Feb 25 2007

His mom must have taught him…

Published by flexin-am at 6:24 pm under My Philosophy

Mak aku pernah cakap, ‘ha, buat macam tu, nanti orang cakap mak tak ajar’. Dah lama dah. Rasanya waktu aku masih kat sekolah menengah. Ataupun waktu kecik-kecik dulu.

Hari tu, hari yang aku pergi belajar memasak dengan Kak Wahidah (Singaporean, Brunel, Master), aku terdengar balik. Kitorang dah siap masak dah. Nasik goreng yang Farah (Bangladesh, Brunel) masak pun dah siap aku perangat sekali lagi. So, dah kami berempat duduk di meja (lagi sorang Dina (Brunei,Brunel), aiseh, cam konferens Asia la plak, ader wakil setiap negara), aku pun boh la nasik.

Dah nasik tu dekat kat aku, aku boh la kat semua orang. Tetiba Farah cakap, ‘ah, thanks, that’s nice of you’, lebih kurang camtu la. Kak Wahidah menyampuk, ‘his mom must have taught him very well’. Aku senyum jer la. I mean, if my mom get credited for my good behaviour, I’m fine with it. Habis la kat situ.

Aku balik rumah, aku tengok cerita apa ntah, tapi for sure citer omputih la, yang aku download. Tetiba ada part yang cakap camtu gak. Something yang relate perangai anak dengan cara mak mengasuh, lebih kurang camtu la.

I’m not sure whether it is just me or generally as a man, aku rasa jarang aku dengar orang lelaki kaitkan macam tu. Takde la cakap, ‘perangai bagus, ni mesti bapak ajar’. Kalo kena marah, ‘ni mak bapak tak ajar ke huh?’, aku rasa cam pernah la dengar.

Sampaikan ke negara omputih pun cakap camtu, ader konferens antara ibu-ibu ke yang mengkreditkan ibu-ibu lain atas perangai baik anak-anak orang lain? Aku takde la apa-apa isu pun fasal ni (err, sepatutnya berbunyi, ‘I don’t have any issue with it’, dan sepatutnya issue tu diterjemahkan sebagai masalah. Baru aku tersedar, selalu sangat terjemah literal). Cuma macam aku cakap fasal perangai lelaki itu hari, aku saja la terfikir kenapa satu pendapat yang tak dipublish boleh diikuti oleh kebanyakan para ibu.

Cuma, aku agak percaya yang sebenarnya perangai manusia ni ada kaitannya dengan genetik. Bukanlah keseluruhan sebab pendapat dan ideologi kebiasannya dipengaruhi oleh persekitaran. Tapi perkara-perkara kecil fasal pengemasnya seseorang, atau fasal kenapa orang perempuan secara umumnya sensitif.

Satu hari, aku bersembang dengan Kak Khalidah dan bebudak debat yang lain. Kimi bagitau dia punya jenis darah, dan Kak Khalidah terus cakap yang Kimi tak suka makan ini dan itu. Aku macam pelik, camner dia bleh teka itu macam. Dia bagitahu la fasal orang jenis darah ini, alah dengan makanan ini dan itu (terpaksa tulis ini dan itu sebab tak ingat). Oh, itu macam ke?

Sekali lagi aku mengambil contoh dari buku Why
Men Don’t Listen And Women Can’t Read Maps: How We’re Different and
What To Do About It: How We’re Different and What to Do About It

 
  by Allan Pease and Barbara Pease (satu-satunya buku yang aku baca tahun lepas), menerangkan kenapa orang lelaki tidak multitasking dan perempuan ada masalah dengan parking sisi. Aku bincang yang first jer. Katanya, secara umum, serabut yang menyambungkan dari otak kanan ke otak kiri dalam otak lelaki kurang berbanding perempuan. Maka dengan itu, lelaki tak leh buat banyak benda dalam satu masa, berbanding perempuan yang bleh mengupas bawang kat rumah kenduri, sambil mengenjut anak dan berbincang tentang hal-hal persekitaran (atau dengan kata lainnya mengumpat), berbanding lelaki yang menumpukan sepenuh perhatian ketika menonton perlawanan bola sepak, tanpa sebarang kata-kata kecuali ‘aah’ atau ‘gol’. Lebih kurang camtu la.

Disebabkan manusia ni unik, maka ader la kes-kes yang berlawanan, ye tak. Tidaklah bermaksud seseorang lelaki itu tidak lelaki apabila dia mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa. Tetapi, atas dasar yang sama, orang lelaki biasanya tidak begitu kisah bila orang lelaki lain mempunyai rumah yang bersepah, sebab lelaki kebanyakkannya macam tu, berbanding seorang perempuan yang for sure akan jadi bahan umpatan perempuan-perempuan lain kalau diketahui mempunyai bilik yang bersepah. At least aku pernah dengar la satu kes camtu.

Maka atas penerangan aku yang panjang lebar, agaknya la ader kot sebab kenapa perempuan-perempuan sedunia mengatakan, ‘his mom must have taught him very well’…




One Response to “His mom must have taught him…”

  1.   Machinaon 26 Feb 2007 at 7:28 am

    Betul gak tu.
    ‘his mom must have taught him very well’
    Untuk perkara baik, kalu ibu kepada anak tersebut mendengar, pastinya dia akan berkata,”ala, anak mak”.
    Untuk perkara yang tak brapa elok, sang bapa tentunya akan mencelah,”ikut mak dia la tu”.
    Ataupun dalam lain perkataan,”his mom have taught him ‘very well’”.
    The power of mommy.

Comments RSS

Leave a Reply