Jan 13 2007

Post ke 200: Blog Recap

Published by flexin-am at 6:13 pm under All About Me

Aku check balik, rupa-rupanya dah 200 199 entry dah aku post kat blog aku, tidak termasuk 19 entry yang disimpan sebagai draft. Kiranya entry bersih termasuk yang kali ini, 200 laa.
So, aku bercadang untuk entry blog ke 201 200, aku nak recap apa yang aku tulis sepanjang blog 1-200 199 (Kaler hijau: Pembetulan. Dibuat pada 15 Jan 07)

 

2005

Jun 05
Aku mula dengan cerita fasal kerja jadi cikgu sementara waktu cuti, dan The Mole 2. Kemudian bulan Julai, aku pergi ke Debat Alam Sekitar kat UTM. Bulan Ogos, aku tulis blog bertajuk ‘A letter to myself‘. Waktu chat dengan Fariz (x-roommate KMPP, USM Trans), dia cakap yang dia rasa lawak dengan entry tu. Bulan Ogos jugak, aku mula mereview fasal filem yang aku tengok. Charlie and The Chocolate factory yang tak best. Bulan September 05, antara bulan yang paling rendah aku tulis blog, 2 entry sahaja. Satu cerita fasal aku berusia 21, dan satu lagi fasal Debat LLM kat UIAM. Antara debat yang aku suka sebab tido kat hotel, aku jadi first speaker dan dapat runner yang best, Joanna.

BaldOktober 05, aku membotakkan kepala pada ketika aku mengajar kelas tutorial IUK106, statistik untuk bebudak TI(Rujuk Getting Bald). Salah satu pengalaman berharga kat USM. Aku botak waktu petang sebelum 1 Ramadhan, dan 6 bulan kemudian barulah aku potong rambut balik. Jimat kan..

Bulan yang sama, aku beli komputer baru, sekarang komputer tu kat rumah Merbok. Entry yang Pak Dat (Debat UTM) selalu refer bila dia cakap fasal blog aku. Sebab lepas tu bebudak debat U lain selalu gak refer yang aku suka tulis blog. Yang peliknya, ader je bebudak yang tetiba cakap, aku selalu update blog dan memperbanyakkan email  ‘Am has updated his Friendster Blog’ dia. Padahal dia tak add aku sebagai friend pun dalam friendster, camner bleh dapat email aku, ye tak. Exaggerate jer tu..

November 05, aku review fasal filem Harry Potter.Kutuk sikit sikit. Tak tahu kenapa, peminat-peminat Harry Potter, yang aku kenal ialah Najah, Emmy, Naz, agak fanatik sebenarnya. Sebab tu kengkadang aku suka mengutuk berlebih-lebihan, sebab saja nak tengok reaksi diorang (merujuk kepada Naz). Alaa, macam waktu kecik-kecik dulu, aku suka menyakat anak sepupu aku. Saja suka tengok dia berbunyi. Ha ha.

Disember 05, bercampur-campur. Review movie ada, citer debat (Royal dan IKIM) ada, dan jugak entry dalam My Philosophy.

2006

Habis 2005, masuk 2006, tahun lepas la. Rupa-rupanya tahun baru 2006 aku dimulakan dengan game The Mole Season 3. Aku pun tak ingat yang aku buat tahun lepas, rasa macam dah lama dah buat game tu. Satu episod pun aku tak edit lagi. InsyaAllah, aku akan edit nanti. Entah bila, aku pun tak tahu.

Februari aku bermula dengan agak menarik, ader 3 cerita fasal makan pizza (aktiviti berkala kat USM), melepak kat Khalil, dan cerita di awal pagi, yang aku rasa lawak pulak bila baca sekali lagi sekejap tadi (Rujuk All around me).
Lagi satu entry menarik ialah fasal ‘Next Year Prediction‘. Disebabkan terpengaruh dengan One Tree Hill, aku pun buat jugak 10 jangkaan yang aku berlaku pada aku pada 2007. Dah 2007 dah ni. Tapi disebabkan post tu bertarikh 13 Feb 2006, maka aku akan review full fasal tu pada Feb depan.

Harapan_1
Bulan Mac, banyak gak benda menarik berlaku. Aku masuk Explorace MST under Bio Society USM, dan aku appear dalam KOSMO (untuk edisi utara jer) lepas menang DPNC (Rujuk mencapap sekejap). Salah satu pesanan menarik mak aku dalam ‘Funny things happen‘, ‘Jangan gi jalan jalan sangat… minyak dah naik’.

April, antara bulan terbanyak aku post, iaitu 14 entry. Maksudnya, purata lebih kurang 1 entry setiap 2 hari. Aku mohon maaf kepada kengkawan yang menerima email cakap fasal aku update blog begitu banyak pada bulan tersebut.

Bulan Mei, aku pergi Pidato Rakan Muda kat Putrajaya, diinterview untuk Biasiswa USM (rujuk Temuduga Biasiswa ASTS), dan buat Pumpkin Race 2 kat sekolah kak aku. Baru jer beberapa bulan lepas sebenarnya, tapi rasa cam dah lama dah.

