May 13 2007
Kesamarataan lelaki wanita
Selalu juga aku menulis dalam blog fasal isu kesamarataan lelaki dan wanita. Ada sebahagiannya yang dipost tetapi kebanyakannya aku simpan dalam draft kerana aku rasa seperti berbaur seksis pula. Entahlah, bila aku tengok 3R, banyak jer isi-isi yang aku membidas dalam hati. Macam over sangat aku rasa bila diorang asyik cakap fasal perempuan sekarang dah boleh buat apa yang lelaki buat. Tengok, kan ke cam dah seksis tuh.
Tapi hari ini, tiba-tiba aku terfikir tentang kenapa sebenarnya aku mempunyai pendapat sedemikian rupa.
Di sini (UK), isu hak samarata agak besar impaknya. Salah satu perkara yang aku baru saja tahu ialah kalau orang kat sini bercerai, lelaki turut dapat harta sepencarian. Maksudnya, kalau isteri tu kerja besar dan berpendapatan lebih, maka lelaki dapat la jugak. Tengok macammana orang lelaki kat sini memanipulasi isu kesamarataan itu. Last-last lelaki juga yang untung. Padan la Kevin dapat harta Britney. Aku tak la amik berat kenapa. Sekarang baru tahu sebabnya.
Maka dalam kes di atas, aku tujukan kepada orang-orang 3R secara khusus dan kepada pembaca blog wanita secara amnya, korang gembira tak kalau korang tetiba bercerai, korang kena bagi harta benda yang korang kerja tu kepada x-husband?
Dalam kes tersebut aku rasa kebanyakan wanita (jika ada minor yang berfikiran sebaliknya) akan rasa tidak seronok dan tidak berapa setuju. Tanya kalau aku berada dalam situasi tersebut (harap-harap taklah di masa akan datang, kalau terjadi maksudnya aku kahwin dengan minah saleh sebab kat Malaysia takde hak camni:), aku taknak amik harta perempuan tu. Kalau digunakan perkataan ego, mungkin kurang tepat. Lebih sesuai cakap yang tidak rasa gentleman. Sekali lagi menggunakan isi - perasaan.
Timbul lagi beberapa persoalan. Orang-orang 3R cakap yang wanita boleh buat apa yang lelaki buat. Jadi kenapa cerita romantik tidak dimulakan dengan adegan wanita bayarkan bil dengan memanggil waiter, lelaki keluar dari kereta selamber jer tunggu wanita tu keluar sendiri dari kereta (ingat, aku sedang merujuk cerita romantik, ni lebih kepada contoh budaya barat sebenarnya). Dan apakata seorang lelaki memanggil wanita dengan ‘woi’ dan bercakap dengan gaya kasar seperti bercakap dengan lelaki? Itukah yang diminta?
Taklah macam tu, kitorang nak korang bagi chance sama macam yang korang dapat. Korang boleh jadi boss, kitorang pun nak jadi boss jugak. Itu jawapannya. Entahlah kalau dikatakan dari segi peluang, di Malaysia peluang luas terbuka bagi kedua-dua jantina. Kalau tidak masakan IPT dipenuhi dengan wanita. Kilang agak mendiskriminasi. Kebanyakan kilang mengambil wanita sebagai operator. Lelaki pulak ditindas.
Kitorang nak korang respect. Jangan cakap yang kitorang lemah. Jangan pandang rendah pada kitorang. Jawapan kedua. Aku tersenyum apabila 3R masuk ke USM tahun lepas, bercakap fasal politik kampus, katanya wanita dipandang rendah, tidak diberikan jawatan. Adegan 2 orang budak lelaki berlalu dan mengutuk orang 3R bertanding atas alasan jantina.
Tidak dapat dinafikan, memang ada calon wanita USM yang dikutuk (berdasarkan pengalaman sebab aku pun join sekali, ha ha), tetapi aku pasti kalau ada calon yang dikutuk, bukannya disebabkan jantina beliau, tetapi ader la masalah-masalah lain sebenarnya. Sebab kalau calon wanita tu bagus, kitorang memang respek.
Agaknya itulah sebabnya wanita inginkan kesamarataan. Oh ye ke? Rasanya salah tackle. Kenapa? Sebab kalau kesamarataan, itulah sebabnya wanita dikutuk bila dalam situasi begitu. Sebab budak lelaki pun banyak jer yang kitorang kutuk sebab kitorang rasaa diorang tak bagus, so kutuk la budak pompuan sekali ye tak. (Amaran: Mengumpat itu berdosa, Astaghfirullah).
Kenapa lelaki pandang rendah kepada wanita? Kalau dari segi fizikal, memang la secara amnya lelaki menang ye tak? Aku tertanya sendiri, kenapa pula aku adakalanya pandang rendah pada wanita. Pandang rendah dari segi kurang yakin terhadap sesetengah kemampuan seperti keluar berjalan sorang-sorang dsb (kemampuan memasak tak diragui),
Aku tersedar yang sebenarnya ini semua adalah naluri semulajadi manusia. Cuma, 2 keadaan yang berbeza. Memandang rendah dan mengutuk kemampuan wanita atau memandang rendah dan kemudian memberi peluang, ruang, perlindungan terhadap wanita. Yang kedua betul kerana dalam kes tersebut, lelaki respect wanita.
Itulah salahnya perjuangan kesamarataan. Minta wanita tolong bayar makanan, tak respect. Sesiapapun rasa benda tu tak betul, tak kira di mana bumi dia berada. Minta wanita bagi duit nafkah lepas bercerai – tak rasa macam hidup di dunia yang normal, betul tak?
Kenapa isu ini jangan dimainkan sangat? Sebab bagi aku, ini salah satu cara barat hendak melemahkan umat Islam. Kerana mereka tahu, ada perundangan Islam yang berbeza antara lelaki dan wanita. Contoh mudah seperti kuasa di tangan lelaki. Seperti kalau suami tak bagi kerja, maka tak boleh kerja. Lafaz talak dan sebagainya.
Bila kita terlalu percaya yang kesamarataan lelaki dan wanita itu perlu, maka kita akan mula lihat perundangan tersebut sebagai berat sebelah. Aku beri penafian mudah dalam contoh yang aku berikan sebelum ini. Menurut kuliah Dr Asri dalam kelas munakahat dulu, dia beritahu yang wanita sebenarnya ada hak untuk letakkan syarat sebelum kahwin (sebelum akad). Misalnya dia nak kerja plus nak ada kebebasan gi shopping dengan kengkawan bila dah kahwin nanti. Maka kalau lelaki tu setuju dan kahwin dengan dia, dan tetiba tak kasi plak lepas tu, tak dikira nusyuz kalau perempuan tu buat (ala, takkan la lelaki nak cakap takleh sebelum kahwin, ye tak. Cakap takleh, pakai tak kahwin la nampaknya).
Sekali lagi aku ulang, memang hak lelaki dan wanita tidak samarata dalam beberapa perundangan Islam, tetapi perundangan Islam sangat menghormati wanita dan mengarah lelaki untuk menghormati wanita juga.
Maka, secara kesimpulannya, aku berharap kumpulan-kumpulan pro-wanita mengubah perjuangan untuk mendapat penghormatan dari lelaki, dan bukannya kesamarataan. Segala komen atau pembetulan sangat dialu-alukan. Terima kasih.

