Feb 27 2007

Eyes roll

Published by flexin-am at 3:17 pm under Life in UK

Aku tulis 2 post hari ni. Sila baca 2008 Prediction dulu kalo tak baca lagi.

Mungkin salah satu benda yang bagus kat sini ialah kurang mengumpat. Jarang la mengumpat, selalunya kalau sakit hati pun sebab tension study ke apa. Takde la sakit hati kat orang. Tapi hari ni aku betul-betul sakit hati. Rasa cam batu jatuh atas kepala (rujuk Dik Cerdas).

Aku memang ader problem skit kat sini. Fasal study la. Sebab, secara mudahnya aku cakap yang kurang asas (bidang math ni luas ar), dan paper yang aku ada problem ialah paper pensyarah yang berorientasikan matematik tulen. Walaupun aku sebenarnya amik pure math kat USM, tapi paper2 pure aku agak teruk (cam Pengantar Analisis), dan aku byk amik paper applied lepas 2nd year. Orientasi applied berbeza sbb lebih banyak guna formula berbanding teori. Mungkin ini satu alasan jer, tapi I need to have a reason for having problem in my study.

Okey, citernya mudah jer. Pensyarah terang kat depan, kitorang (bebudak lain kecuali bebudak Austria) biasanya tak brapa faham, dan kena buat program. So, aku pun gi la pusing-pusing, kebiasaan aku la tu. Tanya dah pensyarah, still tak faham, kadang-kadang kalau tengok orang lain buat, dapat idea sikit. Aku pergi kat sorang budak nih. Dia terang bukan main terang, tapi aku tak jugak dapat-dapat. Aku cakap, ‘okey2, aku pergi try’, alih-alih waktu aku cakap macam tu, dia roll dia punya mata. Aku… rasa bedebuk, cam kena tendangan padu maut Kesatria Baja Hitam (kini dikenali Masked Rider, atau Kamen Rider).

Dia roll dia punya mata?? Aku terus duduk, dan senyap buat seketika. Terasa macam, ‘ape ke bodoh sangat ke aku ni? Apa salah ke gi tanya? Ape….’

Aku rileks jer. Selalunya aku bukan la orang yg akan peduli sangat bebenda nih. Aku boleh buat tak ingat jer kalo orang buat camtu. Lantak la ko nak roll eye, nak pusing-pusing sampai terkeluar cam dalam Ripley’s Believe it or not, kalo aku rasa nak tanya ko, aku gi tanya jugak. Bukannya rugi duit aku pun (ah, materialnya).

So, tu la first time aku rasa betul-betul sakit hati kat sini. Pengalaman gak tu. Weh, korang doa la bagi aku bleh pass at least ngan merit kat sini ek. Takut gak aku ngan paper-paper kat sini.

P.S: Sebenarnya bukan la takleh nak roll eye, kengkadang kawan aku ***** pun buat jugak, tapi dia buat tak rasa sakit hati sebab mode tu mode lawak, lagipun kalo kita dah kenal rapat, lain.




One Response to “Eyes roll”

  1.   Mohd Farizon 07 Mar 2007 at 3:47 am

    Org2 sana biasanya show straight aper yg diorg rasa. Kalu marah, mata juling ler. Buktinya mmg jelas kelihatan kt makcik aku yg hidup kt luar negara for quite some time. Mulut dia mmg xde insurans, sedap2 jer dia pot pet pot pet. Simply said, org sana standard xde patience..so be patient with them, or else you’re gonna screw them up real fine XD

Comments RSS

Leave a Reply