Archive for April, 2007

Apr 30 2007

1 down, 3 more to go

Published by flexin-am under Life in UK

First paper aku pagi tadi.

Amazing Race

Semalam, aku mimpi best. Mimpi dapat masuk Amazing Race. Siap dalam game lagi. Aku tak kenal pun partner aku. Memula kitorang kena gi satu rumah untuk dapatkan clue. Sebelum dapatkan clue kena makan dulu kuih raya. Lepas tu, kitorang sampai kat satu cluebox. Amik cluebox, nampak macam banyak jer lagi sampul surat - kiranya banyak lagi la team lain yang dibelakang.
Arahan Detour - tempatnya kat sekolah tamil apa ntah. Pilihan sama ada nak kena ajar menyanyi (senarai lagu cam dalam Bahasa Tamil) atau ajar menari kat bebudak sekolah (aper punya Detour ntah). Tapi aku macam ada problem nak ke sekolah tu sebab teksi takder. Frust giler (walaupun dalam mimpi). Last-last sampai satu teksi, kitorang naik dengan sau lagi team lain, just nak suruh hantar sampai stesen LRT mana ntah (baru la aku tau lokasi game tu kat Malaysia). Teksi ni pun lembab semacam jer. Dia siap nak masuk menghantar lagi orang lain (sbb ada orang lain jugak dalam teksi tu. Kitorang tahan jugak sbb takde choice (Macam teksi KL nak berhenti jer kalo ada orang ek)). Tension sbb rasa macam dah ketinggalan di belakang, aku pun terjaga. Tak sempat tahu kena eliminate ke tak.

Sebelum Exam

Kembali ke dunia nyata, petang kelmarin, aku pun pergi ke bilik Chris. Kitorang (aku, Tahir, Udy dan Chris) buat discussion dalam bilik dia sbb library penuh dan kat sini takde kafe-kafe macam kat USM yang bleh melepak utk study.
Aku dan Tahir bermalam kat bilik Chris. Reason aku ialah sbb aku taknak tergesa-gesa bergerak dari rumah, dan taknak fail di atas reason - terlajak tido. Tak ke nanti menyesal seumur hidup tu. Reason Tahir plak sbb rumah dia jauh. Kena amik sejam lebih nak sampai naik kereta.

Kul 12 aku dah mula mengantuk dan dah mula tido atas katil. Chris dan Tahir masih lagi duk study. 2-3 kali jugak la aku terjaga nampak diorang duk study. Last-last bila aku nampak diorang cam dah bersedia nak tido, dan aku bangun nak gi toilet jap, diorang bagitau yang dah pukul 5. Boleh jer laa berjaga sampai kul 5 ada exam 9.30 pagi.

Sambung tido balik, mak aku kejut kul 8.30. Ahaks, bleh tak, duk kat UK, bila exam pun nak kena suruh mak kejut lagi. Ha ha.

Exam

Paper hari ni merupakan paper paling mudah dari ke4-4 paper yang aku amik. Assignment dia tak mudah la sebab aku cam nak pecah kepala kena buat. Tapi exam dia soalan Matlab lebih kurang. 33 minit sebelum masa tamat, aku blah keluar. Rasa macam dah habis, malas la plak nak tunggu tak buat apa. 30 minit sebelum masa tamat dah tak dibenarkan keluar pulak.

Aku gi bank, PostGrad School, Maths School pastu gi pulak kat dewan exam sbb barang-barang aku dalam bilik Chris. Satu je aku tak berkenan dengan attitude diorang nih. Suka sangat menyemak dan berbincang lepas exam. Jan siap balik bilik Chris, taip lagi dalam Matlab nak check dia punya jawapan betul ke salah.

Tahir dan Chris nak beli makanan dalam kampus, aku chow naik basikal balik rumah. Tak bleh laa. Diorang still berbincang lagi fasal exam yang dah lepas.

