Jan 10 2007

Semester baru

Published by flexin-am at 5:03 pm under Life in UK

Dua tiga hari lepas, idea mencurah-curah dalam kepala otak aku. Dah lama break buat reality tv version sendiri, idea baru la datang balik. Dan tetiba kelmarin, Zuherly (Pend. USM, The Mole 1 dan The Mole 3) hantar testimonial. Aaah, kalo kat Malaysia, mesti aku dah usahakan buat game apa-apa nih.

Dah deal dengan kak aku, projek tahunan sekolah dia, Pumpkin Race, akan aku usahakan lepas raya posa tahun ni. Aku excited buat bebenda ni. Untuk Pumpkin Race tahun lepas, aku bahagikan 10 team. 1 team 5 orang. Sebab projek ni bawah Panitia English, so aktiviti dia berlegar fasal BI la. First day, 3 team kena singkir at the end of the day. Esoknya, 7 team lawan ala-ala Amazing Race. Tapi pusing sekolah jer la. Aku seronok jer. Kalo ada orang nangis, atau mengalami impak emosi, gembira ke, frust ke, geram ke; kira success laa.

Semester baru dah mula kelmarin dulu. Sem ni, aku try study selepas kelas. Nak pastikan bleh catchup sem ni. Sem lepas blur jer. Aku tak la plan nak jalan mana-mana. Tapi rasa rugi la plak kalo tak berjalan ke mana-mana. Aku terjumpa satu laman web syarikat bas yang jual tiket murah. Dari London ke kebanyakan bandar UK, bleh dapat tiket 1pound untuk 1trip. So, aku terus bercadang nak jalan gi Bristol. Zahiruddin, kawan yang aku kenal waktu kem BTN sebelum fly ari tu. Dia kat Bristol. Ader peluang jalan, walopun tak tahu apekebendanya yang menarik kat Bristol, okey je, ye tak.

Disebabkan assignment baru dah sampai ari ni, due date 16hb Feb, so aku try nak gi sana 17hb. Tapi tengok la kalo Zahiruddin pun free jugak. Susah gak sebab schedule tak sama. Nanti kalo tengah-tengah dia byk kerja, aku plak tak sedap ati nak pergi sebab kalo waktu aku ada assignment, aku pun tak terasa nak berseronok-seronok.

Cuaca tak menentu. Ari ni sejuk sikit. Dua tiga hari lepas, agak lovely la. Dalam 10 darjah. Esok, sejuk jatuh sampai 5 darjah. Jumaat 11-12 darjah. Ahad jatuh sampai negatif 2 darjah. Memang London ni x brapa betul sikit cuaca dia.




6 Responses to “Semester baru”

  1.   Machinaon 10 Jan 2007 at 5:24 pm

    ………..

  2.   hudaon 11 Jan 2007 at 2:35 am

    am…kenapa..muke moyok sangat…maniskan senyuman yer=)banyakkan bersabar masa kat sana…insyaAllah kalau kita harapkan kekuatan dari Allah…kite akan dapat=)

  3.   Zahiruddinon 11 Jan 2007 at 6:02 am

    research la dulu attraction kat sini sblm dtg… yg tau ada muzium ngan ferry ride.. pastu shopping complex la…

  4.   iNaon 12 Jan 2007 at 12:04 am

    ooo.kalo ader org nangis..meracau x tentu pasal..success la eh..cm tu upenye..ok2..

  5.   Hakimion 12 Jan 2007 at 7:06 am

    Am relax hidup nie memang banyak dugaannya,nak jadi yang terbaik bukan senang kena banyak berkorban..hehe..nasihat yang paling bernas..

  6.   Lindaon 15 Jan 2007 at 12:40 am

    aku taknak komen…nak baca blok ko je…

Comments RSS

Leave a Reply