1
Bulan Mac, banyak gak benda menarik berlaku. Aku masuk Explorace MST under Bio Society USM, dan aku appear dalam KOSMO (untuk edisi utara jer) lepas menang DPNC (Rujuk mencapap sekejap). Salah satu pesanan menarik mak aku dalam ‘Funny things happen‘, ‘Jangan gi jalan jalan sangat… minyak dah naik’.

April, antara bulan terbanyak aku post, iaitu 14 entry. Maksudnya, purata lebih kurang 1 entry setiap 2 hari. Aku mohon maaf kepada kengkawan yang menerima email cakap fasal aku update blog begitu banyak pada bulan tersebut.

Bulan Mei, aku pergi Pidato Rakan Muda kat Putrajaya, diinterview untuk Biasiswa USM (rujuk Temuduga Biasiswa ASTS), dan buat Pumpkin Race 2 kat sekolah kak aku. Baru jer beberapa bulan lepas sebenarnya, tapi rasa cam dah lama dah.

Jun, hidup aku seolah-olah berlegar fasal tv dan filem. Aku citer fasal Dora The Explorer, X-Men III, World Cup, mengutuk sinopsis TV3 yang hampeh (rujuk Is that a synopsis) dan aku mula recap fasal Gol & Gincu untuk beberapa episod awal. Kebanyakannya disebabkan tidak berpuas hati dengan jalan cerita dan mesej yang cuba disampaikan.

Julai 2006, aku pergi Debat Integriti, citer fasal Katherine McPhee (runner up American Idol) dan Siti. Serta cerita fasal recap gol & gincu aku yang dicopy sesuka hati dalam jiwang.org (Rujuk Recap Gol & Gincu aku dicopy). Aku dah start Master kat USM, dan aku duk kat rumah antarabangsa waktu tu.

Ogos 2006, aku officially cerita fasal kemungkinan aku akan fly ke UK (sudah pun fly skarang ini), yang seterusnya memberikan aku lebih banyak tekanan dengan soalan-soalan dari kawan-kawan yang aku jumpa tanya fasal ni. Aku konvo, dan bebudak Jepun datang USM.

September, kemungkinan untuk fly terjawab. Maka aku melakukan persediaan untuk fly, gi KL, dan umur 22 tahun aku bermula dengan episod yang gelap (rujuk 22y/o - A new beginning of disastrous life). Honestly, aku rasa memang the disastrous part tu berterusan sampai la akhir tahun. Alhamdulillah, tahun ni baru aku rasa hidup ni tenang sikit.

Oktober, aku mencecahkan kaki ke London. Blog aku yang bertajuk ‘Amri is looking up’ berubah kepada ‘Jurnal dari pinggir London’. Entry paling banyak iaitu 20 entry untuk 1 bulan. Dan aku dapat komen paling banyak, iaitu 10 bagi entry bertajuk Life in UK: The biggest risk I take dan Makan nasik, yeay. Kebanyakannya berkisar fasal hidup baru aku di UK, sambut raya dan beli basikal.

Assignment007
November 2006 mencatatkan detik paling mencabar buat aku. Tension sebab tak dapat cope study sampai aku mengaku yang aku terasa bodoh dalam Feeling stupid and Restless dan dalam dunia sebenar. Banyak juga paper sebelum ni yang aku ada problem, dan ada gak subjek waktu kat sekolah menengah seperti Kimia yang aku tak berapa okey. Tapi I keep telling myself, never ever say that you hate a subject, and never admit a defeat, such as by saying how stupid you feel. Maksudnya aku patah semangat jugak la waktu tu.

Disember 2006, semangat aku pulih sedikit. Aku mula sedar yang hidup aku terlalu mudah dan enjoy. Ye lah, sepanjang dari 2005 hingga 2006 blog aku, banyak jer bebenda menarik yang berlaku. Mungkin aku kurang bersyukur kepada rahmatNya, tu sebab diuji sedemikian rupa (Rujuk Up and down on a highway). Dan Alhamdulillah, aku berpeluang ke Scotland pada bulan tersebut. Aku jugak release laman web peribadi aku di www.solarstreak.com.

2007

Januari masih belum tamat, tapi entry awal aku banyak recap aktiviti yang aku buat sebelum ni seperti recap 3 bulan di UK (Rujuk 3 bulan), restoran-restoran yang aku suka waktu kat Malaysia dalam Rindu. Dan entry fasal UK dah mula berkurangan. Semalam aku tulis sikit dalam Cultural Exchange.

4 responses so far

Jan 12 2007

Cultural Exchange

Published by flexin-am under Life in UK

Hari ni test. Aku puas hati sebab sepanjang 55 minit masa diberi, aku abihkan kebanyakan masa dengan mencuba jawab soalan. Paper ni agak pening sikit. Finite element method. Aku tak pernah belajar waktu kat USM dulu. Sem lepas memang aku blur giler. Cuti ari tu study sikit sikit plus pergi tanya pensyarah. Skarang ni kuliah, baru la aku bleh catchup apekebenda yang pensyarah tu tulis kat papan putih.

Abih test, coursemate aku decide gi lepak2. Aku pun join ajer la. Semua ada kecuali Udy. Aku duk bersembang dengan Ian dan Chris (dua-dua budak German). Masuk la bab tv, study etc. Pastu seperti kebiasaan bebudak foreigner nih (aku foreigner la kan kat sini) kitorang akan saling bertanya tentang negara masing-masing.