Bukannya apa, aku fikir mudah jer, kalau semak jawapan dengan kengkawan, pastu tetiba didapati yang jawapan tu salah, maka mulalah rasa menyesal, gundah gulana dan geram. So aku amik jalan mudah, balik rumah dan makan. Nak take a nap dah tak sempat. Tido awal jer la ari ni…

One response so far

Apr 28 2007

Summer Sunshine

Published by flexin-am under Uncategorized

This post is specially dedicated to my friend, ‘…’.

Menyanyi-nyanyi aku sambil mengayuh basikal. Pukul 3 lebih, cuaca macam waktu pukul 5.45 petang kat Malaysia kepanasannya, tapi angin bertiup sentiasa umpama melepak kat Tasik Harapan.

Cumanya aku tergelak sedikit dalam perjalanan. Agaknya disebabkan ke’perak’an diorang terhadap cuaca panas, aku dapat lihat 2 orang driver memandu dengan tidak berbaju dalam 15 minit perjalanan aku. Seorang lelaki berjalan selamber je melintas jalan tanpa berbaju.

Sampai di universiti, 3-4 kumpulan lelaki dan perempuan berbaring-baring atas rumput. Sunbathing la tu kononya.

Nak amik gambar, nanti nampak cam aku pulak yang ‘perak’. So…

But to my specially dedicated friend, ‘you are gonna see more of this yourself when you are here. So maybe that is the training session:). You know what I meant:))’

2 responses so far

Apr 27 2007

Summer

Published by flexin-am under Life in UK

Khabarnya suhu minggu lepas lebih tinggi dari sekarang nih. Tak kisah la. Sekurang-kurangnya, dua hari lepas aku gi Tesco, baju tak pakai 2-3 lapis macam sebelum ni. Sehelai tapi masih bleh stand sejuk tu.

The atmosphere is unbelievable. Nampak ala-ala pukul 6.30, padahal dah dekat pukul 8 malam. Subuh akan menganjak sehingga jam 2.29 pada 1 Jun, terbit matahari pukul 4.51 (Subuh dua jam lebih) dan Maghrib pukul 9.09 malam.  Balik dari universiti tadi, dalam kul 9 pun, masih belum gelap sepenuhnya (sekarang Maghrib 8.19).

Rambut

Cadangnya balik Malaysia itu hari nak potong rambut. Tapi tetiba terasa cam malas plak. Tahun lepas dah botak kepala. So, tahun ni cadang nak simpan plak la. Try tengok sampai mana baru rasa rimas.

Ian, coursemate aku cakap, maksudnya, ‘laa. dah nak musim panas baru nak simpan rambut‘. Merujuk pada musim sejuk sesuai biar rambut panjang la kot, selaras dengan teori Fariz (x-KMPP, x-roommate) yang mengatakan ‘simpan jambang untuk menyerap haba‘. Tapi Ian menjawab balik persoalan dia sendiri, ‘tapi panas-panas kat sini, still la tak panas macam kat Malaysia‘. Senang kerja aku.

Okey jer rambut panjang. Bukanla rasa apa pun. Kalau angin bertiup dari depan, ala-ala beralun la cam dalam video clip bila diorang buh kipas angin kat depan tuh. Kalo angin bertiup dari tepi, serabai laaa. Ha ha.

Soalan

Aku teringat la pula bersembang dengan Ness, chinese girl yang seat sebelah aku dalam Sri Lankans Airlines dari Heathrow - Colombo - KLIA itu hari. Dia cerita la fasal dia pernah jumpa sorang pak cik Londonrumah004

waktu kat
Malaysia (parents dia asal Malaysia, tapi mmg dari lahir sampai besar
kat UK dan UK citizenship), pak cik tu tanya macam-macam soalan. Salah satunya tanya dia dah kahwin ke belum, etc.

Dengan bersangka baik yang pak cik tu tidak berniat untuk mengorat, maka aku gelak sebab mengingatkan Issei (NFU Jepun) dan aku pun pernah berbincang perkara yang sama.

