Jun 08 2007

Paris Hilton

Published by flexin-am at 6:51 pm under Television

Salah satu benda menarik apabila aku log in ke Yahoo Mail ialah berita hiburan (sama ada berita dunia atau hiburan sahaja. Berita sukan tidak termasuk dalam senarai sama sekali [Yahoo Mail mempunyai 4 pilihan sahaja iaitu berita utama, dunia, hiburan dan sukan]). Aku pulak tak tukar setting ke berita-berita dari UK (Yahoo detect your country location automatically). Kalau tak keluarlah nama artis atau orang-orang politik yang aku tak kenal.

Cerita fasal Paris Hilton menarik perhatian aku. Dalam hari ni dan semalam sahaja, cerita fasal dia dipenjarakan mencuri tumpuan. Mula-mula dia dalam penjara buat 2 hari. Kemudian, tetiba dia dikatakan sakit dan dibenarkan ditahan di rumah (home detention) dengan alat pengesan dipasang di kaki. Baru je tadi cerita fasal Paris tak perlu ke mahkamah sebaliknya dia boleh menghadiri perbicaraan melalui telefon, yang dengar sahaja macam sangat pelik dan berat sebelah, tiba-tiba 3-4 jam lepas, keluar berita fasal Paris Hilton diheret semula ke penjara dalam keadaan histeria sebab taknak balik semula ke penjara.

Wah, boleh tahan jugak cerita dia nih. Yang aku nak tergelak ialah gambaran wartawan AP dalam Yahoo News menulis,
‘She entered the courtroom disheveled and weeping, hair askew, without makeup, wearing a fuzzy gray sweat shirt over slacks’

Bukannya apa, siap describe tak pakai make up lagi tu. Ye lah, mana taknya. Mana sempat nak boh make up sebelum kena tarik masuk dalam kereta polis, ye tak?

Beralih kepada topik yang tiada kaitan dengan tajuk, aku masih lagi tertarik dengan gambaran wartawan berkenaan make up. Aku teringat waktu aku dalam sekolah menengah di rumah sepupu aku. Drama tengah disiarkan di tv. Sepupu aku tiba-tiba memanggil mak menakan aku (mak dia) untuk datang ke depan tv. ‘Mak mak, tengok dia punya sususan perabot’. Erk (terus terbalik ke belakang kalau merujuk kartun Jepun).

Ada 2 perangai yang berbeza. Satu - orang yang yang peka terhadap benda-benda kecil. Dua - yang sebaliknya. Wanita kebiasaannya dalam kategori yang pertama, namun ada juga lelaki yang dalam kategori pertama.

Yang menjadikan benda tu menarik ialah apabila seorang wanita berpakaian ‘tak hingat’ siap match kasut dengan beg tangan ataupun baru lepas facial, atau trim rambut sikit dan menunggu respon dari seorang lelaki. Kepada isteri-isteri yang tidak mendapat respon dari suami anda, maafkanlah mereka kerana mereka tidak bermaksud untuk tidak perasan. Dan jika anda dapati suami-suami anda berpakaian serabai apabila bertemu dengan kawan-kawan lelakinya, biarkanlah kerana kawan-kawan lelaki tidak perasan pun keserabaian suami anda TETAPI jika ada kawan-kawan perempuan, bantulah suami anda bersiap supaya kawan-kawan perempuan tersebut tidak akan mengumpat suami anda di belakang. Ha ha.




One Response to “Paris Hilton”

  1.   -'ShahRiLL'-on 20 Jun 2007 at 10:17 pm

    used to like her. now kinda bore with all the drama. Bet she ’s not saying “Wow, That’s Hot!” all behind the prison bars, huh? Talk about stars are blind !!

Comments RSS

Leave a Reply