Jan 03 2007
Rindu
Part 1: Rindu Khalil
Aku mengupdate homepage aku dalam solarstreak.com
Simpan blog dalam sana sebagai archive. Sambil sambil mengedit, terbaca la sikit sebanyak post2 lama aku waktu tahun 2005. Salah satunya yang cerita fasal balik dari Debat Royal. Yang mana waktu tu, semua orang yang pergi pakat-pakat balik berasingan. Tinggal aku, Maharuddin (x-Sc Com), Imah (Soc Sci Master) dan Syikin (x-SMKLB, USM) jer yang sampai kat USM.
Aper lagi, dah sampai USM dan lapar, Khalil la pilihan utama. Bukan la sebab sedap sangat pun. Tapi sebab senang nak pergi, memandangkan aku dan Maharuddin melepak kat Tekun waktu tu, dan Syikin dan Imah kat Indah Kembara.
Teringat pulak saat-saat melepak berempat waktu tu.
Pastu satu demi satu kenangan melepak-lepak kat Khalil muncul kat kepala otak aku. Kebanyakannya dengan bebudak debat la, lepas training.
Fikir-fikir balik, cepat jer semua tu meninggalkan aku. Maharuddin dah grad. Bebudak debat yang lain pun, banyak yang dah abis. Aku pasti yang bila aku duduk kat Khalil 10 tahun nanti, aku akan teringat balik zaman undergrad dulu….
(Pergh, terjiwang sikit malam nih)
{break gi mandi. sambung balik..}
>
Part 2:Rindu selera murni
Salah satu benda yang best kat Selera Murni ialah nan dan tandoori. Nan dia paling best di kawasan sekitar USM.
Selalunya setiap Khamis la aku selalu gi melantak free sebab kak aku datang kuliah part time master dia. So, dia la belanja. Riuh satu kedai kalo anak-anak dia datang sampai tokey tu siap tanya aku lagi fasal anak-anak kak aku tu.
Hari Jumaat, lepas solat Jumaat, nasi beriani dia memang best. Kengkadang aku melepak dengan Shahrill (x-Bio,tgh amik lesen) kat situ sebelum kebiasaannya dia balik kampung. Skang dah grad pun Shahrill, so x dapat la nak lepak-lepak sana lagi.
>
Part 3 :Rindu Pizza Hut
Aku, Najhan(Fizik USM), Maharuddin ngan Mahadi(Fizik USM), selalu gak gi Pizza Hut BJ. Pizza Hut BJ lebih best dari Pizza Hut Sg 2. Dzul Fahmi(x-Bio) dan Shahrill pun kengkadang turut serta. Ayien (x-Sc Com) ada join sekali. Selalunya, walaupun kitorang 4 orang je pergi, kitorang akan order set untuk 6. So, ader extra 2 sup. Dan bila keluar, semua orang pakat-pakat tak larat nak jalan. Selalunya mencecah RM17.
Sekarang nih, kalo belanja RM17 = 2 pound lebih, dapat la satu set ayam, fries dan coke. Takla sekenyang pizza hut kat Malaysia, ye tak. Ah, rindu-rindu.
>
Part 4: Rindu KFC
Selalu gak aku gi makan kat KFC Sg 2. Sorang-sorang jer sebab susah nak cari geng makan KFC nih.
Tapi waktu sekolah menengah dulu, 2 kali kitorang buat gathering satu kelas kat KFC jam besar, Sg Petani. Nota: KFC jam besar lebih sedap dari KFC Central Square.
Kat sini, tak dapat la makan KFC. Walopun aku terfikir, boleh ke kalo bawak ayam sendiri, suruh diorang masak memandangkan KFC takder jual daging2 lain selain ayam, tolak kes kat Malaysia yang ada jual filet ikan kat KFC. Sambung: tapi nanti nak kena suruh dia cuci semua periuk pulak. Aaah tunggu jer la 9 bulan lagi, InsyaAllah…
>
Part 5: Rindu kafe-kafe USM
Waktu Allahyarham pak cik kafe Aman Damai ada dulu, aku selalu lepak kat Aman Damai, makan nasik goreng tomato, atau nasik goreng kampung dia yang memang best. Kengkadang bebudak Aman Damai yang aku kenal suruh aku pindah sebab selalu sangat tengok muka aku kat situ.
Bakti Permai, aku suka makan roti bakar dan nasi tomato Kak Naning. Sejak aku botak licin kepala aku, dia duk panggil aku Mawi sampai la sebelum aku blah itu hari. Tak sempat nak bagitau dia aku terbang London. Harap-harap dia ada lagi nanti.