Aku cakap kat Ness, ‘orang Malaysia memang suka tanya soalan-soalan macam tu’.

Aku balik ari tu pun kena camtu gak. Dah agaknya balik lama sekali, maka taburan soalan tu pun menumpu jer. Sampai-sampai kat KLIA itu hari, berjumpa dengan pensyarah-pensyarah KMPP yang kebetulan balik dari kursus kat Negeri Sembilan, Ustaz Azman dengan nada separuh serius separuh melawak tanya sama ada aku dah ada atau belum. Rumah050

Pastu balik kampung, jumpa famili, kak caq aku cakap benda yang sama. Waktu ade makan-makan famili (famili belah mak aku dan belah ayah aku - ayah aku ada 7-8 adik beradik (bilangan terlupa, sori ek)), mak njang aku cakap, ‘ha… lain kali kalau ada kenduri lagi, kenduri besar la pulak kot‘.

Aah. Aku kalau orang cakap benda-benda camni straight to my face, memang lidah kelu seribu bahasa. Mana la aku open sembang-sembang fasal ni, kecuali dengan kengkawan rapat atau dalam blog (Dalam blog sebab tak nampak muka korang).

Kak aku pun ada sembang sikit dalam kereta waktu balik dari menghantar dia exam kat USM itu hari pun aku rasa janggal semacam jer. Aku separuh berseloroh separuh serius bercakap kat family aku. Kalau aku nak cari, nak cari yang bleh dibawak apply Amazing Race Asia. Supaya kalo dapat, nanti kat skrin ditulis laa - Amri and …., Newlywed. Ha ha ha…

End

Pumpkin Race 3 punya laman web - Click Here
http://www.solarstreak.com/pumpkinrace3

2 responses so far

Apr 26 2007

No Title

Published by flexin-am under Life in UK

Baru balik dari Tesco. Nak lunch sekejap lagi. Cuaca kat sini mengingatkan aku pada Jepun dulu (Dulu aku gi Jepun, tahun 2004, under USM International programme). Tak terlalu sejuk dan tak la panas sangat. Walaupun kawan-kawan aku cakap, minggu lepas suhu atas 20 darjah, dan suhu sekarang dalam 15 darjah sahaja, tapi aku rasa yang cuaca macam ni sangat mendamaikan. Ala-ala ada mood romantik (figure of speech, never really meant it literally).

Pukul 12 semalam, aku hantar mesej kat Tahir.
‘Knock2. Guess who? It’s the sleeper. The sleeper who? The sleeper who thought he was having a short nap but BAM, 5 hours later at 11.21p.m, he woke up:))’

Petang semalam, Jan(pronounced as Ian. Rujuk Road Trip: Eurotrip) tanya aku, ‘So, have you adjust your biological clock?’. Aku dengan konfidennya, tanpa sebarang perasaan riak atau perasan diri bagus menjawab, ‘Emm.. okay kot’ (maksud terjemahan). Rasanya macam boleh jer adjust dengan persekitaran.

Rupa-rupanya jangkaan aku agak meleset. Aku cam dah ngntuk dah menjelang pukul 5. Cadang nak balik rumah take a nap, tapi rasa hati nak join Tahir study. So, aku melepak la sekejap kat bilik Chris.

Tapinya, diorang duk study, aku masuk melengkar bawah duvet. Cuaca ala sejuk-sejuk - rasa sedap betul + tilam katil Chris lagi lembut dari tilam katil rumah aku (seperti tilam aku yang lebih lembut waktu kat KMPP dulu berbanding tilam Fariz, Spider dan Ali). Aku macam susah nak tido mula-mula.

Tapi tup tup bila sedar, aah, dah 5 jam seterusnya. Aku terjaga, nampak Chris duk study di bawah lampu meja. Aah, dia tak buka lampu besar. Ah, ini sah la tak nama short nap. Tu tidur panjang namanya.

