May 16 2007
It’s the end of one thing, before a new adventure begin
‘So how do you feel?’, housemate aku Pole tanya, merujuk kepada peperiksaan aku yang baru saja tamat. Aku cakap, ‘yeah okay, but now it seems like I have to think about my dissertation’.
Disertasi aku sepatutnya dianggap bermula minggu depan sampai la awal bulan 9. Aku masih lagi tak pilih topik dan penyelia. Tanya dekan aku itu hari, senang jer dia cakap, ‘Ambil sajalah apa-apa topik yang kamu minat’.
So, 2-3 hari ni la masanya untuk membelek2 tajuk-tajuk yang ada dan hunting penyelia.
Is that all? Tak juga. Tiba-tiba aku dapat email dari landlord aku memberi tanda yang dia nak bagi aku duduk situ sampai bulan 7 sahaja. Macam renyah jugak nak cari rumah baru. Dan baru jer semalam bersembang dengan mak ayah aku cakap fasal tu. Tapi aku bagitau yang aku tak kisah sangat. Dulu aku sampai hari pertama pun takde penginapan jugak. Sekarang aku ada berminggu-minggu untuk mencari, takde la masalah sangat.
Lagipun kalau terdesak, boleh je nak minta tolong Tahir. Jadi aku tak risau. Sebaliknya aku agak excited untuk berpindah. Bukannya apa, lagi banyak tempat yang didiami, lagi banyak pengalaman. Lagipun memandangkan housemate aku pun akan keluar rumah akhir bulan ni, aku pun rasa nak cari tempat yang ada orang. Sunyi jugak kalau nanti duk rumah sorang-sorang.
Aku baru jer pergi mendaftar Bahasa Jerman tadi. Ada short course free 3 bulan. So, aku amik jer la memandangkan coursemate aku dari Austria dan Germany memang bercakap dalam Bahasa Jerman. Lain kali boleh la faham apa yang diorang cakap.
Chris dan Tahir amik Bahasa Sepanyol. Disebabkan aku tak kenal sesapa yang bleh bercakap Sepanyol, tengok Ugly Betty pun sekadar mendengar perkataan-perkataan sedia faham seperti, ‘Mi amor’ dan ‘hola’, dan kat Malaysia Muzaini(UIA) sorang jer yang belajar Sepanyol sendiri2 yang aku kenal, maka aku tak amik la Bahasa Sepanyol, walaupun aku menyukai lagu N’Sync ‘Yo Te Voy Amar’ dan Mario Vasquez’s ‘Gallery (Spanish Version)’.
tak nak ganti bilik kak wahidah ke? its a bit pricey compared to rented accom. I signed up for chinese btw.
thought chinese will be more useful in the future if I will be working back home. I only kne good night in german “Guten nacht”.
german?dah jatuh hati ngan org german ka?wakakaka