Mar 31 2007

I count the minutes

Published by flexin-am at 6:38 am under Life in UK

Hari ni, baru lah aku dapat menarik nafas lega. Minggu lepas, aku dihujani dengan ujian dan assignment yang deadline nya semalam. Khamis malam, aku, Tahir, Udy dan Chris berjaga sepanjang malam di lab, cuba menyiapkan assignment, salah satu pengalaman baru aku kat sini. Mana la aku pernah berjaga buat assignment waktu kat USM dulu. I was so geek that my first C++ assignment, I was the first one to submit the assignment, nearly 2 weeks before the deadline. Ha ha, aku ketawa memikirkan zaman-zaman skema dulu.

3-4 hari lepas, abang dan ayah aku dah mula tanya, ‘dah pack barang ke?’. Mana la aku ada masa nak berpack2 dengan assignment tu semua. Lagipun, aku tak bercadang nak bawa balik banyak barang. Sebab, aku dah cadang nak shopping kat Malaysia nanti.

Sejak sampai sini, aku tak potong rambut langsung, so 6 bulan dah rambut aku bertumbuh tanpa cantasan. Kasut yang aku beli sebelum datang, dah rosak zipnya. Kasut yang aku beli di kedai charity shop, pun dah lekang tapaknya sejak 3-4 minggu lepas, tapi aku still pakai. Stokin dah koyak kat bahagian depan, beg galas aku pun cam dah nak tercabut tempat galas dia. So, kiranya berbaloi jugakla balik beli kat Malaysia. Duit makan untuk 2 hari aku kat sini pun, dah boleh tampung nak beli kebanyakan benda di atas.

2 hari lagi aku balik, aku menghitung masa yang berlalu. Excited? Setelah berhempas pulas hampir 2 minggu, dan setelah semester kedua berakhir semalam bersama-sama assignment, aku terasa yang tekanan maksima berlalu pergi. Besides, I was having so much fun last week, fooling around a lil bit while working on the coding for the assignment.

Let me take a break today, and I’m sure I’ll be more than excited to go home then!




Comments RSS

Leave a Reply