Aku balik rumah, sampai kat kedai pizza halal lagi 15 minit sbelum tutup. Malam semalam aku makan pizza la nampaknya…

(Pukul 5 petang kat sini bersamaan 12 malam di Malaysia)

2 responses so far

Apr 24 2007

Another new life

Published by flexin-am under Life in UK

Heh. So-called new la. Padahal dah duk sini 6 bulan.

Dalam kul 3.10 pagi waktu Malaysia, aku pun sampai Heathrow Airport. Cumanya kali ini, tidaklah terasa janggal sangat apabila mendengar suara akak kat kaunter Passport Control duk bertanya sorang foreigner nih dengan pelat dia. Sekurang-kurangnya, aku faham la apa yang dia kata. Dulu first time sampai, memang ala-ala tak faham sikit. Pelat diorang yang berbeza terus membuatkan rasa cam IELTS mahupun MUET yang diambil cam tak membantu jer. Figurative speaking.

Suhu dalam 19 darjah, dengan badan yang rasa cam melekat sebab atas flight sentiasa siang (sbb terbang ke barat), maka aku rasa cuaca kali ini sangat welcoming. Macam suhu yang sesuai untuk lepak kat Khalil malam2. Aku pun rasa lebih bermotivasi datang kali ini. At least cuti 3 minggu aku banyak membantu la. Itu la, waktu datang dulu, aku sibuk menguruskan prosedur ini itu - BTN, Visa, amik duit, buka akaun bank, sah ini, sah itu - sampai seminggu sebelum fly. Maka motivasi tidak berada di puncak.

Sekarang, sekurang-kurangnya aku rasa okey laa.

2 responses so far

Apr 23 2007

Balik UK

Published by flexin-am under All About Me

Pukul 12.24 pagi. Sekejap lagi dalam pukul 3 4 pagi, nak bangun balik. Flight pukul 6.45 dari Penang. Sampai kat Heathrow Airport pukul 8.25 malam, bersamaan 3.25 pagi waktu Malaysia. Kiranya perjalanan aku ni mengambil masa 24 jam lah jugak. Sebabnya, transit kat Colombo pun dah 3 jam.

Perjalanan yang meletihkan nih pastinya rasa macam mimpi jer. Hari tu, bila balik sini, rasa pelik jer, duk biasa sejuk 5-6 bulan, sampai2 sini panas. Ni pun sama la rasanya bila ke UK balik. Cumanya, aku surf2 laman cuaca, cakap yang suhu kat sana dalam selang 10 - 20 darjah celcius. Kira sedap la tu.

Tengok time solat plak. Maghrib masuk 8.12 malam. Isyak 10.20. So sempat benar untuk balik solat kat rumah esok. Takyah la nak kalut apa-apa.

Cuti 3 minggu aku kat sini memang terisi. Sempat cover untuk 2 subjek. So kira okey la tu.

Yang paling penting, motivasi aku direstore balik. Rasa lebih bersemangat pula untuk balik menjawab peperiksaan. Kalau korang mengikuti blog aku, korang tahulah betapa downnya aku kat sana.

Sekarang aku aku masih lagi men’transfer’ video Pumpkin Race ari tu dari format tape ke format digital. Cadangnya, senang-senang nak edit kat sana.

So, if you read this blog while I’m in the flight, just pray for safety eh:)

3 responses so far

Apr 21 2007

Kalis Cinta

Published by flexin-am under Television

    Semalam aku menonton drama di TV3. Tajuknya Kalis Cinta. Unsur komedi menarik sedikit perhatian aku manakala unsur mesej-mesej bukan-bukan menarik aku untuk menulis sedikit dalam blog.

Kisahnya mudah. Oleh kerana wasiat ibu mereka yang tidak membenarkan si adik berkahwin selagi mana si kakak tidak berkahwin, maka si adik mencarikan si kakak, seorang yang dilihat sebagai ’singa betina’, seorang suami yang dikontrakkan selama 40 hari di mana si kakak perlu tinggal bersama suami tersebut di rumahnya.

