Apr 13 2007
Pumpkin Report Day 1
Kul 5.43 pagi. Day 1 of Pumpkin Race 3 ended yesterday. Aku balik keletihan, dan tido dari kul 9 dan bangun pukul 3 pagi. Makan sambil tengok American Idol yang habis didownload semalam.
Sekarang, aku tengah menyambung sedikit lagi bebenda last minute yang tak habis buat. Kejap lagi, dalam kul 8, 7 team akan start berkumpul dan the real race will begin.
Aku pecah kepala semalam. Disebabkan masa yang suntuk, aku terpaksa berkejar-kejar untuk habiskan game.
Start jer game ke 6 iaitu game last, dah lewat, dalam kul 6, hujan turun dengan lebatnya di Bukit Hijau. Gamenya mudah jer, bebudak tu kena cari kad yang berlabel Pumpkin Race berdasarkan klu yang diberi. Maka diorang pun meredah la hujan.
Last-last aku buat pengumuman penyingkiran (selepas jer Game ke 6) dalam hujan. Ala-ala dramatik. Duduk sebaris panjang cam dalam American Idol, suruh 1 demi 1 team berdiri dan bagitau diorang layak ke pusingan seterusnya (ari ni) atau tidak.
Kesian gak aku tengok bebudak tu. Ader yang dah masuk kali kedua, dan untuk kedua-dua tahun, tak dapat nak masuk 2nd day. Ada yang shine giler tahun lepas, tapi tersingkir awal tahun ni. Team All Girls, siap menangis lagi sebelum Game 4. Sebab diorang cam tertekan disebabkan berada dalam rank bawah.
Aaah, dramatik. If you wanna see the worst side of me, shouting chaoticly like no other day, perhaps you should come to see me on these days. I just hope today will get smooth, although there is still some few things to be finished.
5.51am. Sign out!

