Jun 15 2007
Home Alone
Sejak housemates aku yang lain dah balik kampung, asal hujung minggu jer, aku mula merasa camna hidup kat London nih sorang-sorang. Ye lah, satu rumah ni, aku sorang jer pusing2. Not bad though. Okey jer. Bleh buat bising, turun tangga dengan laju (sbb rumah kat UK ni rumah papan, so ada bunyi). Chris balik Germany 2 minggu lebih. Lama tak dengar dari Tahir, maka dengan rasminya aku memang takde geng la weekend nih.
Berita fasal aku pergi audition X-factor tersebar luas kepada h
ousemates2 aku yang dah di kampung diorang. Macam biasalah, asal aku bagitau sorang jer housemate aku, yang lain semua pakat tahulah. Oh, tak citer lagi yek aku punya audition ari tu? Ala, sedih ar. Tak dapat jumpa Simon Cowell. Tunggu 12 jam aku kat stadium emirates. Stadium Emirates tu katanya home of Arsenal. Kalau kawan-kawan aku macam Maharuddin atau Najhan Hakim datang stadium nih, for sure la sebab tengok bola. Aku datang, sebab nak tengok Simon Cowell. Nampak la dari jauh. Aah, terlepas lagi la peluang aku nak masuk tv UK.
Pathetic as it sounded, aku rasa okey je plak duk sorang-sorang. Pagi tadi bangun dalam 12.30 dan terkocoh-kocoh bersiap untuk solat Jumaat. Nak kayuh basikal nak sampai universiti dah dalam 15 minit. Ari tu waktu cuti aku gi masjid, jauh sikit la. Tapi sejak aku tau yang diorang still buat solat Jumaat dalam uni, maka aku pergi kat situ la. Bukannya apa, masjid tu macam banyak sangat komuniti Pakistan. Rasanya sekali ari tu, diorang tak baca khutbah dalam BI, so dengar-dengar macam tu jer la.
Abis Jumaat tadi, dalam keadaan masih tak bersarapan, aku gi jumpa penyelia aku. Cadang nak fix date untuk minggu depan sebab dia kata dia nak suruh aku present apa yg aku dah baca dalam 18hb. Alih-alih dia suruh tanya apa yang tak faham, maka bertukarlah sesi tersebut kepada sesi perbincangan.
Tetiba sampai satu part, aku sangat blur sebab aku macam tak faham apa yang dia maksudkan, nada dia dah naik sikit, cam marah. Aah, aku kecut giler sebab aku tahu yang dia bertanyakan perkara asas. Nasib baik aku ternampak point dia. So, dapatlah aku menunjukkan yang aku faham. Satu benda yang paling sukar disembunyikan ialah muka faham/tak faham. At least berdasarkan pengalaman aku mengajar, memang bleh nampak muka seseorang tu faham atau tidak. Macam ada sinar cahaya jer kalau orang tu faham.
Berbalik kepada pensyarah aku, lepas cam nak kena marah tu, muka dia senyum balik. Ah, dia ni memang banyak senyum sebenarnya. Tak salah aku pilih dia sebagai penyelia (boleh tak kriteria pemilihan macam tu?). Tapi betul la, kalau korang nak pilih penyelia, pilihlah yang mood baik. Tu sebab orang tak sarankan pilih penyelia wanita sebab orang perempuan ni lebih teliti(ada bunyi seksis ke?). Namun, suka dinyatakan sebelum dibidas, kalau dapat yang baik, okey jer.
Other than that, selain menonton Charmed season lama, aku duk bermain New Super Mario kat DS. Oklah, dah sampai final castle dah.
Sekarang dah kul 4 pagi, tapi tak makan malam lagi. So, cadang japgi nak Subuh dulu, pastu makan apa-apa yang patut.
Best gak buat disertasi nih. Takde kuliah, so jadual tido aku - malam berjaga, pastu lelap sampai Zohor (bukan calon suami yang baik). Burung hantu betul.
sekali-sekala apa salahnyer am…sometimes perlu juga berada dalam situasi mcm tu..
pilih penilai berdasarkan gender? hmm not trying to sound feminist tapi ya. tapi id say i pun akan pilih guys sebagai penilai sebab opposite works. not all the time cos i ok je masa i kat usm :-))
yb lutfi amri:Tu sebab orang tak sarankan pilih penyelia wanita sebab orang perempuan ni lebih teliti(ada bunyi seksis ke?). Namun, suka dinyatakan sebelum dibidas, kalau dapat yang baik, okey jer.
menteri pertahanan:
bantahan yg berhormat…tuan yg dipertua isu yg dikemukakan sensitif.sy mewakili perempuan2 di malaysia esp penyelia2 n pensyarah perempuan nak merajok!!!lalalalalalalalala (”,)