Jun 11 2007

Kelas Bahasa Jerman

Published by flexin-am at 2:03 pm under Life in UK

Guten Abend. Minggu ketiga di kelas Bahasa Jerman, setelah mempelajari cara memperkenalkan diri, tempat tinggal, nombor dan pekerjaan, hari ni aku belajar pula tentang cara untuk memesan minuman di kafe. Maka keluarlah istilah-istilah seperti Weiβwein (disebut vas-vain), Rotwein dan bier yang masing-masing bermaksud white wine, red wine dan beer. Biasalah, belajar bahasa ni datang sekali dengan mempelajari budaya. Disebabkan arak nih dah cam minuman biasa diorang, maka tak hairanlah kalau diajar di kelas. Macam kalau belajar Bahasa Jepun, bleh belajar istilah tempura (I luv it), sushi(dun really like it), shashimi dan sebagainya (atau kalau gi Sushi King pun bleh belajar gak benda nih, tapi belajar Bahasa Jepun di Sushi King adalah cara pembelajaran bahasa yang memerlukan kos yang tinggi).

Mula-mula aku rasa Bahasa Jerman ni macam susah gak, dari segi sebutan memandangkan bunyinya cam pelik sikit. Tapi rupa-rupanya konsep sebutan dia sama macam Bahasa Melayu, Japan romaji, dan Sepanyol.

Contohnya seperti Bahasa Melayu baku, Bahasa Sepanyol juga menyebut ‘hospital’ dengan hos-pi-tal. Berbanding Bahasa Inggeris yang menyebut hos-pi-tl (dengan t yang ada qalqalah). Seperti Bahasa Sepanyol yang mempunyai huruf dengan sebutan yang berbeza, seperti ‘ll’ yang disebut dengan bunyi ‘y’. Contoh ‘estrella’ (bintang) disebut es-tre-ya; Bahasa Jerman mempunyai lebih banyak perbezaan yang ketara.

Antaranya seperti dibawahGerman_flag

s    dibunyi    z

w    dibunyi   v
v    dibunyi    f

Maka perkataan seperti vier (empat) dibunyikan sebagai fi-yer.

Maksud aku cukup mudah. Sekali kita sudah mengenali bunyi setiap huruf, maka tidaklah begitu susah untuk membaca buat kali yang lain. Memandangkan cara sebutan setiap perkataan sama, tidak seperti Bahasa Inggeris yang mempunyai sebutan berbeza untuk ‘nice’ dan ‘Venice’.

Cuma satu yang agak menarik ialah ada kehampiran sedikit sebutan ‘r’ dalam Bahasa Jerman dan loghat Kedah. Sebab kedua-duanya berbunyi ‘gh’. Walau bagaimanapun, kesilapan yang ketara dilakukan oleh orang yang cuba cakap Bahasa Kedah ialah sebutan ‘r’ yang salah. Kalau Jerman, bunyi r mengampiri ‘ghain’ (jawi) manakala bunyi ‘r’ kedah pula menghampiri ‘ain’.

He he. Macam tulis untuk kelas bahasa pulak. So okey adik-adik, selamat mencuba!




3 Responses to “Kelas Bahasa Jerman”

  1.   hudaon 12 Jun 2007 at 9:28 am

    siap ada tajwid tu…mantap am..=)

  2.   muzemon 14 Jun 2007 at 1:00 am

    Guten Tag!
    Wie gehts’?
    Freut mich auch!!
    Gluck und Ganze Beste!!

    *haha..dah lame aku tingai..berkarat dah knowledge german ku rupanye..:p Tschus!!.

  3.   MaRrY Go RoUnDon 15 Jun 2007 at 10:50 pm

    Bahasa Perancis lagi senang Am. Dia macam bahasa Inggeris jugak ada tenses.Tak susah sgt berbanding bahasa lain. Hehe. Nazmi.

Comments RSS

Leave a Reply