Jun 23 2007

Proper Gathering

Published by flexin-am at 6:57 pm under Life in UK

Rumah aku sekarang nih dipenuhi dengan kengkawan housemates aku. Ntah berapa orang, aku pun tak tahu. Asal turun bawah jer, jumpa muka baru. Patutnya lebih 12 orang la. Diorang cam saja buat gathering sebab diorang dah musim cuti skang nih. Mengingatkan aku musim-musim debat dan waktu buat The Mole kat rumah kak aku. Sebab dah banyak sangat, so kat ruang tamu sampai ke peti ais diorang tido (peti ais dalam ruang tamu).

Walau bagaimanapun, perbezaan budaya Amerika dan Great Britain jauh berbeza. Kalau di Amerika, asal nama berkumpul jer, sure la jadi cam wild party sikit (berdasarkan tv laa). Sini, takde laa. Sekadar berborak jer. Radio pun tak buka. Pastu dalam kul 12 dah masuk tido. Kalau Muzaini, Mahadi ngan Khairul(Mirza dan Noor Khairul) datang rumah aku pun selalunya melepak sampai kul 2 pagi.

Orang-orang UK ni kurang liar sikit la berbanding US (kecuali kalo mabuk, coz I dun think I can stand much of their attitude).

Sekian report pendek jam 2.54 pagi:)




Comments RSS

Leave a Reply