Archive for August, 2007

Aug 31 2007

50 tahun - Ucapan Hari Merdeka Saya

Published by flexin-am under Life in UK

Yang dihormati, rakan-rakan pembaca blog dan sesiapa yang tersinggah di muka ini. Ini merupakan ucapan kemerdekaan saya-
.

Tersandar sekejap aku di atas katil. Bukannya keletihan tapi agaknya terasa ingin rehat sebentar. Perut aku tidak begitu lapar, baru makan flapjack. Bangun tadi terasa macam berat badan bertambah, tapi lepas ditimbang di pusat kesihatan, takde pun sebarang penambahan. Aktiviti biasa di pusat kesihatan sini mahupun di USM - singgah sekejap untuk timbang berat. Bukanlah risau menambah atau berkurang, kerana biasanya berat aku stabil, tapi saja saja ingin tahu. Kalau kurang sedikit, aku tahulah yang aku kurang makan minggu tersebut.

.

Hari ini tak bertambah pun. Ingatkan kari daging 250 gram yang aku makan semalam dapat menambah 250 gram jugak. Aku tahu jisimnya 250 gram sebab aku beli daging tu di kedai sebanyak 500 gram. Ambil separuh dari yang dibeli dan masak sendiri. Aku puas hati juga dengan diri sendiri. 11 bulan lalu, dan sebenarnya 3 bulan lalu pun, aku tidak tahu memasak makanan-makanan sebegitu. Goreng telur pun tidak begitu baik. Tapi sejak kebelakangan ni, setelah aku ada masa lebih kerana sudah tiada kelas dalam tempoh disertasi, aku mencuba-cuba memasak. Hasilnya sekarang ni aku sudah tahu memasak ikan masak pedas, udang masak pedas, kari daging dan maggi goreng. Tambahan kepada nasi goreng cina, satu-satunya yang aku yakin masak dulu.

.

Dalam 6 hari, aku akan menghantar disertasi. Tiket balik sudah disahkan. Aku telefon pejabat MAS di London untuk tanya di mana aku boleh ambil tiket. Mungkin dalam minggu depan selepas aku hantar disertasi, barulah aku akan pergi ambil. Lebih kurang 2 minggu lagi aku akan balik, segala bentuk perasaan aku rasai

.

Seronok

Malaysiabeachredang
Meskipun Malaysia tidak termasuk dalam negara maju, banyak benda yang lebih menarik di Malaysia. Benda-benda yang kita biasa lalui tetapi kita tidak sedar betapa bertuahnya kita - panas dan hujan sepanjang tahun, kedai mamak yang buka 24 jam, kedai makanan halal, surau di pasaraya dan orang bukan Muslim yang hormat pada agama dan budaya kita.

.

Aku chat dengan Mahadi semalam, aku beritahu dia yang jangan lupa bawa alat-alat tulis termasuk gam. Aku beli gam di sini dah berharga 1 pound lebih.

.

Sedih?

Takdelah sedih. Aku menggunakan kayu ukur perasaan ketika di KMPP dulu. Setahun juga, tetapi bila tinggal 2-3 minggu, aku sudah mula terasa sedih memikirkan yang aku akan berpisah dengan kawan-kawan. Suasana KMPP lagilah tertutup dan jauh dari pasaraya dan KFC (sebab dekat situ dulu ada KFC sahaja), tapi aku sangat merinduinya meskipun hari ini.

.

Sekarang? Sebab mengapa aku tidak mahu masa berlalu dengan pantas ialah kerana aku ingin sebanyak masa yang boleh untuk menaip tesis. Kawan sekursus aku mengajak untuk membuat parti hari jadi sekali disebabkan dia lahir sehari selepas aku tapi aku tidak rasa sangat berminat. Tengoklah macammana. Aku bercadang untuk buat macam takde apa saja pada hari lahir aku. Sekadar menambah usia. Aku lebih suka berseloroh dengan kawan-kawan aku yang sudah genap 23 tahun lebih awal, mengatakan yang aku masih 22 tahun.

