Apr 26 2007

No Title

Published by flexin-am at 7:29 am under Life in UK

Baru balik dari Tesco. Nak lunch sekejap lagi. Cuaca kat sini mengingatkan aku pada Jepun dulu (Dulu aku gi Jepun, tahun 2004, under USM International programme). Tak terlalu sejuk dan tak la panas sangat. Walaupun kawan-kawan aku cakap, minggu lepas suhu atas 20 darjah, dan suhu sekarang dalam 15 darjah sahaja, tapi aku rasa yang cuaca macam ni sangat mendamaikan. Ala-ala ada mood romantik (figure of speech, never really meant it literally).

Pukul 12 semalam, aku hantar mesej kat Tahir.
‘Knock2. Guess who? It’s the sleeper. The sleeper who? The sleeper who thought he was having a short nap but BAM, 5 hours later at 11.21p.m, he woke up:))’

Petang semalam, Jan(pronounced as Ian. Rujuk Road Trip: Eurotrip) tanya aku, ‘So, have you adjust your biological clock?’. Aku dengan konfidennya, tanpa sebarang perasaan riak atau perasan diri bagus menjawab, ‘Emm.. okay kot’ (maksud terjemahan). Rasanya macam boleh jer adjust dengan persekitaran.

Rupa-rupanya jangkaan aku agak meleset. Aku cam dah ngntuk dah menjelang pukul 5. Cadang nak balik rumah take a nap, tapi rasa hati nak join Tahir study. So, aku melepak la sekejap kat bilik Chris.

Tapinya, diorang duk study, aku masuk melengkar bawah duvet. Cuaca ala sejuk-sejuk - rasa sedap betul + tilam katil Chris lagi lembut dari tilam katil rumah aku (seperti tilam aku yang lebih lembut waktu kat KMPP dulu berbanding tilam Fariz, Spider dan Ali). Aku macam susah nak tido mula-mula.

Tapi tup tup bila sedar, aah, dah 5 jam seterusnya. Aku terjaga, nampak Chris duk study di bawah lampu meja. Aah, dia tak buka lampu besar. Ah, ini sah la tak nama short nap. Tu tidur panjang namanya.

Aku balik rumah, sampai kat kedai pizza halal lagi 15 minit sbelum tutup. Malam semalam aku makan pizza la nampaknya…

(Pukul 5 petang kat sini bersamaan 12 malam di Malaysia)




2 Responses to “No Title”

  1.   ainhadhiraon 27 Apr 2007 at 11:51 am

    eh balik malaysia and back in uk already?my god..sooo sorry..i was too caught up with end of sem assignments so dh lama tk bukak ur blog. nk blnja u mkn as a token of gatitude..well gez too late now.kalo ckp nk blk i’d have ordered two sacks of FCUK stuffs from u ;)smart ey? btw, i dun really get ur ‘reality show’.sounds awesome n am wondering if it is applicable in school?u know make lessons more interesting?u’r one hell of a talented guy.use it!n gluck in adjusting ur biological clock..but if u cant, use ‘jet lag’ as an excuse. been there done that, sucks sometimes but a defense mechanism nonetheless when u feel so low u juz dun wanna do anything academic.there…my piece of advice.

  2.   Mohd Farizon 29 Apr 2007 at 1:33 am

    Wow..katil ang lagi lembut ker?? I didn’t realize that..

Comments RSS

Leave a Reply