Jun, hidup aku seolah-olah berlegar fasal tv dan filem. Aku citer fasal Dora The Explorer, X-Men III, World Cup, mengutuk sinopsis TV3 yang hampeh (rujuk Is that a synopsis) dan aku mula recap fasal Gol & Gincu untuk beberapa episod awal. Kebanyakannya disebabkan tidak berpuas hati dengan jalan cerita dan mesej yang cuba disampaikan.

Julai 2006, aku pergi Debat Integriti, citer fasal Katherine McPhee (runner up American Idol) dan Siti. Serta cerita fasal recap gol & gincu aku yang dicopy sesuka hati dalam jiwang.org (Rujuk Recap Gol & Gincu aku dicopy). Aku dah start Master kat USM, dan aku duk kat rumah antarabangsa waktu tu.

Ogos 2006, aku officially cerita fasal kemungkinan aku akan fly ke UK (sudah pun fly skarang ini), yang seterusnya memberikan aku lebih banyak tekanan dengan soalan-soalan dari kawan-kawan yang aku jumpa tanya fasal ni. Aku konvo, dan bebudak Jepun datang USM.

September, kemungkinan untuk fly terjawab. Maka aku melakukan persediaan untuk fly, gi KL, dan umur 22 tahun aku bermula dengan episod yang gelap (rujuk 22y/o - A new beginning of disastrous life). Honestly, aku rasa memang the disastrous part tu berterusan sampai la akhir tahun. Alhamdulillah, tahun ni baru aku rasa hidup ni tenang sikit.

Oktober, aku mencecahkan kaki ke London. Blog aku yang bertajuk ‘Amri is looking up’ berubah kepada ‘Jurnal dari pinggir London’. Entry paling banyak iaitu 20 entry untuk 1 bulan. Dan aku dapat komen paling banyak, iaitu 10 bagi entry bertajuk Life in UK: The biggest risk I take dan Makan nasik, yeay. Kebanyakannya berkisar fasal hidup baru aku di UK, sambut raya dan beli basikal.

Assignment007
November 2006 mencatatkan detik paling mencabar buat aku. Tension sebab tak dapat cope study sampai aku mengaku yang aku terasa bodoh dalam Feeling stupid and Restless dan dalam dunia sebenar. Banyak juga paper sebelum ni yang aku ada problem, dan ada gak subjek waktu kat sekolah menengah seperti Kimia yang aku tak berapa okey. Tapi I keep telling myself, never ever say that you hate a subject, and never admit a defeat, such as by saying how stupid you feel. Maksudnya aku patah semangat jugak la waktu tu.

Disember 2006, semangat aku pulih sedikit. Aku mula sedar yang hidup aku terlalu mudah dan enjoy. Ye lah, sepanjang dari 2005 hingga 2006 blog aku, banyak jer bebenda menarik yang berlaku. Mungkin aku kurang bersyukur kepada rahmatNya, tu sebab diuji sedemikian rupa (Rujuk Up and down on a highway). Dan Alhamdulillah, aku berpeluang ke Scotland pada bulan tersebut. Aku jugak release laman web peribadi aku di www.solarstreak.com.

2007

Januari masih belum tamat, tapi entry awal aku banyak recap aktiviti yang aku buat sebelum ni seperti recap 3 bulan di UK (Rujuk 3 bulan), restoran-restoran yang aku suka waktu kat Malaysia dalam Rindu. Dan entry fasal UK dah mula berkurangan. Semalam aku tulis sikit dalam Cultural Exchange.




4 Responses to “Post ke 200: Blog Recap”

  1.   naimahon 14 Jan 2007 at 2:04 am

    B’bdk kecik yg br bleh b’jln pn sll jer jatuh2 sblm diaorg dpt b’jln, diaorg br la akn dpt pglm yg bl jatuh akn dpt sakit.. Kita sbg org dewasa plk tak akn kata bdk yg jatuh tu bdk bodoh kan.. Wpn penah jatuh b’kali2 tp diaorg try gk b’jln smpai la bleh b’lari laju.. Pelik kan kl ada bdk yg xpenah pn jatuh tp tup tup trs ja dpt b’lari laju.. Kdg2, situasi yg sm jer b’laku lg kat kita bl kita dh bsr kan.. Ni bkn nsht @pn kata2 motivasi..cuma nk kata bgs krn sntiasa b’fkrn +ve sb tgk byk je bnda menark dr yg x best..

  2.   Machinaon 14 Jan 2007 at 6:33 am

    had you feel somethin’ bout the above comment?hehehe.. no comment

  3.   HaFiZon 14 Jan 2007 at 5:41 pm

    life is a roller coster.. no one will be perfect.. there is up & down.. more importantly, how to handle it.. & always learn from the mistakes..

  4.   Ailanaon 21 Jan 2007 at 11:38 pm

    tulis je blog panjang2…sy ni tgh rajin membace blog semua org…

Comments RSS

Leave a Reply