‘So you never saw snow before?’ tanya Ian dengan nada German dia. ‘No, surely watching on tv doesn’t count, does it?’ Dia tanya aku, aku duk kat belah mana kat Malaysia. Aku bgtau la kat belah-belah utara. Kuala Lumpur jer yang dia pernah dengar. Negeri-negeri lain tak. Sama la aku, setakat ni, Hannover jer la yang aku tau nama bandar kat German pun, yang lain tak tau jugak. Tu pun tau sebab diorang berasal dari situ.

Ian tanya samaada aku duk kawasan bandar ke kampung. Lepas aku bgtau yg aku duk kat rural area (Aku nak cakap Merbok tu kampung, ader kilang yang mencemar dekat area tu. Mana ada feel kampung macam tu). Pastu dia tanya, berapa ramai populasi penduduk. Aku terpinga-pinga sekejap. Mana la aku tau. Dan waktu aku menjawab 1000-2000 setelah didesak oleh dia, aku pun tak tau yang aku merujuk Merbok ke, Merbok termasuk area2 sekeliling seperti Bendang Dalam, Tempoyak, Batu Hampar, etc ke. Sekarang aku fikir-fikir balik, 1000 orang tu banyak ke? Kalo waktu solat Jumaat kat Masjid Merbok, ader la dalam 100 orang. Aaah, kira boleh la 1000 orang ye tak…

Pastu Chris join perbualan aku. Ian bgtau yang dia tengah tanya samaada  aku duk kat bandar atau desa. Dan tetiba Chris tanya, ‘what is the population there?’. Aaah, apsal soalan ni sangat popular. Agaknya memang diorang selalu bertanya soalan tu bila jumpa orang kot…

—-

Seronok jugak tukar-tukar info. Ari tu waktu kat Scotland, Altaf(kawan Tahir) dengan aku pakat-pakat mendemonstrasi cara memakai kain pelekat. Altaf ni asal Pakistan, dan diorang pun ada kain pelekat. Lepas nampak aku pakai kain pelekat dalam bilik, kitorang beralih kepada ikatan(macam pengakap lak) kain pelekat yang mana diorang lebih kepada mengikat supaya tak terlondeh katanya. Aku tunjuk la aku punya style, gulung. Cepat dan mudah.

Feyaz_alltaf
Dia kata, ‘tak terlondeh ker gulung macam tu?’. Aku confident jer jawab ‘tak…’ merujuk kepada kebanyakan orang yg pakai kain pelekat ke masjid, tak pernah lagi la aku nampak terlucut tetiba, ye tak, bercanggah dengan aku sendiri yang tak pakai kain pelekat ke masjid sebab rasa cam bleh terlondeh.

[Gambar:Feyaz dan Altaf]

Waktu kat Scotland Feyaz, pun Pakistani jugak, duk bertanya aku fasal Bahasa Malaysia. Dia tanya la sebutan-sebutan mudah macam ‘thank you’ dan ‘you’re welcome’. Dalam kalangan kawan-kawan Tahir, diorang ni biasa memulakan ayat dengan ‘hey bro’. Housemates aku tak buat tapi yang pastinya ada la yang biasa panggil ‘bro’, tak pun ‘dude’.

Feyaz tanya aku apa panggilan ‘brother’ dalam BM, aku bagitau la ‘abang’. Dia bagitau aku Gujerat panggil ‘Bhai’ (Ingat tak dulu-dulu orang panggil ‘bhai’ kat orang jual karpet tu). Ari tu, Feyaz pun praktis BM dengan ‘terima kasih’, ’sama-sama’ dan panggil aku ‘abang’ (dengan sebutan ‘aaa’ yang dipanjangkan sedikit sebelum ‘bang’). Aku gelak sambil berguling-guling dalam hati sebab mengenangkan betapa janggalnya orang lelaki Malaysia panggil ‘abang’ pada orang yang berusia muda, melainkan kat kedai-kedai dengan salesman dia yang tak sedar diri lebih tua daripada orang dipanggil.

Dulu waktu aku first, second year, aku tak bagi orang yang lebih muda daripada aku panggil ‘abang’ sebab terasa geli sikit, kecuali sepupu-sepupu aku yang dah biasa panggil sejak aku kecik. Sekarang dah okey sikit kot.

Memang ada beberapa perkataan dan panggilan yang tak boleh diterjemahkan literal. Kak aku selalu merujuk pada satu filem yang dia tengok, menterjemahkan ‘baby, you look great’ sebagai ‘bayi, kau kelihatan besar’.

Macam sekarang ni, bila ader bebenda yang tak menarik, aku takde la bunyi ‘laaaa…’ ataupun ‘ye ker??’ sebaliknya dah berubah la ‘pulak’ menjadi ‘what?’ dan ‘really?’. Ahaks. Nak buat camner, kena adjust dan teradjust sendiri.

Sebab awal-awal hari tu, waktu aku duk bincang soalan math dengan Udy, aku tunjuk kat kertas dan cakap, ‘haa, ni ni, yang ni’. Ah, mana pernah aku berbicang math dalam bahasa Inggeris dengan kengawkan sebelum nih…

No responses yet

Next »