.


Aku lebih membayangkan diri aku di rumah Merbok. Berbaring tidur petang di atas katil di dalam bilik aku tanpa perlu berselimut. Bangun pagi dan makan nasi goreng. Keluar ke pekan membeli juadah berbuka puasa.
.

Aku lebih membayangkan diri aku dalam perjalanan ke USM. Memandu di atas Jambatan Pulau Pinang dan tersekat di dalam kesesakan kota. Dan berhenti memandang ke laut dari atas bukit HEP di USM. Yang mana aku tahu, aku bisa untuk duduk di situ satu dua jam, bersembang dengan seorang sahabat dan menikmati angin laut yang mungkin bercampur dengan sedikit bahana pencemaran.
.

Aku lebih membayangkan diri aku bersama kawan-kawan. Berpusing pusing BJ ataupun Gurney hanya untuk melihat-lihat. Kemudian pulang ke Khalil ataupun Subaidah (luar sebab yang kat dalam USM tak best).
.

Aku lebih membayangkan diri aku beraya bersama kawan-kawan. Menyambut suasana raya tak habis-habis di Malaysia. Yerla, puasa jer sebulan, raya pun kena sebulan jugak ke? Mengunj
ung rumah keluarga dan rakan taulan, memakan London Almond yang aku tak pernah jumpa pun di London meskipun namanya ‘London Almond’ dan kuih kacang. Biarlah hidung bertambah berminyak asalkan puas.
.Bunga_api

Aku lebih membayangkan betapa beruntungnya orang-orang Malaysia yang setiap hari menikmati benda-benda yang aku tidak dapat perolehi buat tempoh masa aku di si
ni (wah, ada rima), yang tidak sedar kerana tidak pernah kehilangan.
.

Selamat Hari Merdeka!

6 responses so far

Aug 27 2007

Racist young b****

Published by flexin-am under Life in UK

‘Haa? Balik lagi?’ steno Dekan aku cakap bila aku bagitahu dia yang aku akan balik raya ni.’Taak, kali ni balik sebab dah abis’, aku balas.
.

Kemudian talian disambungkan kepada dekan aku. Seperti biasa aku seperti menggeletar setiap kali bercakap dengan dia. Entah, kalau orang tu aku sangat respek, aku akan ada perasaan sangat tidak selesa dan nak habis cepat-cepat sesi perbualan tu dengan dia. Nampaknya, inferiority complex aku memaksa aku bertindak sedemikian rupa.
.

Aku melompat pula kepada tajuk yang aku nak cakapkan. Ceritanya bermula begini.
.

Aku mengayuh basikal balik dari membeli ayam goreng di Yiewsley. Cuaca agak mendung dan matahari hampir terbenam. Di lorong basikal, ada 3 orang budak perempuan (dalam lingkungan 8-9 tahun) sedang mengayuh-ngayuh basikal.
.

Mula-mula diorang tak bagi aku potong. 2 orang budak perempuan tu mengayuh di depan aku, cuba menghalang. Aku rileks jer. Bebudak kan? They love to play. Seorang budak perempuan lagi menyuruh 2 orang budak perempuan itu berhenti berkelakuan begitu. ‘Shut up’, nada dia agak marah. Aku anggap budak perempuan ni lebih matang dari yang 2 lagi.
.

Sampai di simpang jalan, 2 budak perempuan tu berhenti dan mem’block’ aku. Err.. nada cerita cam ala-ala aku nak kena culik jer. Anyway, nak block camna sangat kan? Ader jer jalan untuk pass. Aku pun blah jer laa, sebab apa ke hal aku nak balas balik kan? Waktu tu diorang dah mula menjerit ‘idiot’ berkali-kali. Lantak koranglah, kalau aku bereaksi lebih-lebih, memang kenalah title tu.
.

Sekali waktu aku berjaya ‘melepaskan’ diri dari 2 budak perempuan tu, salah seorang budak tu menjerit pada aku, ‘f****** chinese guy!’.
.

