Archive for March, 2007

Mar 11 2007

Fwd Message lagi… STOP IT!

Published by flexin-am under Life in UK

Aku dapat forward mesej lagi. Mesej yang ada ‘FWD:’ kat depan.

Aku tergelak keji dengan mesej forward yang sorang budak ni hantar sebab di akhir ayat, tertulis:-

> > P/s - andai anda seorang wanita muslimah…
> > Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu…

Ah, kepada orang-orang yang memforward mesej, tak bleh ke sekurang-kurangnya edit mesej tersebut supaya kena dengan golongan sasaran…

No responses yet

Mar 10 2007

Balik kampung : Behind the Scene

Published by flexin-am under Life in UK

[Kepada yang still tak tahu, aku nak balik Malaysia 3 minggu April ni. Refer to the previous post]

Cerita fasal kehidupan duka lara aku kat sini dah begitu banyak aku tulis. Nasihat kepada korang-korang atau anak-anak korang yang bercadang nak study kat luar, kalo nak study dan enjoy pada masa yang sama, sila pilih universiti yang banyak Malaysian. Agaknya la. Aku pun tak tahu jugak betul ke bleh enjoy kalau masuk universiti macam tu. Aku buat andaian jer.

Sekurang-kurangnya korang tahu la kehidupan aku kat sini agak membosankan. I never hate my previous life back in USM. But I always believe that it will be a good opportunity to try something new and grab the chance while the stock available. And maybe I haven’t seen what good in here. As time flows, I’m sure that I will.

Tetiba 2 hari lepas, aku terasa cam nak balik Malaysia cuti ni. Aku membayangkan yang cuti Easter 3 minggu ni, aku akan duduk sorang-sorang kat rumah, sebab housemates aku sure balik kampung diorang. Kalau itu hari, aku rasa terinspirasi sikit nak duduk sorang-sorang sebab Tahir nak bawak gi Scotland, cuti kali ni tak dapat la nak plan lebih2 sebab nak exam.

Aku terus jadi homesick. Aku pun tak tahu kenapa homesick aku datang lewat. 2 hari lepas, 2-3 jam aku surf internet cari flight murah. Aku tengok 1hb ke Malaysia dan kot lerah 20 hb balik. Tapi harganya agak melebihi budget.

Semalam, Jumaat, aku pergi kuliah dan bagitau Tahir fasal niat aku nak balik Malaysia. Aku bagitau yang aku homesick. Pada andaian aku, dia akan pujuk supaya bersabar. Ala, korang la kan, bila tension, jumpa orang, kita dah expect orang tu bagi nasihat atau pujuk. Alih-alih Tahir cakap, ‘I think you should go home’. Lagi la membuak-buak aku rasa nak balik rumah.

Aku pun tak tahu apsal anggapan aku asyik salah jer. Dulu waktu aku tension, aku blurt out fasal rasa nak kahwin, family aku bagi support giler2 punya. Sampai aku plak rasa lain. Aku rasa sebenarnya, waktu tu aku agak berharap yang diorang cakap ‘takleh’. Alaa. Takkan korang tak tahu, bila tension, kengkadang kita cari gaduh dengan orang.

Okey sambung balik. Kuliah Dr Norbert Heuer petang tu, otak aku duk teringat nak balik Malaysia. Lepas study kat library semalam, Tahir tolong aku cari flight. Dengan mengubah tarikh ke 3hb dan balik 24 hb, perbezaan tiket begitu ketara.

Aku balik dan check, nampak macam harga yang sama masih ada tapi choice dan berkurang. Agaknya dah ada orang beli kot. Aku terus call mak ayah aku pukul 4 pagi (waktu Malaysia) mintak kebHijau2enaran untuk balik. Diorang selamber jer. Tak kisah. Aku sahkan la yang aku ada duit untuk hidup sini lepas balik semula.

Aku tengok American Idol, dan pastu call kak aku (kul 8 pagi Malaysia). Dia excited jer. First thing dia cakap, ‘haa. bleh la buat Pumpkin Race’. Aku balas, ‘I know, I’m going to tell you that!’.

