Mar 23 2007
Internet
Chat
Baru lepas berYM ngan Abg Tra. Lebih kurang begini dialognya,
Aku: Tak seronok la duduk kat sini
Abg Tra: Asal?
Aku:
1st, makanan mahal
2nd, makanan sedia masak susah nak cari
3rd, makanan sedia masak yang halal jauh nak pergi
4th, makanan sedia masak kat Tesco takde citarasa tempatan
5th, sos cili berlabel ‘pedas’ kat Tesco tak rasa pedas
Kenapa semua fasal makanan? Sebab bila bangun, rasa lapar, nak kena makan. Duk 2-3 jam, lapar lagi, nak kena makan lagi. Sihat makan. Sakit, makan ubat. Ha, tambah sikit lagi. Ubat mahal (tidak merujuk kepada Paracetamol sbb yg tu murah)
YouTube
Steve, housemate aku tetiba jer hari ni (setelah beberapa bulan) terasa nak masuk bilik aku dan berborak-borak kosong. Sekali dia bagitau yang dia dan housemates aku yg lain dah browse over video aku kat YouTube dengan mencari nama aku.
Ah, segan pun ada.
Friendster
Lepas solat Jumaat semalam, aku terjumpa seorang mamat Malaysia yang aku tak pernah jumpa sebelum ni. Seperti kebiasaannya, perbualan-perbualan cliche seperti bertanyakan course dan sebagainya dituturkan.
Tapi tetiba dia cakap, ‘haa… tu la, nampak dalam friendster’. Dia siap quote lagi yang aku nak balik Malaysia bulan 4 nih.
Aku okey jer org tahu camtu. Yang aku tak okey, org yang dah add friendster, asyik duk menghantar FWD message, sebab tak baca blog aku fasal aku tak suka FWD message.
Okey, aku cadang camni. Lepas nih, sesapa yg duk rajin menghantar FWD message kat aku, aku akan membalas balik ‘Cinta FWD Message’ beliau dengan membalas FWD 2 message yang mengandungi jurnal2 matematik, nota kuliah aku dan mungkin assignment yang aku buat. Jangan bimbang, aku akan tulis fasal benda tu kat sini kelak. Ha ha
eh, nape la kau tak suka dok sana? ramai tau yang nak g oversea, bersyukur la, tu kiranya rezeki kau…..
jangan jadikan makanan sbg satu penghalang utk kau belajaq, jadikan cabaran. nape org lain boleh, kau tak boleh pulak?