What??
.

Rewind: Takde sesapa pun yang kata aku ada chinese look kat Malaysia, tapi memang kat UK nih, banyak kali jugakla orang ingat aku ni Chinese. Not sure why, but I don’t mind. Orang Melayu kan ke banyak look. Ada yang muka cam Jepun, ada yang cam Paki, India, caucasian, etc. So not a big deal. My point is when the girl shout that swear words, she is referring to me. Bukannya ada orang lain kat situ.
.

Aku tak toleh ke belakang untuk menyeringai sebab aku tengah melintas jalan. Kalau ada chance pun, aku tak kot, sebab aku jarang balas balik.
.

Tapi dalam hati, aku mengutuk-ngutuk budak tu seperti mana yang aku tulis dalam tajuk. Racist young b****.
.

Ini bukanlah pertama kali aku melihat reaksi-reaksi orang yang racist kat sini. Ader orang yang racist kepada orang kulit hitam. Aku pun pernah dicakap keji waktu kat Scotland itu hari. Racist punya kes ler.
.

Cumanya hari tu, aku tak terasa apa pun. Kali ni aku cukup terasa. Mungkin disebabkan aku tahu yang budak tu akan membesar dan menjadi seorang yang menilai manusia berdasarkan luaran dan bersikap prejudis. Mungkin kerana aku tersedar yang nilai yang budak itu pelajari sebenarnya datangnya dari mak bapak dia yang juga racist. Yer lah, kalau mak bapak dia tak pernah berkelakuan macam tu, macam mana dia bleh belajar untuk bersikap prejudis. Sebab budak-budak tak mendiskriminasikan manusia berdasarkan bangsa.
.

Aku teringat ketika ditegur seorang budak perempuan caucasian dalam lingkungan 5 tahun, ‘is this your bike?’, tanya dia dengan penuh minat. Maksudnya dia tidak pernah diajar untuk takut kepada orang yang bukan sama warna kulit dengannya.
.

Perkauman ni bukannya isu mudah yang boleh dimain-mainkan. Kita boleh ajar anak-anak kita untuk membenci orang kerana perangai mereka, bukan membenci dengan kata melemparkan kata-kata carutan dan hinaan, tapi membenci dengan kata tidak menyukai perangainya supaya tidak menjadi seperti orang tersebut. Tidak menyukai seseorang kerana perangai buruk, itu satu kebiasaan, kerana kita tahu yang jika perangainya berubah kepada yang baik, kita tidak akan menangguh sedikit pun untuk menerimanya semula. Tapi bukan benci kerana bangsa atau warna kulit yang berbeza.
.

Ergh, I hate that young b*****!!!!

2 responses so far

Aug 26 2007

Support

Published by flexin-am under My Philosophy

Komen500First of all, thanks to Fariz (x-USM Transkrian, x-roommate KMPP) yang telah menggenapkan bilangan komen blog aku kepada setengah ribu.

.

Dan juga kepada kengkawan yang lain yang keep leaving their comments here. Walaupun kengkadang aku tak balas balik komen, please know that I always smile reading it (sbb so far takde la orang yang melaser dalam komen).
.

Aku di stesen West Drayton tengah hari tadi, tiba-tiba dapat satu sms dari kawan aku di Malaysia, ada problem besar katanya. Aku bagitau la yang aku kat luar, tak dapat nak call dan bincang. Sesampainya aku di stesen Paddington, Central London, aku dapat mesej dia mengatakan yang dia dah deal sikit problem tu.
.

Aku tersenyum ketika berjalan menuruni tangga, dalam perjalanan ke line Jubilee dari line Circle. There is something about support that I usually miss the point.
.

It’s something natural when we crossover people asking for help. Physical help is something. Emotional assist is something more. Ada juga beberapa orang yang mengadu masalah diorang kepada aku, tapi entah kenapa, aku tidak dapat menilai dengan adil. Ada prejudis dan sebagainya.
.

