Archive for February, 2007

Feb 11 2007

Last Year Prediction

Published by flexin-am under All About Me

Snow2
13 Februari tahun lepas, aku tulis jangkaan untuk tahun ini. Bleh rujuk Next Year Prediction. Aku copy balik 10 jangkaan tersebut dan mari kita review bersama-sama.

1. Tengah duk buat Master kat USM. Tengah pening-pening kepala sbb nak figure out benda itu dan ini.

Result: SALAH!!!
Komen: Tengah pening-pening kepala tapi bukan kat USM laa.

2. Still single

Result : BETUL!!!
Komen : Dah ada aim baru tapi tak berani aaar.

3. Dah abih shooting untuk The Mole Season 5 yang
menampilkan lebih byk twist. Season 4 dijangka buat lepas abih Sem 2 ni
dengan student kak aku. Season 5 dijangka menampilkan mix of old and
new cam season 3.

Result: SALAH!!!
Komen : Waah, tak sangka aku begitu bermotivasi tahun lepas. Season 2 dan 3 pun tak abis edit lagi. Entah bila nak edit pun tak tahu.

4. Dah berulang-alik ke USM ngan keta ayah aku.

Result: SALAH!!
Komen: Kalo dah tak duduk kat USM, semua prediction fasal USM pun kira salah jugak la, ye tak? Tapi sebelum fly itu hari, memang duk berulang alik berurusan kat USM. Tapi tu tahun lepas..

5. Still join Team Debat USM, walopun x leh masuk, tapi ikut gak ler. lagipun Master in Math mana ada kena duduk kat lab cam bebudak Bio/Kimia, ye x?

Result: SALAH!!
Komen: Kadang-kadang mengikuti jugak perkembangan terbaru bebudak debat. Tapi sem 2 kan ke tak banyak tournament.

6. Dah dapat geng baru untuk jalan-jalan BJ tengok wayang (currently Maharuddin - tp dia dh nk grad)

Result: SALAH!!!
Komen: Takde geng nak tengok wayang kat sini dan sekali tengok = RM30 lebih, so tak de rasa nak tengok. Tapi lepas Maharuddin grad, geng tengok wayang aku = Abang Tra. Tapi itu tahun lepas, so prediction tahun ini masih salah.

7. Still asyik melepak kat bilik Hakim

Result: SALAH!!!
Komen: Hanya dengan kewujudan ‘Pintu Ke Mana Sahaja’, aku berkemampuan berbuat demikian.

8. Still melepak kat Khalil ngan bebudak debat

Result: SALAH!!!
Komen: Juga dengan alasan yang sama. Aaaah, rindu ar lepak2 Khalil.

9. Still susah bangun pagi. Harap2 dapat roommate yg senang bangun dan rajin gerak aku yg liat nih.

Result: Eh, BETUL!!!
Komen: Hanya betul bagi ayat yang pertama sahaja.

10. Dah pegi lagi satu negara yg belum pernah aku pergi. (BSnowased solely on instinct).

Result: BETUL
Komen: Rasanya waktu aku tulis prediction nih, aku duk berangan masuk Amazing Race Asia. Tu sebab kononnya terasa bleh sampai satu negara lain yang tak pernah pergi.

————————–>>
Hasilnya, aku dapat 3 jer betul dan 7 salah. Memang life ni kadangkala unpredictable. Bulan 2 tahun lepas, aku still lagi kat USM. Memang waktu tu dah tahu fasal skim ASTS nih, tapi sembang-sembang dengan Dekan aku, dia suruh buat master kat USM dulu, bagi habis setahun. Kiranya memang target aku untuk perabih dulu kat USM la, asalnya.

Alih-alih waktu interview, diorang suruh fly overseas. Sebab RMK 10 yang ada bajet. Sebab sistem belanjawan badan kerajaan nih, kalo bajet tak digunakan, takde carry forward. So, diorang memang tak kisah la nak suruh fly. Cerita ringkas kenapa aku banyak mempredict yang aku masih buat master kat USM.

Untuk tahun depan, nanti-nanti la aku buat prediction baru. Kalo rajin. Ataupun kalo korang terajin lebih, bleh la tolong predict kan kat aku.

2 responses so far

Feb 11 2007

Bahasa

Published by flexin-am under Life in UK

Tahir pinjam latihan yang aku buat itu hari. Kebiasannya, aku akan tulis dalam BM, sesetengah term. Bukan apa, senang nak faham. Sebab dah biasa belajar Math dalam BM.

Ada la sekali dua, Tahir cuba baca apa yang aku tulis dalam BM. Ada program Microsoft Talk It. Kalo korang pernah guna, bila kita taip perkataan, dia akan sebut. Dulu, selalu jugak aku taip perkataan BM, saja nak dengar, walaupun pronouciation dia akan jadi BI la. Ha, Tahir baca macam tu la. Contohnya perkataan macam jadi ‘ma-kam’. Dia cakap, ’sepatutnya ejaannya ‘ch’ supaya bunyi ‘cam”. Aku cakap, dulu-dulu ejaannya memang ada ‘ch’, tapi sekarang dah tak dah, merujuk pada ejaan lama.