Tup, dalam satu ayat, aku pasti ada pembaca yang sudah tidak senang membaca sinopsis ringkas aku.

Satu. Aku bertanya spontan kepada ayah aku. Boleh ke wasiat macam tu? Ayah aku cakap, wasiat ni sepatutnya pesanan terhadap hak kita. Rumah, tanah atau duit. Aku gelak lepas tu memikirkan yang skrip cerita ni berkisarkan fasal seorang ibu yang membuat pesanan sebegitu rupa. Kalau ikutnya tidak sahlah wasiat tersebut disebabkan mengharamkan benda yang halal, ye tak. Ayah aku menambah lagi, kalau wasiat tu berbentuk pesanan atau nasihat, boleh jugak. Aah, yang pentingnya wasiat dalam cerita tu tak valid. Tapi pelakon-pelakonnya bukan main serius lagi. Penuh penghayatanlah kononya tu.

Kedua, kahwin kontrak. Ni aper punya konsep senang-senang hati masukkan dalam drama? Macam boleh jer.

Aku terkedu seketika mengenangkan kandungan cerita ni. Cerita ini sepatutnya di’banned’. Bila sesetengah cerita dipotong atau disekat, mulalah timbul komen-komen mengatakan menyekat kreativiti atau apalah. Sedangkan kalau betul-betul kreatif, boleh saja kandungan sebegini diubah supaya sesuai dengan norma dan agama. Misal dalam cerita tadi, boleh saja ubah cerita fasal ibu bapa yang terlalu tidak mahu anak langkah bendul, anak kerana tidak mahu bertengkar dengan ibu bapanya walaupun tahu fahaman ibu bapa tersebut salah. Dan boleh saja ubah kandungan ‘kahwin kontrak’ tersebut. Tiadalah masalah.

Ini, bukan sahaja kandungan yang aku sebutkan tadi sudah bercanggah, lafaz cerai pun dikeluarkan sesuka hati (sebut ’sesuka hati’ itu dengan penuh gaya).

6 responses so far

Apr 21 2007

Senarai Makanan yang dimakan di Malaysia

Published by flexin-am under All About Me

Terlebih dahulu, perlu diingatkan kepada diri sendiri akan rezeki yang dikurniakan olehNya sehingga dapat peluang, ruang dan duit untuk makan bebenda nih. Alhamdulillah.

So 2 hari lagi nak balik. Makanan-makanan yang duk mengidam dapatlah dipenuhi sedikit sebanyak. The list go on like this (tertakluk kepada makanan favourite sahaja)

Makanan mak masak:

1. Ayam masak pedas
2. Nasi daging
3. Mi goreng
4. Cucur udang
5. Pulut dengan bilis goreng + sambal
6. Mi kari
7. Ikan sumbat
8. Ikan masam manis

Makanan luar

1. Pizza Hut
2. KFC
3. Secret Recipe
4. Baskin Robbin (first time makan kat kedai dia)
5. Khalil
6. Nasi lemak Subaidah

Okay la kiranya walaupun no 2 - no 6 dimakan dalam tempoh 2 hari sewaktu pergi USM itu hari.

So, start Selasa nih, menu aku akan berubah balik la kepada menu lama. Ah.. okey jer. Janji kenyang..

(List akan ditambah jika didapati terlupa)

One response so far

Apr 19 2007

Ayat Panas

Published by flexin-am under All About Me

4 hari lagi, aku akan balik ke UK. Disebabkan balik ke sana ni dah ader semua benda kat sana, dan bukannya macam 1st time sampai dulu, aku tak la kisah sangat. I am enjoying my time in Malaysia, but I guess, the reason I can feel the way I did is because I realize how this time is limited, hence making the experience becomes more meaningful.

USM

Selasa 2 hari lepas, aku gi USM. Melepak dengan kengkawan sambil mengenjoy makanan-makanan yang ada. Rabu petang jumpa Dekan sekejap. Mintak semangat (ala-ala bomoh pulak).