Pastu aku telefon abang aku, baru la yang aku rasa aku dapat respon yang aku fikirkan sepatutnya diberi, ‘apsal nak balik. Berapa tiket? Banyak tu…’

Duit untuk tiket, memang la bleh tahan jugak. Memandangkan aku bleh guna amaun yang sama untuk bercuti di Rome dan Paris, setiap satunya selama 3 hari 2 malam di hotel 3 bintang, termasuk kapal terbang pada musim cuti sekolah. Tapi, aku jimat lebih kot kat sini. Tu sebab ada extra.

Kira logik la sebenarnya. Sepanjang bulan 1, aku takde keluar mana langsung kecuali gi uni dan balik rumah. No wonder la yang ader rezeki lebih sikit. Kalau kat USM, dalam 1 bulan, sekurang-kurangnya 6 kali keluar shopping complex atau balik Merbok. So, berbekalkan dengan tabungan aku setiap bulan, abis la sebahagian besarnya aku belanjakan untuk tiket (Ayat ini bertujuan untuk meng’instill’ the fact yang aku berkemungkinan tidak mampu membawa balik buah tangan kepada kengkawan).

Aku rasa worth it kot. Sekurang-kurangnya, dalam 20 hari kat Malaysia, aku bleh spend 12-15 hari untuk study. 4-5 hari untuk satu subjek. Dan aku tak payah fikir fasal nak masak apa petang ni dan nak makan apa malam ni sebab bleh depend kat mak aku, yang for sure lauk pauknya lebih sedap dari apa yang aku masak.

Pastu, aku tak payah fikir fasal nak rasa sunyi sebab duk sorang-sorang kat rumah. Tak payah fikir fasal nak keluar Tesco untuk beli makan. Walaupun 3 minggu jer, sekurang-kurangnya aku bleh restore balik motivasi aku.

2 responses so far

Mar 09 2007

Balik kampung!!

Published by flexin-am under Life in UK

This may sound funny, but I’m coming back to Malaysia for a short vacation this April. InsyaAllah, mendarat 4hb April, Rabu kat KLIA naik SriLankan Airlines (berhenti kat Colombo). Tiket dari KLIA ke Penang tak beli lagi. Tu kena deal lain la nampaknya. Abang aku uruskan sebab aku takde mastercard/visa.

Aku tahu, duk KMPP, balik hampir setiap minggu (namun, minggu balik kampung, aku still excited), USM pun camtu gak, duk UK setahun pun, nak balik jugak (Aku membidas diri sendiri). Tapi kira okey kot. Sekarang baru aku rasa terinspirasi sikit memikirkan yang aku nak balik Malaysia bulan depan.

Tension banyak la kat sini….

Memula aku surf internet, tiket mahal giler sebab cuti sekolah bulan 4 ni kat UK. Cuti Easter. Tapi alih-alih nampak harga di bawah budget aku, so aku pun terus la beli online.

Sebenarnya, kalau aku belanja duit tu untuk tour Europe, sekurang-kurangnya dah bleh mendarat kat Rome dan Venice dah (2 tempat yg aku teringin nak pergi kat Europe). But I’ve just realise that I can’t enjoy much those beautiful places. Rasa cam empty jer jalan sorang-sorang.

Dan aku rasa, tempat yang aku bleh enjoy - my home sweet home. So, dengan penilaian yang sangat mudah, aku pun book tiket flight.

Tapi, dah ada plan dah balik ni. Takleh berseronok byk sangat sebab cuti aku ni sebenarnya cuti study. Exam start 30hb. Tapi, InsyaAllah aku akan melepak USM dalam sehari. Dan yang pentingnya, aku akan buat kem English kat sekolah kak aku. Pumpkin Race (format Amazing Race). Yes! Mahadi, sila freekan jadual anda pada 13 dan 14hb April. Join aku buat benda tu. Maharuddin, jom join sekali! Kengkawan yang lain (Dzul, Hakim etc), korang dijemput jugak.

Ah! Bestnya nak balik kampung!!!

3 responses so far

Mar 06 2007

£1000 per month contract!!

Published by flexin-am under Life in UK

Email yang aku hantar:
————————–

Hi

I am very sorry to tell you that I cannot accept the offer
for Cyprus. After some academic consultation, I have realize that
leaving for few weeks or months may affect my study a lot.