Tapi Chris (budak German) pun camtu jugak. Dia punya nota/latihan pun akan mix dengan Bahasa Jerman.

Aku pernah tanya Pidin (USM, Math) satu soalan fasal matematik. Alih-alih dia tak tahu maksud satu perkataan tu dan dia minta aku bagi maksud perkataan tu dalam BI. Aku bagi dan dia tahu la. Oooh, dia batch yang diorang dah start ajar dalam BI.

Bila aku sampai sini pun, agak janggal sebenarnya disebabkan ada term yang aku tak pernah dengar. Contohnya trivial solution. Aku tanya Tahir, trivial tu apa? Dia cakap, ‘easy’. Aku fikir-fikir, apa benda penyelesaian mudah? Lama berminggu-minggu lepas tu, baru la aku sedar yang perkataan BM yang digunakan ialah penyelesaian remeh. Ooh.

Bagi aku, bagus jugak aku ada peluang belajar dalam BI. Sebab kalo ada rezeki balik mengajar, aku kena mengajar dalam BI. Banyak perkataan math yang aku belajar kat sini.

Tapi aku rasa rugi jugak pada Bahasa Malaysia tu sendiri. Sebab dalam bidang Sains, istilah saintifik dalam BM kuat dan sudah digunapakai begitu lama. Aku tak tahu la sangat fasal bidang Sains lain cam Bio, mahupun Sains Komputer.

Tapi impaknya terhadap buku-buku dalam Bahasa Malaysia yang sedia ada. Kalau bebudak sekarang dah tak faham istilah dalam BM, nanti diorang tak pakai dah buku-buku tu.

Aaah….

2 responses so far

Feb 09 2007

Salji lagi

Published by flexin-am under Life in UK

Aku dah tulis blog semalam, tapi pc tetiba restart sendiri plak. Dah lebih seminggu takde internet, barula housemate aku terasa nak cuba router lain. Sebab salah sorang housemate aku ada router jugak. Try2, dapat la balik iSnow_051_1 nternet connection. Router problem maaa.

Aku dah rancang dalam kul 12 nak call mak aku. Tapi tetiba internet problem balik. Pagi tadi pun still problem. Aaah. Skarang aku kat Postgraduate School. Tak tahu sama ada balik nanti ada internet atau tak. Tension.

Semalam, hari bersejarah buat aku. Kalau korang mengikuti DailyTube aku kat http://www.youtube.com/profile?user=amrisolarstreak, korang bleh tengok la yg sejak kebelakangan nih, good things happen to me (Alhamdulillah).

Itu hari, test Integral Equation, aku dapat 87. Fact: At least 2 budak Austria dapat 100. Dan test ni bawa ke carry mark sebanyak 15%. So, lega la rasanya.

Semalam, salji turun kat London. Tebal. 10cm. Memang banyak giler berbanding itu hari. Sebab hari tu dalam 2cm jer. Katanya first time selepas 10 tahun. Seronok aku berguling-guling, buat bola salji. Sebab walaupun salji, suhu tak la sejuk sangat. Aku ingatkan  bawah 0 darjah. Tapi semalam dalam 0 darjah jer. Good enough la untuk winter + salji. (Video salji aku kat sini http://www.youtube.com/watch?v=odGLKZ97JXc)Snow_080_1

Kira bersemangat la jugak aku semalam. Sebab malam sebelum tu tido kul 4, bangun 7 lebih. 3 jam jer tido. Pastu aku tak tido balik sebab excited sangat tengok salji kat luar rumah:)

One response so far

Feb 07 2007

Takde internet

Published by flexin-am under Life in UK

Sejak seminggu lepas, bilik aku tak dapat internet connection. Router problem rasanya. Sekarang aku kat lab kat school. Buat assignment. Terasa macam terpisah dengan dunia luar je bila takde internet. Kadang-kadang dapat gak line dari router orang lain. Tapi biasanya, tak dapat la.

So, bosan giler. Nak download citer-citer baru pun x bleh.

Arghhh!!!!!!

One response so far

Feb 03 2007

Am’s DailyTube

Published by flexin-am under Life in UK

Seperti yang aku bagitau itu hari, maka aku dah mulakan my personal project, working code name : Project 207. Nama release: Am’s DailyTube.

Korang bleh tengok video tu kat YouTube
http://www.youtube.com/profile?user=amrisolarstreak

Premis projek ni cukup Dailytube003_1mudah: Capturing my daily life in UK. Sekurang-kurangnya lepas 10 tahun, aku bleh tengok balik camner hidup aku kat UK nih (Aku pun tak tau kenapa cakap 10 tahun, kalo sebut 7 tahun, tak sedap plak). At the end of the month, aku akan cuba buat compilation la.

InsyaAllah, aku akan upload satu video baru setiap hari selama sebulan. So, korang bleh la tengok camner kehidupan aku kat UK nih.

So, check it out eh!

P.S: Kak, kak kena subscribe balik sebab akaun tu guna nama lain.

