Jan 23 2007

Council Tax, Malaysian & Assignment

Published by flexin-am at 1:45 pm under Life in UK

Masa menulis: 9.14 malam (UK)
Suhu kat luar rumah: uk.weather.com cakap 0 darjah, feels like -3 darjah
Keadaaan aku: baru balik dari uni, lapar walopun dah makan something kul 7

Aku duk cuba gak tulis blog semalam, tapi asal masuk perenggan ke 2-3, aku terus padam. Biasanya itulah yang aku lakukan kalo aku terasa idea tetiba terencat. Aku lebih suka padam semua skali. Hasilnya kengkadang aku terlupa yang aku dah tulis fasal sesuatu perkara atau belum.

Hari ni kuliah 6 jam. Dari kul 12 sampai kul 6 petang. Aku dah set kepala otak aku supaya tak fikir fasal makanan, maka takla rasa lapar sangat.

[Perenggan berikut mengandungi unsur-unsur jijik yang tidak keterlaluan]
Start kul 5, aku dah mula buang angin. Perut dah masuk angin la. Bagus jugak kentut, maka tak la rasa semacam dalam perut. Dan nasib baik juga la tak ada bau, jadi tak dapat la orang lain detect.
[Perenggan tamat]

Council Tax

Kat UK ni, setiap orang kena bayar council tax. Aku rasa dia kira kepala, bukan rumah. Mula mula aku dapat call sebelum kuliah kul 12. Pangkal 019, ingatkan Celcom. Rupa-rupanya Landlord aku. Baru teringat yang kalo no Malaysia, patut keluar +60 dulu. Anyway, dia peringat suruh hantar surat pengecualian council tax yang universiti keluarkan (student full time tak yah bayar). Dia suruh aku tolong amik sekali borang apa ntah kat Accomodation Office Brunel University untuk aku dan housemates aku.

Patutnya dia suruh housemates aku yg amik sbb diorang orang UK, patut lebih arif bebenda nih. Tapi tanya Tahir, dia pun tak tau yg student full time dpt pengecualian, maka aku rasa bebudak ni pun agaknya lebih kurang kot. Mesti dulu ala-ala parent yang handle bab bab ni. Err.. aku pun kalo kat Malaysia, bab bab perbaharu lesen, road tax, still lagi bergantung kat bapak aku:)

Landlord aku sporting. Tetiap bulan datang rumah, tengok apa benda yang tak elok, dan bawa telur ayam. Dia cakap segar. Entah dia bela ayam kot. Aku plak, awal bulan bayar sewa 2 bulan sekaligus, kiranya dia takde masalah la dengan aku. Bukannya apa, sebab biasiswa aku masuk cam 2 bulan sekali (aku tak sure 2 bulan sekali ke 3 bulan sekali ker). Dan dah alang-alang ada duit, aku bayar la 2 bulan siap-siap supaya aku takyah fikir dah fasal sewa rumah. Lagipun kalo biar simpan dalam bank, bukannya bertumbuh pun. Interest haram nak makan, dividen plak tak tau dilabur kat mana.

Are you from Malaysia?

Nak keluar dari kuliah, sorang perempuan ni tanya aku. Aku tak tau dia bangsa apa. Aku jawab ‘ya’ dan tanya dia balik. Dia kata dia bukan Malaysian, tapi ada kawan dari Malaysia. Tersenyum la sikit aku. Kiranya muka aku ni ada identiti Malaysia la sebab dulu waktu gi Jepun pun, ada sorang pensyarah dari Australia cakap yang muka aku nampak sangat yang aku cam dari Malaysia.

Aku rasa penilaian tu terlalu abstrak (apa ntah maksud abstrak aku pun tak tahu, sekadar boh bagi sedap ayat jer). Sebab orang Melayu nih banyak sangat campurnya. Ada sorang mamat Melayu kat Brunel nih, kalo bukan disebabkan dia bersembang dengan orang Malaysia yang lain, aku akan ingat yang dia orang Jepun/Cina. Tu tak termasuk yang campur India, Pakistan etc.

Tapi, kalau orang perempuan Muslim Malaysia senang nak cam sebab fesyen tudung orang Malaysia lain sikit. Tengok dari belakang pun dah tau tu orang Malaysia.

Asyik bercakap fasal orang lain, aku sendiri pun sebenarnya ada sikit darah dari Sumatera sebab tok wan aku memang asal Sumatera.

Assignment

Aku baru tersedar assignment Dr Igor kena antar esok. Aku ingatkan lusa. Dan aku x start apa pun lagi tadi. Tapi at least dah dapat jawab 1 soalan dah dari 3. Bukannya apa, sepanjang weekend itu hari, aku duk mengcover bebenda semester nih. Malas aku nak fikir fasal assignment dia.

Bayangkan untuk 1 sem, dengan nilai 15 peratus jer, ada 2 ke 3 assignment dan 3 test. Abih 1 assignment/test jatuh dalam 2.5% jer. Takla banyak impak sangat walopun sistem uni nih, kalo tak dapat A dalam carry mark, maka toksah berangan la nak dapat A keseluruhan. Keji sikit, tapi aku peduli apa, ye tak. Sepanjang assignment dan test, aku tak dapat A pun paper dia nih.

Kengkadang aku rasa macam tak best gak tak leh nak score paper-paper kat sini. Tapi aku fikir-fikir balik, salah satu sebab subjek kat sini lebih susah ialah kerana kewujudan bebudak Austria yang dah belajar asas kebanyakan subjek yang kitorang tengah amik. Sampaikan Dr Igor cakap waktu hari terakhir, yang dia seronok mengajar sem ni disebabkan dia bleh ajar macam-macam benda yang dia tak ajar sebelum ni disebabkan kitorang (kitorang?) bleh catch up. Kitorang tu tak termasuk aku la.

Bleh la pulak borang penilaian (ala, yang selalu pensyarah bagi waktu akhir sem tu), salah seorang tulis yang ’sometimes boring for someone with FEM (Finite Element Method) knowledge’. Pensyarah reveal komen tanpa nama sebab borang penilaian tu tak rasmi. Aku gelak bila aku cerita benda ni kat parent aku. Dalam kebanyakan budak duk tak faham paper tu, ada la pulak yang bleh terasa bosan kerana dah faham. Ergh… tak lain tak bukan, mesti bebudak Austria la ni.

Tapi aku setuju jugak dengan apa yg Kak Khalidah cakap (waktu aku call dia itu hari), bagus la sebab dapat belajar banyak. Next time nak guna, tau nak rujuk bahagian mana, buku mana etc. Lebih kurang camtu la ayat dia.

Kesimpulan

Aku dah bleh adapt la fasal study aku. Walopun assignment tak siap, aku dah tak rasa tertekan macam dulu, in contrast dulu, assignment siap tapi tertekan.




3 Responses to “Council Tax, Malaysian & Assignment”

  1.   Machinaon 23 Jan 2007 at 4:56 pm

    hoho popular gakla muka malaysian ni yea.
    Em yang FEM (Finite Element Method)tu study pasal apa ek?
    Tapi memang banyak aplikasi dalam high level physics

  2.   'RiLL-UnDoMiEL'on 24 Jan 2007 at 8:18 am

    wah darah sumatera?aku siam!ahaks!pasai kentut pun ceta..hebat2x hehee..nama Igor tuh cam dlm harry Potter>Igor Karkaroff..bulgarian imigrant ke?ahaks=p

  3.   Mohd Farizon 05 Feb 2007 at 12:15 pm

    Ang siam rupanya shahrill, patut la freak semcm jer..muahahaha~~ XD XD

Comments RSS

Leave a Reply