I
am quite disappointed to lose such a great opportunity but as the
Cyprus job require a lot of my time, it seems that I can’t handle both
at the same time.

Again, I would like to apologise for that. Hope to see you again

Amri
————————–

Kali ni, bukannya cerita fasal tension study, mahupun lapar tak makan (iKekkopi
n fact aku sangat kenyang sebab melantak 2 slice kek kopi yang aku beli kat Tesco. Apsal entah, tetiba nampak rasa cam nak makan, so beli satu bijik. Banyak lagi baki. Esok la perabih).

Ceritanya bermula begini (aisey, ala-ala filem yang korang dah tahu ending, tapi still nak tahu camner ia bermula, ye tak?). Dalam internet ada open casting untuk entertainment field nih. Actor, model, singer, performer etc. So, aku pun saja la apply untuk iklan yang bertajuk Application for Boy band Singers - solo or Duo wanted for Cyprus. Walaupun iklan tu cam bodoh sikit sebab kalau dah solo, mana la namanya boyband. Tapi aku faham la, dia nak genre macam tu kot.

Dipendekkan cerita, Jumaat lepas, aku dapat call casting dari Leoni Kibbey (leonikibbey.com), salah satu talent agent kat London nih. Dia panggil aku untuk audition. So, aku tanya la, apa nak bawak untuk audition etc.. Dia balas, ‘oh tak payah audition sebab aku dah bagi demo (ala, video kat youtube tu)’. So dia kat kalau free dia nak jumpa untuk berbincang fasal kerja nih.

Ha ha ha. Cam serious jer. Tapi aku pun agree nak jumpa dia.

Dipendekkan lagi cerita, semalam aku sampai la kat The Diorama Art Centre di Central London. Jumpa dia. Ader la orang-orang lain yang datang untuk audition dan aku dengar la diorang menyanyi dalam tu. Lepas tu aku jumpa dia,Cyprus
sembang-sembang dan dia bagitau la fasal kerja tu.

Kat Cyprus (bawah Turki, atas Egypt dalam peta). Kontrak 6 bulan. Aku pun macam bagi respon positif je waktu dia tanya. Dia siap nak arrange untuk 2 bulan sebab aku cakap aku ada exam dan nak kena antar disertasi (assuming yang aku akan buat disertasi dari sana). Penginapan semua diorang tanggung, dan £1000 (7 ribu tu..) sebulan.
Cyprus3

Dipendekkan cerita lagi, keluar jer dari bangunan tu, nak balik ke universiti sebab ada kuliah kul 5 (waktu tu dalam kul 3), aku gelak.  ‘Am… Am. Aper la ko buat ni? Semangat macam nak pergi betul jer’.

Sampai jer kat universiti, baru la aku dapat kesedaran balik (setelah ala-ala terbang sekejap). Aku bagitau Udy fasal benda tu, dan macammana aku tak bercadang untuk amik kerja tu.

Aku tau dah dari awal lagi, yang aku takkan amik kerja tu. Cuma aku saja nak feel, macam mana jumpa talent agent, dan macam mana rasanya berbincang fasal nak buat show yang ada bayaran. For an experience, aku rate ‘ni antara experience menarik yang aku alami’.

Cyprus2
Although then, I told myself, aper la giler punya kerja. Semata-mata nak experience, sanggup turun Central London tuh (Bagi orang London, tempat aku di Zone 6 agak jauh dari Central London (Zone 1). Bukan la disebabkan jarak, sebab dalam 20 minit dah bleh sampai. Tapi sebab tambangnya saja dah £6.70 (off-peak 1 day unlimited travel pass)). Takpe takpe, bukan 1 in a million, 1 in a thousand pun kira boleh laa… [Picture:
Roman ruins overlooking Mediterranean sea
]

[Post kali ini didekasikan kepada Fariz dan Joanna dengan ucapan 'Weh, nyaris-nyaris prediction korang nak menjadi ek' (Rujuk 2008 Predictions (by friend) dan Shahrill yang minat bebenda macam ni]

4 responses so far

Mar 06 2007

Sabar?

