Apr 21 2007
Kalis Cinta
Semalam aku menonton drama di TV3. Tajuknya Kalis Cinta. Unsur komedi menarik sedikit perhatian aku manakala unsur mesej-mesej bukan-bukan menarik aku untuk menulis sedikit dalam blog.
Kisahnya mudah. Oleh kerana wasiat ibu mereka yang tidak membenarkan si adik berkahwin selagi mana si kakak tidak berkahwin, maka si adik mencarikan si kakak, seorang yang dilihat sebagai ’singa betina’, seorang suami yang dikontrakkan selama 40 hari di mana si kakak perlu tinggal bersama suami tersebut di rumahnya.
Tup, dalam satu ayat, aku pasti ada pembaca yang sudah tidak senang membaca sinopsis ringkas aku.
Satu. Aku bertanya spontan kepada ayah aku. Boleh ke wasiat macam tu? Ayah aku cakap, wasiat ni sepatutnya pesanan terhadap hak kita. Rumah, tanah atau duit. Aku gelak lepas tu memikirkan yang skrip cerita ni berkisarkan fasal seorang ibu yang membuat pesanan sebegitu rupa. Kalau ikutnya tidak sahlah wasiat tersebut disebabkan mengharamkan benda yang halal, ye tak. Ayah aku menambah lagi, kalau wasiat tu berbentuk pesanan atau nasihat, boleh jugak. Aah, yang pentingnya wasiat dalam cerita tu tak valid. Tapi pelakon-pelakonnya bukan main serius lagi. Penuh penghayatanlah kononya tu.
Kedua, kahwin kontrak. Ni aper punya konsep senang-senang hati masukkan dalam drama? Macam boleh jer.
Aku terkedu seketika mengenangkan kandungan cerita ni. Cerita ini sepatutnya di’banned’. Bila sesetengah cerita dipotong atau disekat, mulalah timbul komen-komen mengatakan menyekat kreativiti atau apalah. Sedangkan kalau betul-betul kreatif, boleh saja kandungan sebegini diubah supaya sesuai dengan norma dan agama. Misal dalam cerita tadi, boleh saja ubah cerita fasal ibu bapa yang terlalu tidak mahu anak langkah bendul, anak kerana tidak mahu bertengkar dengan ibu bapanya walaupun tahu fahaman ibu bapa tersebut salah. Dan boleh saja ubah kandungan ‘kahwin kontrak’ tersebut. Tiadalah masalah.
Ini, bukan sahaja kandungan yang aku sebutkan tadi sudah bercanggah, lafaz cerai pun dikeluarkan sesuka hati (sebut ’sesuka hati’ itu dengan penuh gaya).
true am
oh..kawin kontrak ni mesti tiru org Korea nyer cerita..ceih, x kena budaya tui =.=”
oh..kawin kontrak ni mesti tiru org Korea nyer cerita..ceih, x kena budaya tui =.=”
oh..kawin kontrak ni mesti tiru org Korea nyer cerita..ceih, x kena budaya tui =.=”
uh-oh..error in friendster, sorry~
hmmm…masalah..dalam fahaman hukum hakam…biasala…kadang ada yg faham pun..buat-buat tak faham pulak…tak tahu la..apa nak jadi..