Apr 27 2007

Summer

Published by flexin-am at 6:46 pm under Life in UK

Khabarnya suhu minggu lepas lebih tinggi dari sekarang nih. Tak kisah la. Sekurang-kurangnya, dua hari lepas aku gi Tesco, baju tak pakai 2-3 lapis macam sebelum ni. Sehelai tapi masih bleh stand sejuk tu.

The atmosphere is unbelievable. Nampak ala-ala pukul 6.30, padahal dah dekat pukul 8 malam. Subuh akan menganjak sehingga jam 2.29 pada 1 Jun, terbit matahari pukul 4.51 (Subuh dua jam lebih) dan Maghrib pukul 9.09 malam.  Balik dari universiti tadi, dalam kul 9 pun, masih belum gelap sepenuhnya (sekarang Maghrib 8.19).

Rambut

Cadangnya balik Malaysia itu hari nak potong rambut. Tapi tetiba terasa cam malas plak. Tahun lepas dah botak kepala. So, tahun ni cadang nak simpan plak la. Try tengok sampai mana baru rasa rimas.

Ian, coursemate aku cakap, maksudnya, ‘laa. dah nak musim panas baru nak simpan rambut‘. Merujuk pada musim sejuk sesuai biar rambut panjang la kot, selaras dengan teori Fariz (x-KMPP, x-roommate) yang mengatakan ‘simpan jambang untuk menyerap haba‘. Tapi Ian menjawab balik persoalan dia sendiri, ‘tapi panas-panas kat sini, still la tak panas macam kat Malaysia‘. Senang kerja aku.

Okey jer rambut panjang. Bukanla rasa apa pun. Kalau angin bertiup dari depan, ala-ala beralun la cam dalam video clip bila diorang buh kipas angin kat depan tuh. Kalo angin bertiup dari tepi, serabai laaa. Ha ha.

Soalan

Aku teringat la pula bersembang dengan Ness, chinese girl yang seat sebelah aku dalam Sri Lankans Airlines dari Heathrow - Colombo - KLIA itu hari. Dia cerita la fasal dia pernah jumpa sorang pak cik Londonrumah004

waktu kat
Malaysia (parents dia asal Malaysia, tapi mmg dari lahir sampai besar
kat UK dan UK citizenship), pak cik tu tanya macam-macam soalan. Salah satunya tanya dia dah kahwin ke belum, etc.

Dengan bersangka baik yang pak cik tu tidak berniat untuk mengorat, maka aku gelak sebab mengingatkan Issei (NFU Jepun) dan aku pun pernah berbincang perkara yang sama.

Aku cakap kat Ness, ‘orang Malaysia memang suka tanya soalan-soalan macam tu’.

Aku balik ari tu pun kena camtu gak. Dah agaknya balik lama sekali, maka taburan soalan tu pun menumpu jer. Sampai-sampai kat KLIA itu hari, berjumpa dengan pensyarah-pensyarah KMPP yang kebetulan balik dari kursus kat Negeri Sembilan, Ustaz Azman dengan nada separuh serius separuh melawak tanya sama ada aku dah ada atau belum. Rumah050

Pastu balik kampung, jumpa famili, kak caq aku cakap benda yang sama. Waktu ade makan-makan famili (famili belah mak aku dan belah ayah aku - ayah aku ada 7-8 adik beradik (bilangan terlupa, sori ek)), mak njang aku cakap, ‘ha… lain kali kalau ada kenduri lagi, kenduri besar la pulak kot‘.

Aah. Aku kalau orang cakap benda-benda camni straight to my face, memang lidah kelu seribu bahasa. Mana la aku open sembang-sembang fasal ni, kecuali dengan kengkawan rapat atau dalam blog (Dalam blog sebab tak nampak muka korang).

Kak aku pun ada sembang sikit dalam kereta waktu balik dari menghantar dia exam kat USM itu hari pun aku rasa janggal semacam jer. Aku separuh berseloroh separuh serius bercakap kat family aku. Kalau aku nak cari, nak cari yang bleh dibawak apply Amazing Race Asia. Supaya kalo dapat, nanti kat skrin ditulis laa - Amri and …., Newlywed. Ha ha ha…

End

Pumpkin Race 3 punya laman web - Click Here
http://www.solarstreak.com/pumpkinrace3




2 Responses to “Summer”

  1.   Mohd Farizon 29 Apr 2007 at 1:36 am

    Hmm..was it “menyerap haba”? Or is it “memerangkap haba”? Aku x ingat lak..karang bg ajaran sesat mammpus aku XD

  2.   hudaon 30 Apr 2007 at 8:27 am

    hihi…bukan org malaysia suke tanya soalan mcm tu…cuma usia am menyebabkan orang suka tanya soalan tu….masa darjah satu ada tak kwn2, kakak, sedara, cikgu tanya soalan tu kat am?hihi….

Comments RSS

Leave a Reply