Published by flexin-am under Life in UK

Aku tergelak bila fikir. Asal aku tulis fasal bebenda yang tak best terjadi pada diri aku, ader jer kengkawan yang bagi komen, suruh sabar, atau motivasi-motivasi yang seangkatan dengannya.

Takpe la. Bukannya benda tak elok cakap camtu, cuma aku terfikir yang sebenarnya ada jurang perhubungan dalam menyampaikan mesej secara bertulis ni (merujuk kepada blog, email, surat, sms…).

Aku bagi beberapa contoh.

Kes 1:
Seorang kawan datang dan berkata: ‘Aku tension betul la dengan budak tu. Ader ke patut dia tuduh aku bukan-bukan. [cerita disambung]‘

Respon A : Aper dia cakap? Aah, budak tu memang tak berapa bleh pakai pun. Lantak jer dia.

Respon B : Ah, mungkin dia tak bermaksud macam tu. Sabar je.

Kes 2:
‘Aku sedih betul, penat-penat study tapi dapat teruk gak’

Respon A : [Diam]

Respon B : Kadang-kadang sesuatu perkara tu tidak menyebelahi kita. Teruskan berusaha dan jangan mengaku kalah.

[Contoh tamat]

Bagi aku laa, kalau ader orang cakap kat aku camtu, aku tak bagi respon B kot. Cam pelik jer. Respon B tu biasanya diberikan dalam surat/email ataupun dari sesi motivasi.

My point is, kenapa ader perbezaan jawapan hanya kerana medium yang berbeza? Pada telahan aku, mungkin disebabkan kita ada rasa tak selesa bila menulis berbanding bercakap berhadapan. Itu sebabnya bentuk ayat lebih berbudi bahasa.

[Post kali ni merupakan jawapan kepada persoalan aku sendiri: Apsal orang slalu tinggalkan komen2 yang bermotivasi sedangkan kalo sembang2 biasa (dulu), takde la ayat2 camtu pun..]

One response so far

Mar 04 2007

Lapar

Published by flexin-am under Life in UK

Aku masak spageti. 5 minit panaskan dalam kuali. Kalau lama sikit pun takpe sebab dia tak kembang macam mi. Aku pun nak gi amik la kuah spageti segera yang baki semalam. Alilh-alih takde. Aku tengok2 dah kosong dah kat tempat botol kosong. Aku sedih giler sebab bahan takde.

Aku tanya sapa amik aku punya kuah. Takde sapa pun ngaku. Agaknya diorang tak sedar la tu yang kuah tu aku punya sebab aku baru start masak spageti sendiri semalam jer. Aku tak la salahkan diorang sangat, tapi hati ni bengkerk je, bukannya apa, sebab Tesco dah tutup kul 4 petang tadi. Maka aku takleh  la nak gi beli. Spageti dah kembang dalam kuali.

Aku keluar, cari kuah segera macam tu jugak tapi takde kat kedai biasa. Kedai biasa ni kebanyakannya jual makanan-makanan etnik. Aku terjumpak satu perencah. Perencah la, bukan kuah segera untuk spageti.

Balik, aku masak. Dipendekkan cerita, entah apa salahnya, tak
menjadi spageti aku. Bukan saja tak jadi, tapi jugak ‘it taste like feet!!’ (rujuk Friends Season 6). Spageti tu aku tak jamah. Aku buang camtu jer sebab memang dah masuk kategori takleh makan. Rasanya ader la salah aper aku buat dengan perencah tu.

Sebab sepatutnya, kalau tak campur bukan-bukan, tak la masuk kategori takleh dimakan, ye tak. Dah 4 bulan kat sini, tak sedap-tak sedap aku masak pun, tambah gak 2-3 kilo.
Lapar
Aku kuar gi beli burger. Mak aku pesan supaya jangan makan sangat bebenda segera nih (cam burger etc). Tak sihat. Aku separa berseloroh jawab, ‘mak, kalau tak makan bebenda macam tu kat sini, jawabnya tak makan la’. Mana la aku reti masak from scratch. Tau sikit2 tapi limited. Takkan nak mengulang resipi jer, ye tak?

