Jul 05 2007
Esok ari Jumaat eh?
12.05am. Dah hari Jumaat pun. Cuma tadi, tengah duk bakar kebab dalam microwave oven (patutnya guna perkataan panaskan), aku tersedar,’oh, esok ari Jumaat eh?’ Selalunya aku jumpa supervisor setiap hari Jumaat. Minggu ni awal sikit jumpa, maka terkeliru la sedikit.
Aku teringat 2 cerita lucu yang pernah berlaku dulu.
Cerita 1
Waktu tu aku dan Mahadi duk sebilik kat Tekun. Aku ada exam hari tu dan macam biasa, exam kat USM keluar pukul 12. Habis dari exam, Mahadi datang ambil aku di depan Dewan Peperiksaan. Bukanlah disebabkan malas nak jalan balik ke Tekun memandangkan Tekun dengan Dewan Peperiksaan tu dekat sangat, tapi disebabkan kitorang memang keluar makan di desa lain.
Tak layan Tekun sebab waktu tu ada satu kafe jer dan kafe dia tak best. So, aku dan Mahadi pun pergi la ke Kafe Gemilang. Terasa nak makan kat situ agaknya hari tu. Makan dalam setengah jam, sambil tengok apa-apa yang ada kat tv, kitorang pun blah ler balik lepas makan. Memang rutinnya camtu la waktu duk kat Tekun dulu.
Nak dijadikan cerita, kitorang ikut jalan depan DTSP, walaupun boleh jer amik jalan depan Fajar Bakti (waktu tu Fajar Bakti lagi). Tetiba nampak tiga empat orang jalan ke masjid, pakai kepiah.
‘Eh, diorang ada buat aktiviti apa-apa ke kat masjid hari ni?’, aku bertanya. Mahadi macam tak tau jugak. Oh, ada la tu agaknya apa-apa. Berjalan depan Harapan, kitorang masih lagi tak terperasan. Sampailah jalan depan Kafe Harapan, aku bercakap lepas nampak 2-3 orang lagi pakai kepiah berjalan ke masjid, ‘jalan ramai-ramai macam ni, macam hari Jumaat pulak yeh’, aku bersuara. Yang bestnya, Mahadi pun jawab, ‘Ha ah laa’ sebelum beberapa saat kemudian kitorang tersedar, ‘weh, Jumaat la hari ni’.
Maka terkocoh-kocohla kitorang balik ke Tekun, mandi dan bersiap untuk solat Jumaat. Tak terperasan pulak yang hari tu hari Jumaat. Yang bestnya sebab 2-2 orang tak sedar. Ha ha
Cerita 2
Cerita ni lebih pendek. Aku tidak menyebut nama kawan aku untuk tujuan privacy. Selalunya dulu, diorang selalu tunjuk Survivor waktu hari Jumaat. Maka aku dan kawan aku ni minat jugak tengok Survivor.
Malam itu, aku dan kawan-kawan aku melepak macam biasa. Dia datang. So aku tanya la, ‘tengok tak Survivor tadi?’. Dia balas, ‘Survivor? Hari ni hari apa? Jumaat eh. Aaah, aku tak pergi sembahyang Jumaat petang tadi… Padanlah bapak aku tengok semacam jer.’
The End