De-Cafe-Ria kat Padang Minden. Salah satu kafe yang aku stick sampai aku bleh la buat lawak-lawak bodoh dengan waitress dia. Bila makanan sampai cepat, aku cakap la, ‘Eh, apsal cepat hari ni??’ Selalunya melepak kat sana dengan Mahadi atau Maharuddin la. Tak pun Kak Khalidah dan Abang Tra.
>
Part 6: Rindu melepak di tepi sawah
Dah jadi kebiasaan, kalau aku kuar pasar malam kat Pengkalan Bujang dengan kengkawan sekolah menengah, Muzaini(UIAM Econs), Mahadi, Anuar, Khairul, Mirza etc, kitorang akan pergi kat tepi Candi Pengkalan Bujang dan melepak kat situ. Makan burger. Menikmati pemandangan sawah yang sentiasa berubah-ubah. Betapa aku enjoy saat dan pemandangan waktu tu sehingga hari ni, aku rasa banyak bebenda indah kat sekeliling aku yang aku dapat lihat. {Alhamdulillah} Tak semestinya gi Scotland untuk semua tu. Lepak dan menyakat Anuar (dah kahwin dah mamat nih). Dah matahari dah terbenam, baru teringat nak balik rumah. Aah, peacefull memory.
>
Part 7: Rindu masakan rumah
Save the best for the last ye tak? Tipu la kalo tak rindu masakan mak ye x?
Asal mak aku masak pedas jer, ayam ke, ikan ke, sotong mahupun udang, nasik sure aku tambah. Teringat waktu kecik-kecik dulu, aku sangat suka makan nasi lauk temenung cicah cabai kicap. Pergh. Sekali tu waktu kat Besout (Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak), kat rumah felda, mak aku terpaksa menanak nasik sekali lagi sebab aku habiskan seperiuk dan nak makan lagi. Aaah. Those moment is so damn sweet.
Disebabkan budaya family aku dulu-dulu (dan sekarang pun kadang-kadang) tak berapa sambut birthday, so asal birthday aku, mak aku akan make sure la lauk ayam masak pedas tu ader. Takpun nasik daging ker. Argh rindu lontong..
Ayah aku jarang masak, tapi waktu aku darjah 6, mak aku stay kat Sibu jaga kak aku bersalin, aku duk dua orang jer ngan ayah aku kat Semeling. Ayah aku selalu buat cucur masin (juga dipanggil cucur udang). Ader orang tanam kucai buat bisnes kat area tu, so kitorang akan pergi beli. Dalam 50 sen bleh dapat banyak giler. So, ayah aku akan masak dengan extra kucai. Walopun berminyak dan kurang baik untuk kesihatan, tapi aku suka giler.
Kak aku plak, kalo hari-hari special, dia akan buat nasik ayam. Dan kak ipar aku dulu-dulu waktu baru kahwin dengan husband dia (abang aku laa), slalu gak dia buat puding. Tapi sejak anak-anak dia bertambah dari 1,2 dan 3, jarang dah ar. Busy la tu. Balik kerja, mana ada masa nak buat puding bila anak-anak melompat ye x?
>
Part 8: Rindu
Teringat plak lagu Hijjaz, ‘Rindu itu adalah.. anugerah dari Allah’. (Am, sejak bila ko dengar nasyid, aku terdengar sikit-sikit suara sinis dari dalam hati beberapa orang yang membaca blog ini)
Banyak lagi saat-saat makan yang aku enjoy. Tak dapat nak list kesemua. Tapi aku teringat ayat Tahir itu hari waktu bulan posa. Terjemahan: Sekurang-kurangnya kita dapat gak makan. Camner dengan orang-orang susah yang takde tempat tinggal. Dan memang betul pun, aku terjumpak gak orang-orang yang takde rumah, melepak kat tepi-tepi jalan, berlindung di tepi bangunan yang tak berapa melindung angin-angin ganas London, dan suhu di bawah 10 darjah celcius. Kesejukan dan kelaparan. Diorang tentu lebih merindui makanan lebih dari 7 part rindu yang aku tulis sebelum ni. {Insaf, insaf}
Am… rindu yg ko list smua kat kedai makan..sah-sah ko mmg rindu gler mknn kat mesia nih.sabor jelah, yer next year ko pekene la smpai muntah yer….
haaa… ini la orang malaysia.. takde lain ingat. makan.. makan.. dan makan…
am, selera murni tuh kat mana? hehe..tak bape tau tempat makan kat usm nih. explen sket. bleh awin pi test makan kat sana~~abis2 harapan,bakti..buhsan…. mule2 tu igt am cakap rindu khalil- khalil tuh org ker? heheh…seb baik tak~ restoran rupenya.. =p
About this,
Part 6: Rindu melepak di tepi sawah
We(anuar, me, khairul & muzaini) also discuss the same thing during last Eid.
Very nice memory huh..