May 14 2007

1 lagi

Published by flexin-am at 2:52 pm under Life in UK

Hari ini aku mampu tersenyum selepas keluar dari bilik peperiksaan. Satu benda yang lain fasal math ni, kebiasaanya kita boleh mengagak soalan mana yang dijawab dengan betul. It is just between do or die. Tahu kaedah boleh buat, tak tahu, pusing kot mana pun tak betul jugak. Separuh tahu, separuh markah.

Kiranya paper hari ni aku tahu la jugak. Bolehlaa.

Semalam lain pula ceritanya (Semalam = orang kedah merujuk kepada malam tadi, bukan yesterday). Aku tak dapat tido sebab tetiba jer freak out. Rasa macam benda-benda yang dah study keluar kepala otak. Mungkin tereffect melihat Chris dan Tahir duk study lagi dan membangkitkan begitu banyak soalan.

Aku log on VOIPStunt dan call mak aku. Salah jugak mengadu kat mak aku sebab aku selalunya tak berkongsi sangat masalah dengan parents. Tapi dah duk kat sini, tak tahu la pulak nak telefon sapa. Salahnya sebab tak best la bagi parent risau. Cakap sekejap jer. Lepas tu aku telefon Mahadi (x-USM Fizik). Kebetulan dia tak pergi kerja lagi, so dapat la bersembang jap.

Sembang-sembang kosong, tukar topik ini itu dan mengumpat Shila (ha ha, Shila sori ek), hilang la sikit kerisauan aku pada exam.

Sekarang 10.52 malam. Lusa ada plak lagi satu paper. Last. Hopefully won’t have much problems:)




Comments RSS

Leave a Reply