Ada beberapa orang lagi yang aku sangat bersedia untuk mendengar.
.

Tertanya-tanya aku, apa aku ni berat sebelah ke?
.

I just realize, the capability of sharing some problems is only when we are connected to the person we talk to. We feel like we are capable of giving the advice or sayings that can make the other feel comfortable.
.

Simple example, let say I’m whining about my study, having a hard time and so on; and then you say, ‘come on, get a grip. Peluang ni bukan mudah nak dapat. Bersyukur la sikit’. I say that you are missing a point. I say that you are not connected to me in that sense. That is just a mere example. Jika ter’relate’ dengan mana-mana pihak, hanyalah satu kebetulan yang mungkin disengajakan.
.

A person who is connected to me (we are still talking of the previous example) will see that I am whining because I need some support. That’s all about it.
.

What’s the point of the previous paragraphs? Simple, in order to get the support you needed, you have to tell the right person or else you may ended up wounded thinking that a person doesn’t care about you.
.

It goes on the different level. A common friend is someone you can tell that you feel sick, or require some physical help. Like telling that you have a headache and need a ride to the clinic, or asking for some hands to move the box to the car. You may not be able to share your concern towards your complicated backstabbing life.
.

Close friends is someone you seek for help physically and emotionally. Sharing some thoughts over your future, asking the opinion whether you choosing the right girl and telling your study or money problems. This kind of friend will not say that, ‘yeah, she is hot, go for it’ or ‘toksahlah, aku rasa hang tak sesuai la dengan dia sebab bla bla bla’. This kind of friend will mostly listen and go with, ‘well, if you think this is good for you…’. Sure la kalo kes2 yang obviously wrong, they are gonna say it, but they won’t turn out to be the annoying person.
.

So going further into the topics, looking for partner is seeking for more support than ever. Some to click on the different level. For example, when I tell a girl about…….
.

…..tetiba mata rasa mengantuk. Nak masuk tido. Biarlah tak habis tulis pun. Sekali sekala kan?

2 responses so far

Aug 25 2007

3 weeks left, and a pray

Published by flexin-am under Life in UK

3 minggu lagi sebelum balik Malaysia. 11 hari lagi sebelum hantar disertasi. How is my life recently? Aaar, unexpectedly good. Dissertation - goes well. Social life - not so social, just like before, but I’ve been having such a great time. Everything landed very well. Aku mula menghantar email 3-4 minggu lepas untuk mencari supervisor seterusnya. Dan sorang lecturer di Cardiff ini sangat membantu. Aku balas 2-3 ayat, bagitau yang aku tak apply lagi disebabkan tak tahu nak buat proposal, dia balas 6-7 perenggan siap dengan sumber rujukan.

Honestly, I’m a lil bit freak out. Having a good life is nice, but having one good thing after another is just making me wonder, ‘err…. am I deserved for this thing?’ Just some worries. I guess I deserve to ask myself such question. I start to plan another game in my sister school. This time I want to emphasize on the academic part. I mean, I really wanna try to give it back to the society. That is the least I can do.

Honestly, don’t you ever think whether you deserve all of this happiness? As a Muslim, we have to feel gratitude. But I wonder, is it enough.

Honestly, even all of this stuff (me coming to UK) seems bigger than I thought. I didn’t think it as a big stuff. I think it as some phase I have to go thru just like going to USM and stuff (and stuff = etc). Just like recently when all of those chaotic life was over, I started to realize how big this opportunity is.

I just pray, for whatever I got, I will be able to use it in a good way, help other people and and at least make a place or make a person having a better life.

As this world is so drifting towards the wrong side, I really need some strength…

No responses yet

Aug 21 2007

Sometimes we fail to see a bigger picture

Published by flexin-am under My Philosophy

A long time since I wrote under this category. Sitting on my couch (actually just a chair, but couch does sound better, innit?) I think, how sometimes we fail to see a bigger picture. Of what? Of ourselves.
.