3 responses so far

Feb 01 2007

4 Bulan

Published by flexin-am under Life in UK

Genap 4 bulan aku kat sini. Seperti biasa awal bulan, aku me’recap’ balik perkara yang dah berlaku sepanjang 4 bulan nih. Bulan Januari, semester baru pun start. Takde la banyak sangat benda yang aku buat memandangkan sejak aku balik dari Scotland itu hari, aku tak pergi mana pun selain Uni dan rumah. Pekan Uxbridge pun turun dalam 1 kali jer.

Buletin International Center cakap, bulan 2 ni bulan paling sejuk kat sini. Alhamdulillah, aku dah mula biasakan diri dengan cuaca sejuk. Tangan aku dah tak beku macam dulu. Bukannya apa, sebelum ni, asal duk dalam bilik aircond, mesti tangan aku menyejuk. Ingat lagi waktu jumpa En Nazru dan Dekan aku. Diorang tegur fasal tangan aku yang sejuk. Bukan apa, haba pendam tentu rendah la (Mahadi betul ke? Rendah ke tinggi? Aluminium punya haba pendam tentu rendah ke tinggi?).

Tapi, dalam-dalam tak pergi mana-mana pun, ada la benda-benda yang terjadi. Misalnya, ari tu salji turun. Sebelum tu pulak ribut kat Eropah, kat tempat aku tak la ’sangat’ kuat tapi mata aku ter’hurt’ la jugak.

Dan selepas 3 bulan lebih duk kat sini, baru la aku jumpa se’group’ orang Malaysia. Basically (pensyarah aku pronounce ‘bazically), sepertimana musim sejuk yang menghampiri penghujung, kesunyian dan ‘jiwa kacau’ aku pun turut berakhir, dan seperti musim bunga yang bakal tiba, harap-harap tuah aku di sini pun semakin menguntum (atas kehendakNya).

Ini antara benda yang aku belajar fasal orang UK

Pronounciation

I have some issue about my pronouciation. Taknak cerita panjang kat sini. Tapi dari pemerhatian aku, seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris pun banyak pelatnya. Disebabkan kita banyak tengok cerita dari US, so taklah terserlah sangat. Kalo korang tengok Survivor, Rob Mariano ada sikit pelat Boston.

Kat London, terlalu banyak pendatang. So, bolehlah aku dengar macam-macam cara sebutan. Contohnya, Simon. Dia dari Wales. Dia punya accent agak British la. Sebutan ‘and’ misalnya. Disebabkan kita terpengaruh dengan US, kita biasanya sebut ‘and’ seperti ‘end’, betul tak? Tapi dia sebut ‘and’ dengan ‘a’ yang berbunyi ‘aaa’.

Accent Ant & Dec, 2 pengacara yang popular kat sini (dulu diorang dalam World Idol), lagi pelik. Sebutan ‘judges’ berbunyi seperti ‘juuu-jes’.

Kadang-kadang aku terasa yang dengar International Student cakap lagi mudah faham dari local people cakap.

Dan perasan tak kenapa kita banyak import drama dari luar tapi bukan dari UK? Sebab kalo takde subtitle, sure orang Malaysia tak brapa faham. Lagi satu, orang UK cakap takde nada. Mendatar jer. Tu sebab aku rasa, orang UK banyak swearing (cakap-cakap kesat), sebab kalo tengok drama Sepanyol, tak baca subtitle pun kita bleh agak yang dia tengah marah, suka, sedih dan sebagainya. Orang UK, disebabkan tak brapa ada nada, maka diorang akan end up dengan those f word.

Islam

Budaya Islam tak la begitu menyerlah kat sini. At least kalo kat Malaysia, orang Melayu tahu perayaan-perayaan kaum lain dan sebaliknya.

Ari tu, housemate aku offer ayam KFC. Aku cakap la, ‘aku tak makan. Halal issue’. Hehe, dah 3 bulan kat sini pun aku rasa diorang still tak tahu apa yg aku bleh makan, apa yang tak. Cuma diorang tahu la yang aku tak minum.

Aku lebih rapat dengan Simon lagi daripada dengan housemates aku so aku amik contoh dia la. Simon punya curiousity tinggi gak. Ari tu waktu bulan posa, dia cakap,’camner kalo makan 1 pil yang bleh kenyang. Bleh tak?’ dan ‘Bleh tak kalau inject nutrien masuk kot tangan bagi tak lapar, tak masuk kot mulut, bleh tak?’

Aku buat kesimpulan yang cakap-cakap dia ni menunjukkan yang dia tak berapa terdedah dengan budaya orang Islam la. Cuz I used to ask those questions when I was a lil kid.

Today I was talking something dirty to Simon. Don’t have to desribe how it begun but basically I ended up saying (making a joke, eh), ‘I surely need to get married when I get home (Malaysia), I can’t simply do "that"’.

And later he asked me about the average age of people getting married in Malaysia, which I said 27, which I’m not really sure about the fact. ‘So,  it’s like you wait it for 27 years’, he said. I was laughing  for the question. Then, he asked about the separate law (referring to Shariah law and Civil Law) as he never heard of that before.

All of this talking make me realise how these people do not have much exposure of Islam itself. No wonder when some conflict such as terrorism happen, Muslim people was badly treated.

3 responses so far

« Prev