Jan 25 2007

Malaysian

Published by flexin-am at 3:41 pm under Life in UK

Aku perangat kepak ayam dan nasik kat Postgraduate School tadi. Buat lunch. Keluar dari dapur, nampak sorang budak perempuan nih. Terus aku tegur, ‘Are you Malaysian?’ Walaupun nak tanya sama ada orang Malaysia atau tidak, kena guna bahasa Inggeris, takut nanti tersalah, malu jer. Ader je yg muka-muka Malaysia tapi bukan.

Dia tanya aku balik. Rupa-rupanya dia orang Brunei. Lebih kurang baya aku la. Masuk sama ngan aku gak tapi tak pernah bertembung. Bersembang la sekejap guna Bahasa Malaysia. Kalo jumpa orang Malaysia kat luar negara, mesti guna Bahasa Malaysia, kalo tak orang cakap buruk perangai. Sapa cakap? Entah, aku pun tak tahu. Cuma macam ada suara dalam otak aku yang menjerit, ‘wei, cakap BM la’ bila berjumpa dengan orang Malaysia. Terkecuali kes budak undergrad yang memang duk sini dari kecik tu. Balik Malaysia sekadar bercuti pendek jer. Sebab Bahasa Malaysia dia agak teruk, sampai dia terpaksa struggle memikirkan perkataan ‘visit’ dalam BM. Yang tu takpe, sebab BM dia telor.

Ah, aku mengarut kot lain lagi. Budak Brunei nih, Dina, pun amik master jugak. Sebab dia pun nak rush, kitorang bertukar-tukar no, dan dia ajak aku gi makan-makan kat rumah kak apa ntah. Orang Malaysia jugak. Dia cakap, ‘laaa. apsal baru skarang jumpa? Dah bulan 1 dah skarang. Ye lah, mesti la nak jumpa orang Malaysia jugak kan’, merujuk kepada kakak-kakak Malaysia yang dia kenal. Dia plak yang rasa kesian.

Dia peringat sebelum keluar, Ahad nih, lepas Maghrib. Kakak tu nak masak. Bab nak jumpa orang Malaysia, okey jer. Bab makan free, tu yang best. For sure dah bleh jimat 2-3 pound dah.

——

Nak dijadikan cerita, kat library, terjumpa lagi sorang Malaysian. Akak ni buat PhD, kontrak Kuittho dan dah nak abih dah pun. Kak Su. Kak Su ni la yang tinggal dengan akak yang nak masak tu. Dengan husband dia. Bersembang la lagi aku termasuk tanya fasal famili dia okey ke tak, sebab dia bagitau famili dia duk kat Johor. Johor kan ke banjir skarang nih?

Kak Su cerita, akak yang nak masak tu ada nampak aku, dan aku pun nampak dia, waktu aku kayuh basikal. Tak stop la, tengah jalan kan. Kak Su ni cakap, ‘tu laa. Akak X [tak tau nama dia] ada bagitau nampak sorang budak tu. Muka macam muka Melayu, kurus-kurus, pakai spek’.See

Satu, baru je ari tu aku perasan2 muka aku ala-ala muka Malaysia, dah ada plak statement dari orang Melayu meragui. Penggunaan perkataan ‘macam’ tu.
Dua, kurus-kurus? Weh, dah tambah ke 56kg tau skang ni. Dalam aku pakai baju 2-3 lapis, dalam sahaja, dan sweater kat luar pun, orang cakap kurus lagi…. Ergh.

Pastu aku pun beredar, lepak balik ngan Tahir dan Shila (salah sorang student master math part time, dalam 30 lebih dah; perlu dibezakan dengan Shila Debat yang perlu dibelanja oleh seseorang. Weh Shila, asyik suruh orang belanja jer ek).

Bersembang-sembang la dengan Shila. Tanya dia asal mana, dan entah tetiba aku terbagitau yang aku Malaysian. Dia cakap, ‘oh, you’re Malaysian?’ Why? Aku tanya balik. Dia bagitau yang dia tau la yg aku Asian tapi dia ingat yang aku ni dari belah-belah Pakistan. Aku buat muka pelik. Mana ada raut wajah Pakistan. Tahir pun yang ada kat situ macam tak setuju. Tapi selepas Shila pick a point, yang ada area-area Pakistan yang ada muka macam aku, Tahir macam ala-ala setuju plak. Argh.

Aper laaa…




7 Responses to “Malaysian”

  1.   dZuLon 25 Jan 2007 at 3:49 pm

    wei… jd org pakistan la plak… dan dr muka ko tu pun org leh tau ko ni kurus or gemuk.. kalu berisi muka dia jd tembam or bulat skit.. ko pakai la baju tebal2 manapun still org leh tau.. still 56 kg is not consider berisi sgt..

  2.   NAZon 25 Jan 2007 at 7:59 pm

    X kisah ler muka cam melayu ker pakistan ker omputih ker yg penting semangat dan jiwa sbgai seorang rakyat malaysia tu x luntur dlm diri tu…. huhuhu.. peace..

  3.   Ailanaon 25 Jan 2007 at 11:08 pm

    kena tambah few KG’s lagi..kasi nampak berisi walaupun peningkatan 56 tu adalah baik.
    kalau nak bertambah elemen ke’pakistan’an tu plak, bela jambang sket la..agaknye muke awk ni banyak cabang sgt kuttttt???

  4.   Machinaon 26 Jan 2007 at 4:14 am

    1st, aku stuju ngan dZul.
    2nd, ok what simpan jambang tebal-tebal. Ala-ala terrorist gitu.Hee..
    3rd, nggak ada ya orang yang bilang kamu sepertinya orang indonesia. Kok ya kamu kan asalnya dari sana sih

  5.   hudaon 27 Jan 2007 at 7:18 pm

    am..kenapa muke dalam gambar nampak makin lama makin masam=)

  6.   'RiLL-UnDoMiEL'on 29 Jan 2007 at 8:08 am

    la..pakistani la plak..apsal recently muka hang hairy?mcm tensen jar…hang kena maintain kejambuan hang. jgn jadi disgrace to the jamboo ppl!~ ahaks! =)

  7.   Mohd Farizon 05 Feb 2007 at 12:27 pm

    Muka Lutfi semakin masam sbb muka baru bgn tido, mana taknya masam..naik masin aku tgk, hahahaha~~ XD You kept your so-called-ungrown-beard (jambang in short) very well eh, I think you can be the next Kyle Katarn when you’re 25, warghh hahhahahaaaha XD [Extra info: Kyle Katarn was the main character in Star Wars Jedi Knight: Dark Forces II and Jedi Knight II: Jedi Outcast]

Comments RSS

Leave a Reply