Ayat Panas

Seperti biasa di Malaysia, cuaca panas. Baru la aku rasa nak tahu apa suhu kat Malaysia nih. 30 darjah celcius lebih kurang. Dulu mana peduli. Dari kecik sampai besar, lebih kurang macam tu jer.

Maka aku telah mengenal pasti ayat-ayat keluhan kepanasan yang dibenarkan oleh budaya tempatan.

Contoh ayat yang dibenarkan:

Ketika dalam pukul 4, lepas tutup aircond kereta bercakap : Ei… panasnya kat luar

Contoh ayat yang tidak dibenarkan a.k.a ayat muntah:

Memula aku cakap kat kak aku, pastu aku mengulang kat beberapa orang bertujuan untuk melawak: Cepat letih laa kat sini, cuaca panas sangat!

Tak adil betul. Aku tahu laa aku dah duk kat Malaysia sebelum ni lebih 95% dari kehidupan aku, tapi kalau tetiba cakap ‘panas’ sikit, takkan tak bleh kot. Sepanjang enam bulan, suhu kat UK kurang dari 15 darjah Celcius, separuh dari Malaysia tuh,

Tapi tak kisahla. Lengan aku dah mula ‘tan’ sikit. Hari tu, balik-balik orang duk tegur gak yang kulit cerah sikit, dah berjemur buat Pumpkin Race, tan la sikit. Tapi aku cakap kat Tahir itu hari, dan still dengan pendapat yang sama, ‘I rather live in a place with hot weather and have darker skin (merujuk kepada lengan aku yang berbelang sebab sunburn) than my skin turn fairer in this cold weather…’

3 responses so far

Apr 14 2007

Pumpkin Report Day 2

Published by flexin-am under All About Me

Day 2 finished today.

So what happened? 7 team datang. Nasib baik semua okey jer walaupun semuanya kena hujan semalam. Aku pagi tadi sakit kerongkong, waktu sampai sekolah cam dah hilang, dan sekarang dah terasa balik. Kebiasannya aku akan jatuh sakit sehari dua lepas projek macam ni habis. Puas me’renggah’ suara.

Tahun ni aku tak dapat ingat nama kumpulan. Assign nama team dengan nama haiwan cam piranha, alligator etc. So, aku tak dapat relate sangat dengan diorang. Tahun lepas bagi nama ikut characteristic cam peminat Japan anime, All-girls, All-boys etc.

Pr3_crew Akhirnya lebih kurang kul 6, kitorang pun abis. Aku tak cerita la game kat sini sebab basically sama jer cam tahun lepas2. Cumanya, aku buat syarat, macam dalam Explorace tu, kalau sampai kat pitstop, kena bagi kad-kad yang dikumpulkan dari tempat task.

Tahun ni agak banyak la team yang buat kesilapan. Satu team awal-awal lagi dah terlupa, tapi disebabkan team lain belum sampai, maka tak la tersingkir. Satu kali lagi waktu pusingan Final 4. Disebabkan tu, team yang patutnya no 3, jatuh ke tangga 4 dan tersingkir.

Tak abis kat situ, waktu final pun, team no 2 terjatuhkan kad tu di tengah jalan, tapi still bleh check in la.
Pr3_task
Nangis-nangis? Macam biasa, ader…. Tengah-tengah game Final 4, satu girl tu siap nangis-nangis waktu challenge sebab dah terasa nak tersingkir.

Crew tahun ni (gambar, diorang pakai baju merah; aku ngan Mahadi kebetulan pakai baju merah gak) bagus dan efficient. Smooth jer kerja. Kak aku peringat, ‘lepas ni, tolong kemaskan newspaper kat sana ek’, diorang balas, ‘dah siap kemas dah’. So, aku takde la tension lebih2, dan dapat la enjoy the whole race.

Aku dah siap plan nak buat The Mole plak utk crew2 lepas abih bulan 9. Cumanya Season 2 dan 3 pun tak abis edit lagi, entah la camner….

One response so far

Next »