Jun 07 2007

The Call

Published by flexin-am at 8:06 pm under Life in UK

‘Let me tell you the story
‘Bout the call that changed my destiny
Me and my boys went out
Just to end up in misery’
.

Separuh dari rangkap pertama lagu The Call  dari BSB. Dah berkurun dah pun lagu ni. Sukacita dimaklumkan yang post kali ini tidaklah ada kena mengena dengan lagu di atas.
.

Aku baru je lepas call dekan aku (Maths USM). Tetiba semalam dia antar email suruh bagitau apa perkembangan terbaru. Macam tahu-tahu jer result baru keluar. Agaknya seperti mana instinct ibu-ibu terhadap anak mereka, ada jugalah kot instinct dekan terhadap pelajar-pelajar tajaan.
.

Memula aku telefon steno dia dulu. Lepas je bagitahu, ‘Lutfi ni’, terus Kak Norizzah cakap, ‘Free yek?’. Aku tahu la dia merujuk pada panggilan aku yang free. Ada program kat internet (VoipStunt) yang memang tak caj untul call ke landline Malaysia dan beberapa negara lain. Tapi syaratnya kena beli juga kredit, dan kredit tu bolehlah digunakan untuk call no yang dicaj atau hantar sms. Kalo tak bayar, still bleh call dalam 5 minit (Penerangan lanjut sila rujuk web tersebut).
.

Maka, kitorang pun berbual-bual fasal telefon free tu dulu sebelum masuk ke topik result aku. Bersembang fasal result aku yang tak berapa gempak, Kak Zah menambah, ‘haaa. ni duk bercinta-cinta nih’ . Aku terus cam malu bila dia masuk topik tu. Nasib baik la muka aku bukan jenis blushing. Aku menjawab balik, ‘mana ada Kak Zah… saya memang single dari dulu sampai sekarang. Tak pernah ada pun’, aku menjawab separa melawak separa minta simpati.
.

‘Laa. Kenapa tak bagitau. Kak Zah boleh nak perkenalkan pada anak-anak buah. Anak-anak dara, ada 4 orang. Haa, pilih jer yang mana satu’, terasa macam dialog sebuah drama pulak. Aku bantai gelak. Wah, ala-ala The Bachelor la pulak (Best jugak kalo bleh buat betul, ye tak (evil grin)).
.

Lepas tu talian dipindahkan ke dekan aku. Aku terfikir-fikir, bagus jugak la takde cam to cam phone. Bayangkan betapa susahnya nak call orang kalau orang bleh nampak kita, dan sebaliknya. First, for sure la terpaksa bersiap terlebih dahulu. Takkan nak call dengan muka mengantuk, rambut serabai, ye tak? Second, takleh la nak buat respon-respon teruja, malu, menggaru kepala dan sebagainya.
.

Aku cam segan jer call Dekan bagitau result. Sebab dulu pun kat USM, Dekan aku cam tahu-tahu sendiri jer (sebab dia bleh check kat database). Tapi sebab sekarang dan cam under USM, aku rasa cam tak respek la plak kalo tak call voice to voice.
.

Dekan aku tanya apa perkembangan, selepas bincang fasal result. Aku bagitau la yang aku tengah buat disertasi, balik bulan 9. Dia nasihat supaya aku all out for dissertation. Aku pun sengih (evil grin) ketika mendengar memandangkan aku duk bercadang-cadang nak turun Central London esok. Pergi audition X-Factor (ala American Idol, UK punya). Bukan nak masuk sangat pun. Saja nak jumpa Simon Cowell. He he




One Response to “The Call”

  1.   Ailanaon 07 Jun 2007 at 9:10 pm

    serius nk jumpa simon cowell?menarik betul statement tuh..=)

Comments RSS

Leave a Reply