May 22 2007
Click
Mencari-cari sebentar maksud click, akhirnya aku terjumpa dalam The American Heritage® Dictionary of the English Language, Fourth Edition, click ditakrifkan sebagai ‘slang - To function well together; hit it off.’
.
Usually we described this to potray that we can get along very well with other people.
.
Komunikasi merupakan alat terpenting dalam perhubungan manusia. Bukan sahaja sekadar dalam perbualan lisan, penulisan dalam ruang sembang maya (chatroom) juga dipengaruhi oleh sejauh mana kita sekufu dengan seseorang individu.
.
Ken, host brother aku kat Jepun menulis dalam emailnya, menceritakan pengalamannya di Korea,
.
"it’s more of the matter of who are you with than where you are."
That’s exactly what I though when I was in Seoul..
I think I’ve got too much familiar friends in Seoul..
.
Jawapan kepada soalan ‘seronok ke duduk kat UK?‘. Bagi aku saat paling seronok dalam kehidupan ialah apabila kita ditemani oleh rakan-rakan yang sekufu (tak dapat la plak cari perkataan seerti).
.
Dalam beberapa hari lepas, selepas habis exam, aku mengatur jadual harian supaya dihabiskan dengan orang-orang yang aku bleh get along.
.
Spiderman 3
Khamis aku pergi tengok Spiderman 3 dengan housemates. Disebabkan aku takla ‘click’ sangat dengan diorang, maka menonton Spiderman sangatlah sesuai sebab tak perlu berbual selama 2 jam lebih, but still spend time together.
.
BBQ
Pastu aku gi BBQ ari Jumaat. BBQ kat school maths. Buk
anla berminat sangat pun tapi disebabkan
aku taknak dipandang terlalu antisosial dan ada makanan free (diorang sediakan vegetarian food. Gambar kat BBQ. Botol arak? Diorang nih melantak benda tu cam minum coke jer… )
.
Aku tetiba jer discover yang aku bleh get along dengan Valentin (gambar sebelah aku). So, duk bersembang dengan dia je la.
.
Abis BBQ, gi lepak sembang2 dengan Dina (Brunei) plak.
.
London
.
Balik rumah, aku dapat email dari Kak Sharidah. Aku kenal dia dalam YahooGroups BTN yang kitorang pergi. Dia kebetulan nak pergi Kementerian Pendidikan kat Putrajaya, so aku gi ngan dia la. [Gambar: Kak Fatma, Kak Sharidah dan aku. Diorang siap pakai jumper, aku pakai sehelai jer. 15 darjah, kira panas la kat sini.]
.
Dia bagitau yang dia baru sampai London dalam 2 bulan. Dan dia peringatkan janji dia nak belanja aku makan kalau dia dapat sampai UK (sbb plan asal dia nak gi Aussie). Aku ni, asal nak kena belanja jer, memang la excited. Tamba
han kat UK nih, makanan tau-tau jer lah harga. Disebabkan aku free, dan takde pebenda nak buat plus aku reti bersembang dengan Kak Sharidah, aku pun keluar la pergi untuk dibelanja makan Ahad lepas. Kak Sharidah bawak kawan dia Kak Fatma (contract USM, juga belajar di Imperial College London)
.
Pastu, singgah jap kat Science Museum (tak best) dan Natural History Museum (best!)
yang tak berapa jauh dari ICL.
.
Natural History Museum sangat best. Walaupun pusing tak sampai 1 bahagian (ada 4 bahagian semuanya) - geologi dan sedikit bahagian haiwan termasuk dinosour yang aku amik gambar dengan tulang dia, tapi banyak bebenda menarik.
. 
Kat part geologi ada simulasi gempa bumi. Berdiri atas bilik tu, dan dia bergegar.
.
Volunteer Award
.
Semalam aku pergi majlis penanugerahan sijil untuk volunteer. Okey la. Saja pergi sebab ada makanan free. Dan nak kill some time sebenarnya. Memula
diorang call aku untuk buat persembahan, pastu diorang cancel sebab diorang tak jadi nak masukkan slot persembahan plak.
.
Okey tak, gi majlis cami pakai cap? He he. (Huda, kawan Najah, ni gambar yang senyum. Okey kot? [Rujuk komen Attitude that goes with the outfit] )
.
Language
.
Disebabkan terlepas pandang, maka aku termiss kelas Bahasa Jerman kelmarin. Hari ni aku pergi kelas Bahasa Sepanyol dengan Chris. Ganti Tahir sekejap sebab dia takde, gi Egypt melancong. Dia ajak aku, aku tolak sebab tambang yang sama bleh digunakan untuk balik Malaysia sekali lagi.
.
Apa la, ambil la peluang tengok-tengok benda baru, ye tak? Asyik nak fikir balik Malaysia jer. Tapi aku kuat mengatakan, ‘it’s the matter of who are you with than where you are’. Dan aku tersenyum disebabkan seminggu ni aku seronok sebab menghabiskan masa dengan orang-orang yang aku boleh ‘click’!
Moral: Habiskanlah masa anda dengan orang yang bleh click ATAU tempat yang ada makanan free.
‘it’s the matter of who are you with than where you are’
its very,very true am. thats why sometimes id rather stayed at home doing nothing than goes out with someone i dont ‘click’ with… *sigh*
well that would mean that i would prob stayed home more often than i am out!
p/s do u read my blog???
I thought it was ‘clique’. I’m wrong? Maybe the UK version the called it ‘click’ rather than the US version where they call it ‘clique’..or maybe I got it all wrong..hahahahha XD
hihi….ok..jer as long menutup aurat=) at last ada pun gambar yg senyum=)