Jul 01 2007

9 bulan

Published by flexin-am at 5:13 pm under Life in UK

Terlupa pulak yang hari ni 1 hb. Aku tulis pun dah 2hb kat sini, kul 12.52 pagi.

9 bulan sudah berlalu sejak aku menjejakkan kaki buat kali pertama di sini (ayat ulangan setiap bulan). Sejak exam tamat, aku lebih enjoy kehidupan di sini. Walaupun aku rindu juga benda-benda yang tak ada di sini, seperti makanan Malaysia terutamanya (ada la kat Central London, tapi tak berbaloi la nak gi sana semata-mata makan).

Namun, aku rasa okey. Proses disertasi lebih seronok. Mungkin disebabkan baru sebulan. Tak terasa lagi pressure sebenar. Tapi sekurang-kurangnya, aku dapat fokus la dan membaca beserta faham. Sebelum ni baca untuk exam jer.

Buat masa sekarang, aktiviti aku jika ke universiti iala
h berjumpa lecturer, solat Jumaat dan kelas Bahasa Jerman. Aktiviti kat rumah pulak ialah seperti membela PokemonPokemon (dalam Pokemon Diamond) - sekarang ni line up aku ialah Bibarel (Lv25), Kadabra(Lv23), Graveler(Lv25), Ponyta(Lv24) dan Haunter(Lv30) serta sebiji telur yang belum menetas. Baru jer lepas menang lawan 3rd Gym Leader. Hanya Bibarel jer yang dari generasi ke 4, yang lain semuanya generasi pertama (yang dulu tunjuk kat tv tu). Esok cadang nak gi rumah Tahir untuk transfer dari Pokemon. Kalo dipindah, Kadabra, Graveler dan Haunter akan evolve. So, harap2 esok dapat bangun awal untuk gi rumah Tahir.

Selain daripada membela Pokemon, aku duk update website dengan design baru.

Untuk kali ini, aku skip dulu bahagian monthly review sebab perut dah lapar. Nak makan.




One Response to “9 bulan”

  1.   Hermaineon 01 Jul 2007 at 5:49 pm

    Hihi…

Comments RSS

Leave a Reply