Aku pesan burger spicy bean. Nampak cam sedap. Alih-alih burger vegetarian. Sedap la, tapi tak la kenyang sangat. Ni duk lapar lagi. Aaaaah.

[I'm pathetic, ain't I?]
[Gambar: Baru diamik kejap tadi: Tension sebab lapar!]

3 responses so far

Mar 04 2007

Queue

Published by flexin-am under Life in UK

Aku tengah menunggu queue ni. Turun bawah, tengok2 2 orang housemates aku pun dalam keadaan bertuala gak. Ader orang dalam bilik mandi. Ni la first time aku tunggu queue ala macam kat matrix dulu. Dulu kat matrix, dalam kul 7, pagi atau petang, waktu tu peak hour. Skarang kat sini, takde la pun. Kuliah berbeza, so tak payah la nak rush.

Housemates

Housemates aku adalah medium penyampai terbaik. Asal aku bagitau sorang, semua pakat-pakat tau. Tahir cakap, ‘diorang takde topik yang lebih menarik nak cakap ke?’. Aku gelak jer. Tapi senang gak. Hari tu, performance episode pertama American Idol, kat sini dia gabung Boys Perfomance Day, Girls Performance Day dan Result Show ke satu hari. 5 jam ari tu, aku bagitau sorang jer yang aku nak tengok. Keesokkan harinya, waktu nak turun sorang lagi housemate aku tegur, ‘nak turun tgk American Idol ke?’.

Sekali lagi, aku bagitau kat sorang yang lain pulak yang aku berjaga sampai kul 7 pagi sebab melepak bilik Chris itu hari. Housemate aku yang lagi sorang tegur lepas tu, ‘I heard you stay up until 7′. Aah. Kesimpulan mudahnya, kalo bebenda secret, jangan bagitau, nanti terhebah satu rumah.

Friends

Lepas aku balik dari bilik Chris itu hari, rasa cam tak best jer. Aah, dah rindu balik suasana kat USM dulu. Penuh ngan kengkawan, melepak ramai2. Aku cam tak reti la ngan housemates aku. They are great ppl, tapi mungkin perbezaan budaya membuatkan aku tak brapa boleh nak open.

Ah, David baru je bagitau yang bilik air dah kosong. Tulis sikit lagi.

Hari tu aku lepak kat coffee house lepas focus group discussion Akram, flatmate Chris. Harga coffee kat sini, cikai2 pun sama dengan gi minum kat Starbuck. So, balik Malaysia, for sure aku nak pergi. Pernah gi sekali jer..

Banyak cultural differences rupanya. Kitorang duk bersembang fasal ‘halal’ sebab kawan Akram, sorang Chinese girl dari China tak pernah dengan fasal istilah halal. So kitorang pun menerangkan la daging halal dan tak, aper yang bleh dimakan dan tak. Berminat gak diorang dengar fasal nih. Masuk gak la tajuk-tajuk ketuhanan. Aku tak tau la plak yang diorang open untuk cakap fasal hal-hal ni.

See you later

Aku mengulang lagi, seperti biasa setiap budaya ada ‘kata sapaan’. Kalau aku jumpa kengkawan kat Malaysia, aku cakap, ‘wei, buat apa’. Kat sini orang selalu tanya, ‘how are you doing?’, ataupun ‘you are alright?’. Dan kebiasannya bila nak blah, kita cakap, ’see you’. Aku pun cam dah terbiasa la.

Aku cakap kat Chris sebelum aku blah itu hari, ’see you later’. Ian, salah seorang coursemate aku yang lahir 1 hari selepas aku,juga dari Germany macam Chris, pun ada kat situ. Alih-alih Chris menerangkan dengan panjang lebar, yang mungkin dia tak jumpa aku kot lepas tu, sebab dia assume yang aku bercadang jumpa dia kat library. Aku dan Ian la yang menerangkan yang itu sekadar ayat cliche jer. Tak perlu membawa apa-apa maksud mendalam.

Okey, nak gi mandi!!

Chris dan Ian bagitau aku yang kalau kat Germany, kalau cakap camtu, memang diorang maksudkan.

