May 30 2007
Tips belajar (by request)
Amalina, x-student kelas tutorial MAT181 aku dulu bertanya,
.
aslkm,abg am……..
sy ni murid abg am dl…klas mat181..
sy nak tanye..mcm mane abg am blajar ek? [...deleted..] sy n kwn2 bljr gak…tapi ssh nak dpt dekan…nak mntak tips cket.. [...deleted.. ]
.
Waalaikummussalam Amalina, (aiseh, ala ala menjawab dalam kolum majalah jer)
.
Seperti yang kita ketahui sistem penilaian di Malaysia sangatlah berorientasikan peperiksaan. Maka elemen peperiksaan menjadi salah satu bahagian penting dalam mempengaruhi cara belajar.
.
Mungkin saya bukanlah seorang individu yang layak untuk memberi nasihat kepada anda kerana cara belajar saya agak teruk secara keseluruhannya (Rujuk Dani(Master USM) dan bebudak Maths yang lain kerana diorang tahu saya selalu ‘tuang’ kelas awal pagi dan merengkot atas katil).
.
Namun, saya rasa saya boleh berkongsi sedikit cara belajar saya dahulu untuk penilaian bersama. Saya bahagikan kepada beberapa jenis kuliah.
.
Kuliah pensyarah yang menarik
.
Bagi pensyarah-pensyarah yang berkeupayaan menarik minat pelajar DAN anda faham apabila masuk ke dalam kuliah itu, pergilah ke kuliahnya dan enjoy!
.
Kuliah pensyarah yang kurang menarik
Bagi pensyarah yang tak berapa best, pergi ke kuliahnya dan lihat bahagian dan topik mana yang diajar. Kerana topik yang diajar adalah topik yang keluar peperiksaan. Hal ini lebih penting jika pensyarah merujuk kepada satu buku kerana kebiasaanya ada tajuk yang ditinggalkan.
.
Tutorial
Soalan-soalan tutorial yang ridiculously a lot itu merupakan kunci kejayaan. Jika anda dapat menjawab soalan-soalan tersebut sebelum tutorial tersebut dibincangkan dalam kelas tutorial, konsisten sepanjang semester, InsyaAllah musim peperiksaan adalah musim yang paling ditunggu (kerana boleh balik rumah bila ada gaps dan tak perlu risau [dirujuk berdasarkan pengalaman]). Suka saya nyatakan yang teknik tersebut dapat saya lakukan pada tahun pertama dan kedua, tidak ketika tahun ketiga dan master (yang impaknya ditonjolkan melalui keputusan peperiksaan saya).
.
Persoalan orang normal, ’sempatkah hendak buat semua soalan tu?’. Jawapan, tidak sempat. Teknik membuat tutorial yang berkesan bagi pelajar maths ialah tinggalkan soalan yang tidak dapat dibuat dengan syarat soalan itu sudah difikirkan lebih kurang 10 minit. Kemudian, soalan itulah ditanya dalam tutorial ataupun ditanya secara peribadi kepada pensyarah.
.
Teknik kedua ialah cuba elakkan membuat tutorial bersama rakan-rakan. Jika ada rakan-rakan, jadikan mereka sebagai teman belajar, dan bukannya membuat soalan bersama-sama. Maksudnya, biarlah diorang ada kat sebelah tapi buat soalan asing-asing. Kerana, jika buat sama-sama, tak experience soalan tu. Teknik buat soalan sama-sama tu hanya berkesan untuk bebudak sains sosial jer.
.
Teknik ketiga, jangan berbicang setiap kali lepas habis jawab satu soalan. Kerana, dengan berbincang, kelajuan akan terjejas. Bincang selepas dah habis jawab semua soalan, okey. Kenapa takleh? Sebab kalau setiap kali habis menjawab satu soalan, berbincang, maka lepas habis jawab dalam 2-3 soalan 1 jam sudah berlalu. pastu terasa lapar, nak amik break. Lagi satu, setiap orang ada kelajuan masing-masing, orang yang lebih laju akan terasa bosan dan hilang mood untuk study dan orang yang lebih slow akan terasa tertekan untuk paksa diri bagi laju.
.
Have fun
.
Pastikan ada driveforce untuk study. Dulu, saya join debat dan kebiasaannya debat ada training pada waktu malam. Disebabkan saya ingin pergi ke debat dalam keadaan tenang dan tidak memikirkan fasal study, maka saya pun memaksa diri untuk study dan siapkan tutorial pada waktu siang hari [itulah sebabnya fakta kes untuk debat tak bertambah pun, mana ada masa nak cari. Kalau tak study, gi jalan-jalan BJ].
.
Kebiasaannya masa petang saya memang tidak digunakan untuk bermain di luar, tapi melepak dalam bilik buat tutorial. Terimalah hakikat yang kita perlu menjadi nerd untuk skor.
.
Walau bagaimanapun, tidaklah salah untuk keluar bermain. Orang cakap, bersenam pun boleh mencergaskan minda jugak.
.
Efektif
.
Kenali waktu efektif diri. Tanya, pada waktu bilakah anda dapat belajar dengan tumpuan yang paling tinggi. Jika tanya saya, ketika di matriks dan USM, saya paling suka buat tutorial (OMG, I sounded very nerdy) dalam pukul 6 petang.
.
Peperiksaan
.
Ketahui soalan peperiksaan. Ada beberapa topik yang selalu diulang, maka topik-topik itu mesti diketahui.
.
Oleh kerana saya sendiri pun mempunyai masalah teori, maka saya lebih memberi tumpuan kepada persoalan pengiraan berbanding konsep.
.
Walau bagaimanapun, disebabkan perbezaan pensyarah dengan cara tersendiri: Ada yang tak beri tips langsung, ada yang beri sikit-sikit, maka cara yang paling selamat ialah dengan membuat tutorial dari awal.
.
Maka, belajarlah secara konsisten dari awal. Believe me, this is the hardest part of all.
.
Dan lagi satu, disebabkan manusia itu sendiri unik, maka cara belajar itu juga tidak boleh disamakan secara umum. Jika anda dapati ada cara belajar yang lebih sesuai dengan anda, boleh gunakan cara lain. (My cheesy point is, people keep saying, ‘make a peta minda’. Yeah right.. Like it all works all the time!)
"Kejayaan dalam peperiksaan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan paling besar ialah menjadi ‘nerd’ dan dilihat sebagai ‘nerd’" (plz dun take this seriously:)