Some people try very hard to become other person. Under a circumstance where we want to become a better person, adoring some other human being because of their richness of heart and attitude, I always agree that it is good try on that. Try on becoming someone better. That is one of the purpose of life. Learn what is wrong and what is right, learn from the past mistake and try to become a better man (Robbie Williams’ song start to play in my head).

.

But in general case, we usually love to become other person of how they look like. We hope of becoming someone who we consider doesn’t fall under our league. Probably because we are too fat, or too skinny, not muscular enough or not petite enough, do not have designer cloth and cool mobile phone; all of our dreams of having the opposite of that totally for wrong reasons. We want to be fit but not because we want to be healthy, but to woo and impress some girls or guys. We want to wear fancy things, not just because we think it looks nice, but to show that we got some class that other people don’t. We want to have some big car and cool mobile phone that can have all of the function it possible so fFrame
ar, not because we want to have a smooth and safer journey (for car, as more expensive cars do have more things to offer) or so that we can read our email on our phone, and make an ease of sending some pictures to friends, but just as to show off and never really use most of the function.

.

I am using the word ‘we’, because I think that I may have that kind of bad intention once and a while. And I told myself, I just don’t see the bigger picture.

.

I give you one example and I am sure that you will be able to relate with yourself. I am skinny. It is. With 174cm and 54.8kg, you can count my BMI and see for yourself. I was feeling inferior because of it, yada yada yada, all past stories. That is what I was thinking when I sat on my couch. I am relatively healthy, not having aneroxia of course, but I’m just skinny. Some people do mention about my weight but I think that I shouldn’t care much about that. I have the luxury of eating whatever I want, and whenever I want. I can eat before sleep and I can have snack between the meal and I can eat delicious food a lot without having worries some people have. It is a luxury but I sometimes failed to see it.

.

You can go on, thinking of the luxury you have of being yourself. I guess I don’t have to start comparing ourselves with the unlucky disable people out there because just by comparing to them, we are sure that we are lucky enough to be our own self.

[Picture from Gadgetell]

3 responses so far

Aug 19 2007

Publisiti Murahan di Kem BTN | My amazing race

Published by flexin-am under Life in UK

Tajuk semacam jer ek. He he. Aku baru sembang dengan Mahadi. InsyaAllah dia akan sampai di UK pada bulan 9 ni. Sambung Master dia di Dundee University Scotland. Dia baru jer lepas balik dari kem BTN. Semua yang nak fly wajib kena pergi. Tapi yang bestnya diorang punya sesi, buat pertama kalinya dibuat di hotel. Sangat best la itu macam. Kalo kat hotel, sure la tido ada air-conditioner (tidaklah jealous sekarang ini disebabkan aku lebih mengharapkan ada pemanas berbanding air-con di sini sebab cuaca still sejuk), makan sedap etc.

.

Anyway, yang bestnya, Mahadi cerita fasal ada seorang budak Taman Ria (Sungai Petani) yang turut bersama dia dalam kem BTN bersembang. Beginilah agaknya bunyinya (difiksyenkan sedikit untuk menjadikan cerita lebih menarik).

.

‘Oh, aku ada baca blog seorang budak Merbok ni. Dia kat UK sekarang,’ kata budak tersebut. ‘Hang kenal tak agaknya?’ tanyanya kepada Mahadi. Mahadi cakap, memula dia cam tak nak mengaku (cis…), tapi kemudian dia ceritalah jugak fasal dia kenal aku.

.

He he, ala ala ader publisiti murahan la plak (Sori laa, aku ni memang mencapap sikit [Minta maaf ini ditujukan kepada pembaca pembaca baru yang tidak mengenali aku, terutamanya yang mungkin melompat dari blog Nizam Bakeri UIA. Segan gak aku dilinkkan dari blog dia. Sebab blog dia ala-ala bertemakan isu semasa, sekali melompat ke tema self obsession punya orang (kalo tak selalu, kadangkala)])

.

Anyway…

.