Oh ye ke? Aku terfikir sekarang, kalo orang kita ajak-ajak ayam waktu makan (ala, kan ke selalu camtu), maka bersedialah untuk share kalo berjumpa dengan orang Jerman:)

One response so far

Mar 01 2007

5 bulan

Published by flexin-am under Life in UK

Heh, 5 bulan dah kat sini. Kalau ditanya bagaimana perasaan aku setelah 5 bulan di sini? Jawapannya tetap sama, umpama menaiki roller coaster. Sekejap di atas, sekejap perlahan, sekejap laju.

Secara umumnya, hidup di sini mengajar aku untuk mengenali diri sendiri dan menghargai setiap detik yang ada dalam hidup.

Islam

Aku mengulang lagi point nih. Bukannya apa, di tempat yang tak banyak orang, aku dapati, persamaan agama memudahkan aku mendekati seseorang. Semalam aku gi bilik Chris. Alih alih nampak dia punya flatmates (diorang satu bilik, satu orang) tengah solat. So, aku terus tegur budak tu dan mintak tumpang solat dalam bilik dia. Padahal kalau kat USM, mampus la tak buat macam tu. Tapi entah, lain kot kat sini. Bila kita minoriti, kita tak kisah sangat.

Dan aku terkejut dengan Chris. Banyak betul pengetahuan dia fasal Islam. Memandangkan dia dari German, dan bukannya banyak pun orang Islam kat situ, aku ingatkan dia tak berapa tahu sangat fasal tu. Sekali alih-alih, siap boleh sebut ‘Alhamdulillah’ lagi. Abis makan jer dia sebut. Terasa malu sedikit memikirkan yang aku orang Islam ni pun selalunya tak sebut kecuali bila terbelahak.

Tak kisah la kan. Kalau dapat hidayah, mana la tahu.

Fun

Semalam aku tido kat bilik Chris. Diorang ada birthday party flatmates dia, Akram. Dia punya aras ada la dalam 10 orang. 4-5 orang tu Islam. Tu sebab dia cam tahu banyak gak fasal Islam nih.

Flatmates dia dari India, Pakistan, Mauritius, Grecce…. Seronok gak aku melepak dengan diorang sebab diorang ni style bising. Mungkin gaya tu agak sama dengan orang-orang Malaysia. So terhibur la aku. Pagi tadi pukul 7 baru tido. Pukul 1 bangun. Gi kuliah kul 3-4, dan kul 4-5 gi discussion bebudak marketing. Diorang buat kajian fokus dan interview kitorang. The birthday boy, Akram la yang memula ajak Chris. Aku dengan tidak malunya menawarkan diri untuk diinterview. Bukan apa, salah satu benda yang bleh buat aku happy (excited) ialah dengan memaksa diri aku berfikir secara kreatif. Selalunya melalui debat la.

Aku cadang nak gi lagi la melepak dgn flatmates Chris lepas nih.

Kesimpulan

Kerisauan aku fasal study hilang sama sekali. Bukannya sebab dah abis study, tapi disebabkan aku dapat distract diri aku dari risau terlalu banyak.

Aku duk fikir-fikir, tu la sebabnya aku duk tension jer. Sebab tak dapat nak salurkan tension ke tempat yang betul. Walaupun aku agak antisosial kadangkala, tapi aku perlu la ada orang kat sekeliling yang aku rasa selesa. Kalau tak aku rasa sunyi, bosan, tertekan dan sewaktu dengannya. Aku cakap macam tu kat Aftab, salah seorang flatmates Chris dari Pakistan. Dia cakap, ‘you need to get married then!’ Well…

Dah 5 bulan aku kat sini. Kalau mengikut kalendarnya, dalam bulan 9, balik la aku ke Malaysia. Kalau kat KMPP dulu, aku mula enjoy matrix life selepas 9 minggu aku kat sana. Tak tau la kot2 ni titik tanda untuk aku mula enjoy life kat sini. Kalau dulu, aku sedih giler nak abis KMPP, rasa macam taknak keluar jer, nak lepak situ ngan kengkawan (walaupun aku balik umah hampir setiap minggu), harap-harap tak rasa tak nak balik Malaysia udah…

No responses yet

« Prev