Feb 22 2007
Komen ke 300
Setelah post aku mencapai 200 itu hari, aku menunggu la pulak, komen aku untuk mencapai angka yang cantik. Semalam, dalam 298, tu
nggu punya tunggu, ini dia komen ke-300 aku. Dari Joanna (UIAM), komen dia berbunyi
" uhuk2..tetiba tersedak.rupa2nya my blog jd bahan rujukan ye.ok cik amri..mungkin nasib awk baik kalau org yg ternampak shirt awk tu terdiri drpd kalangan ‘pak2 arab’ or ‘pakcik2 omputih’ sbb dorg hanya akan mampu berkata "unfortunately this such lovely-smart-adorable-gorgeous or whatsoever looking shirt can’t fit into me"…(so mmg takde point la kalau nak rembat pun) but looking into my case plak,obviously cik adik yg amik brg saya tu baya2 sy and saiz saya gak..tu psl la dia amik,sebab dia rasa brg sy tu nampak chantek disarungkan ke badannye.
tp takpela..mak saya kata hari tu..maafkan je la.. =) "
Tahniah, dengan itu anda telah memenangi percutian untuk dua orang ke mana-mana destinasi yang dicapai oleh MAS, dengan perbelanjaan ditanggung oleh 2 orang yang nak pergi melancong tu. Ha ha.
Sempena komen ke 300, aku akan cuba jawab beberapa komen yang diberi, tetapi aku tak jawab dalam ruangan komen memandangkan aku rasa yang orang bagi komen tak akan check balik komen tu.
- Tajuk blog : Last Year Prediction
Komen : ‘ RMK 10? masa tue pak lah jadi PM lagi ke tak? RMK 9 la woi ‘
Dari: Abang Tra (x-USM)
Jawapan : Sorry, sorry. Ye ker RMK9, aiseh salah la itu macam.
. - Tajuk blog : Salji lagi
Komen: ‘ jom ym skrg ‘
Dari: Kimi Debat USM
Jawapan: Weh, ade ke patut ajak YM kot komen blog
. Mana la check setiap minit…
. - Tajuk blog : (Lebih dari satu)
Komen: (Juga lebih dari satu iaitu sebanyak 10 tetapi ada menyentuh tentang jambang)
Dari: Fariz (x-roommate KMPP, USM Trans)
Jawapan: Fariz, apsal rajin sangat sampai 10 komen satu hari? Aku busy la itu hari. Tu sebab tak cukur tu.
. - Tajuk blog: Malaysian
Komen: ‘am..kenapa muke dalam gambar nampak makin lama makin masam=) ‘
Dari: Huda (kawan Najah x-USM)
Jawapan: Laa, nampak masam ker? Rasanya macam biasa jer. Ala, kadang-kadang pose macam tu sebab kononnya nak bagi nampak serius sikit. Kalo asyik senyum jer bosan jugak, ye tak?
. - Tajuk Blog: Semester Baru
Komen: ‘ooo.kalo ader org nangis..meracau x tentu pasal..success la eh..cm tu upenye..ok2.. ‘(tentang kenyataan aku yang cakap fasal kalau ader orang nangis dalam game reality tv versi sendiri yang aku buat tu, kira success la)
Dari: Ina (Bio USM, The Mole 1, The Mole 3)
Jawapan: Bukannya apa, biasa jugak apa, kita buat perlawanan-perlawanan cam sukaneka hari guru, ataupun hari sukan ker, ataupun apa-apa pertandingan lain. Tapi biasanya bebudak tu (bebudak sekolah yg masuk tu) takde la teremosi kalau kalah, ye tak. Ini kena singkir Round 1, air mata dah berlinang giler-giler. Padahal bukannya hadiah sejuta. Kiranya impak game tu besar jugak la, ye tak. So, kira success la tu.
.
Ha, tu jer la komen-komen yang aku rasa aku tak jawab. Ader la kot lagi baki, mana la aku ada masa nak check kesemua 300 komen ye tak?