18 hari tinggal sebelum deadline. Lepas tu aku akan buat my ‘personal amazing race’. Bukannya apa, sebab aku kena keluar dari kolej kediaman pada 7hb. Tapi aku still kena stay sini sampai 18hb sebab ada hal.

.

Maka aku pun telah memplan pitstop-pitstop yang akan aku buat untuk mengelakkan dari menyewa bilik kat sini yang mana akan kosnya lebih kurang sama dengan aku buat plan ni.

.

September

.

.

Route 1   [2 days]
9 Sept
London Stanstead to Roma Ciampiano (Rome), Italy

.

Task: Berjalan-jalan around Rome and spend as little as I could.

.

Route 2   [1 day]
11 Sept
Roma Ciampiano to London Stanstead
Depart at 6am+- and arrive around 10am

.

Task: Dalam masa 2 jam, cuba sampai di Victoria Greenline Station untuk catchup bus tambang murah (12 pound pergi balik London-Dundee) yang telah dibeli tiketnya sebulan lebih awal

.Amazing_race
Route 3  [3 days]
Still 11 Sept
London to Dundee
Depart around 12pm and arrive around 11pm++

.

Task: Jumpa Mahadi, spend 3 hari kat bilik dia bagi mengelakkan keperluan untuk menyewa bilik di London; start puasa pada 13 hb. Disebabkan 3 hari, maka bolehlah solat jamak qasar:)

.

Route 4   [3 days and half]
15 Sept
Dundee to Tahir’s House, East London
Depart around 8am and arrive around 5pm

.

Task: Berpuasa di dalam bas, lepak kat rumah Tahir.

.

Final Route [1 day and half]
18 Sept and 19th Sept
London Heathrow to KLIA to Penang
Depart around 10pm of 18th
Arrive around 5pm of 19th in KLIA
And arrive in Penang International Airport around 11pm

.

Task: Balik kampung.

.

Jumlah hari: 11 hari
————————–

.

It does sound like fun, right? Alhamdulillah. Guess that’s a good way of ending up such a terrible 6-7 months life experience in here. And yeah, to mark my beginning of 23. Hello, I am still 22 okay? [Ha ha, that's the example of self-obsession I was talking about]

2 responses so far

Aug 18 2007

Konvo

Published by flexin-am under Life in UK

Tahniah kepada setiap kengkawan yang bergraduasi. Kebanyakannya tak menerima ucapan daripada aku. Tak apa kot. Rasanya korang lebih enjoy menyambut kat sana. So takde ler ada effect sangat, ye tak?

Anyway, aku hanya ingin berkongsi kedukaan family Fadliz Ahmad yang meninggal dunia dalam kemalangan bas ekspress di Bukit Gantang Isnin lalu. Entah kenapa, aku rasa sedikit sebak setiap kali membaca fasal berita ini. Tidaklah rapat dengan arwah. Rasanya tak pernah tegur pun. Tapi disebabkan pernah nampak di USM dulu, maka mungkin terasa sedikit.
.

Konvo

Gambar ini diprintscreen dari Utusan Online (klik sini).

Semoga roh arwah dicucuri rahmat yang Esa.

One response so far

Aug 18 2007

Lately

Published by flexin-am under Life in UK

How is it going? People asked. Well, okay. Yeah, I mean it this time. Contrary to the early period (6-7 months, not that early, half way probably), I was suffering a lot trying to adapt and cope with the study. Lately, Alhamdulillah, it is quite a smooth sailing for me. Dissertation is going fine. Probably not great, but fine is good enough for me. 3 weeks left and I am feeling fine about it.
.

Friends in USM seems to enjoy their convocation. Too bad I am not there to see and be a part of it. Kinda missing the convocation week as it is not happening here in Brunel. The convocation is basically about the ceremony. They don’t have stall, sales and performance. Who am I kidding? Usually back in USM, this is the time I will take the opportunity of going home. The reason is simple - during the convocation week, we don’t have classes (sometimes lecturer canceled it, or postponed <-that’s the word they use), and the cafe close. And the food in the convocation area is so overpriced and not necessarily delicious regardless how cool they try to name the food with some creative idea.
.

