Jul 11 2007

Portsmouth - The pix you should see

Published by flexin-am at 5:17 pm under Life in UK

Hari ni aku gi Portsmouth, bandar tepi laut betul-betul di selatan United Kingdom. Pelabuhan yang menghubungkan England dengan France dan beberapa negara Eropah lain.

Pergi 12 orang dengan coursemate aku. Pergi ni pun sebab school memang dah peruntukkan duit untuk dibelanjakan untuk aktiviti sosial. So sebab free dan tak pernah sampai tempat ni, maka aku pun pergi la.

Untuk penceritaan kali ni, aku akan masukkan gambar-gambar kurang pose untuk tatapan bersama. Yer la, selalunya aku asyik masukkan gambar-gambar yang pose cam best jer, sekarang cuba lak kelainan baru.

Porstmouth1Gambar 1

Ramai-ramai melepak tepi laut. Aku yang hujung belah kanan itu. Bukan sedang berflirt-flirt eh, tapi sebab tangkap guna automatic mode 10 saat, sempat berlari ke situ jer la. Tak sempat nak panjat atas tembok tu.Porstmouth2

Gambar 2

Tema: Gambar orang yang sedang mengambil gambar orang yang mengambil gambarnya. (Rujuk Dik Cerdas)

Lepak-lepak tepi laut. Dah hilang kan aura nerd tersebut. Serabai jer aku.

Porstmouth3_1

Gambar 3

Di Blue Reef Aquarium. Gambar bersama ikan pari.
Petak 1: Kagum melihat ciptaanNya. Ikan pari ni manja-manja, so dia duk menguak-nguak dekat orang yang tengok kat tepi
Petak 2: Kuakan ikan pari yang menonjol. Reaksi sangat nyata yang orang dalam gambar tengah terasa geli sikit.
Petak 3: Orang dalam gambar mencover balik aksi-aksi kurang macho dengan ala-ala pose seronok melihat ikan-ikan pari tersebut.

Porstmouth4 Gambar 4

Petak 1: Topi dipakai sebab rambut serabai kena tiup angin. Kembang semacam jer.
Petak 2: Jumpa toilet dalam bluereef, so sempat la adjust sikit-sikit. Udy cakap, nampak tak kembang, apa rahsianya? Tak la, dia tak cakap la camtu. Dia tanya aku potong rambut ke. Tak aku jawab, balik Malaysia baru nak potong.
Petak 3: Tahan la dalam 2-3 jam, posisi kembang mula mengambil alih.

Portsmouth5 Gambar 5

Guna automatic mode selepas 10 saat, ambil 4 gambar. Gambar berbunyi, ‘cepat-cepat nak kena posing. Ah, sempat gak akhirnya’

Okey, abih dulu setakat tu.

Ader lagi gambar lain yang okey gak kelihatan. Tapi saja untuk sesi ni, upload gambar-gambar yang ada cerita disebaliknya. Sejak kebelakangan ni malas sikit nak upload gambar-gambar personal sebab pose dah mula serabai. Susah nak dapat pose-pose innocent cam dulu. He he




3 Responses to “Portsmouth - The pix you should see”

  1.   dZuLon 11 Jul 2007 at 7:40 pm

    wei, smart giler ko skrang ni… rambut panjang nmpk lg sesuai dari rambut pendek… Kakoi ne. Hv Fun Summer…

  2.   Ailanaon 12 Jul 2007 at 10:15 pm

    wau..tgk ikan pari tu,teringat kat steve irwin plak secara automatik.hehe.

  3.   NAZon 24 Jul 2007 at 7:16 pm

    cool!

Comments RSS

Leave a Reply