Congratulations anyway to my friends who are having the convocation this year. Life has just begun.
.

Other than that, it is pretty much sucks in here. As the Maghrib start to crawl earlier (now it is 8.30+-) and the sun rises at around 6 am, which is still early compare to Malaysia but before this, it is 5am), it seems like we are having a rainy period since last week. The weather is crap a lil bit. No sun and wet outside. It is cold even during the day.
.

I basically practise the same routine everyday. Sleeps when the sunrise and wake up during the afternoon. How cool is that?

One response so far

Aug 15 2007

Seperti rindukan mentari di kala musim dingin

Published by flexin-am under Life in UK

kau ku rindu, seperti mentari di kala musim dingin
ku bernafas dengan kirim rindumu yang dibawa angin

.

If_you_smThose are the lines of my so-called new released single which you can watch on YouTube here, or if you are in USM and USM block YouTube video, you can download it from my webpage here - which is If You’re Not The One Malay & English Version
. And those are my favourite lines.

.
Kenapa? Pertama, mungkin disebabkan ada berima pada akhir. Tapi aku sangat suka perumpamaan yang aku berikan (Inilah yang orang panggil syok sendiri).

.
Baris-baris tersebut sebenarnya dari lirik

.

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today

Dalam otak aku mula-mula terfikir, agaknya okay juga kalau diterjemahkan sebagai
‘kau ku rindu, badan nyawa….. ‘, err… tak sedap pun bunyinya. Tapi last-last dapat jugak: Oh, amacam kalau ’seperti mentari di kala musim dingin’.

.
Walaupun maksudnya agak tidak sama, tetapi intipatinya menepati versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (Intipati tu apa? Soalan 1/4 phobia sebab dulu puas menerangkan tapi….. [cerita tak best, terhenti seketika]).
.

Maka datanglah bahagian ’seperti mentari di kala musim dingin’. Ataupun kalau ditulis secara asing, lebih sedap : ’seperti rindukan mentari di kala musim dingin’. Pepatah lama biasanya menggunakan ‘bagaikan pungguk rindukan bulan’. Dan banyak jugalah orang yang menggunakan ‘bulan’ untuk perlambangan sesuatu yang indah. Jarang la kita dengar mentari, ye tak? Mana taknya, kat Malaysia, tiap-tiap hari panas maka siapa nak cakap camtu, ye tak, ditambah pula dengan pemanasan global kini.
.

Tapi salah satu pengalaman menarik di UK ialah betapa seronok rasanya kalau matahari keluar pada musim sejuk. Mana taknya, kadang-kadang 2-3 hari asyik mendung sepanjang hari. Kulit memanglah tak terkena sinar ultra ungu yang berbahaya tetapi Vitamin D pun takde jugak. Hasilnya, memang rasa sunyi jer, seperti orang Malaysia yang biasanya kalo lepas hujan dan mendung, makan cucur pisang dan minum kopi tapi bayangkan sepanjang hari macam tu.
.

Maka dengan itulah aku membuat perumpamaan: seperti rindukan mentari di kala musim dingin.
.

Oh ya, sebenarnya aku dah buat pun versi BM untuk Umbrella, tapi rasa cam tak best. If You’re Not The One ni pun sebab by-request. Kimi (Dbt USM) cakap lepas aku bagi dengar demo version, ‘jiwang jiwang’. Err.. setuju jugak. I guess I prefer the title ‘geek’ or ’straight-to-the-point-unromantic-guy’ daripada ‘jiwang’, ’sensitive’ dan sewaktu dengannya. Takpe-takpe, next on the line: lagu Geek In The Pink - Jason Mraz plak:)

One response so far

Aug 14 2007

If You’re Not The One

Published by flexin-am under Music

If_you_1New song: If You’re Not The One - English and Malay version as well. Done some translation and there you go.

Check the video clip on YouTube

Malay version

 

English version

No responses yet

Next »