Aug 31 2007

50 tahun - Ucapan Hari Merdeka Saya

Published by flexin-am at 8:21 am under Life in UK

Yang dihormati, rakan-rakan pembaca blog dan sesiapa yang tersinggah di muka ini. Ini merupakan ucapan kemerdekaan saya-
.

Tersandar sekejap aku di atas katil. Bukannya keletihan tapi agaknya terasa ingin rehat sebentar. Perut aku tidak begitu lapar, baru makan flapjack. Bangun tadi terasa macam berat badan bertambah, tapi lepas ditimbang di pusat kesihatan, takde pun sebarang penambahan. Aktiviti biasa di pusat kesihatan sini mahupun di USM - singgah sekejap untuk timbang berat. Bukanlah risau menambah atau berkurang, kerana biasanya berat aku stabil, tapi saja saja ingin tahu. Kalau kurang sedikit, aku tahulah yang aku kurang makan minggu tersebut.

.

Hari ini tak bertambah pun. Ingatkan kari daging 250 gram yang aku makan semalam dapat menambah 250 gram jugak. Aku tahu jisimnya 250 gram sebab aku beli daging tu di kedai sebanyak 500 gram. Ambil separuh dari yang dibeli dan masak sendiri. Aku puas hati juga dengan diri sendiri. 11 bulan lalu, dan sebenarnya 3 bulan lalu pun, aku tidak tahu memasak makanan-makanan sebegitu. Goreng telur pun tidak begitu baik. Tapi sejak kebelakangan ni, setelah aku ada masa lebih kerana sudah tiada kelas dalam tempoh disertasi, aku mencuba-cuba memasak. Hasilnya sekarang ni aku sudah tahu memasak ikan masak pedas, udang masak pedas, kari daging dan maggi goreng. Tambahan kepada nasi goreng cina, satu-satunya yang aku yakin masak dulu.

.

Dalam 6 hari, aku akan menghantar disertasi. Tiket balik sudah disahkan. Aku telefon pejabat MAS di London untuk tanya di mana aku boleh ambil tiket. Mungkin dalam minggu depan selepas aku hantar disertasi, barulah aku akan pergi ambil. Lebih kurang 2 minggu lagi aku akan balik, segala bentuk perasaan aku rasai

.

Seronok

Malaysiabeachredang
Meskipun Malaysia tidak termasuk dalam negara maju, banyak benda yang lebih menarik di Malaysia. Benda-benda yang kita biasa lalui tetapi kita tidak sedar betapa bertuahnya kita - panas dan hujan sepanjang tahun, kedai mamak yang buka 24 jam, kedai makanan halal, surau di pasaraya dan orang bukan Muslim yang hormat pada agama dan budaya kita.

.

Aku chat dengan Mahadi semalam, aku beritahu dia yang jangan lupa bawa alat-alat tulis termasuk gam. Aku beli gam di sini dah berharga 1 pound lebih.

.

Sedih?

Takdelah sedih. Aku menggunakan kayu ukur perasaan ketika di KMPP dulu. Setahun juga, tetapi bila tinggal 2-3 minggu, aku sudah mula terasa sedih memikirkan yang aku akan berpisah dengan kawan-kawan. Suasana KMPP lagilah tertutup dan jauh dari pasaraya dan KFC (sebab dekat situ dulu ada KFC sahaja), tapi aku sangat merinduinya meskipun hari ini.

.

Sekarang? Sebab mengapa aku tidak mahu masa berlalu dengan pantas ialah kerana aku ingin sebanyak masa yang boleh untuk menaip tesis. Kawan sekursus aku mengajak untuk membuat parti hari jadi sekali disebabkan dia lahir sehari selepas aku tapi aku tidak rasa sangat berminat. Tengoklah macammana. Aku bercadang untuk buat macam takde apa saja pada hari lahir aku. Sekadar menambah usia. Aku lebih suka berseloroh dengan kawan-kawan aku yang sudah genap 23 tahun lebih awal, mengatakan yang aku masih 22 tahun.

.


Aku lebih membayangkan diri aku di rumah Merbok. Berbaring tidur petang di atas katil di dalam bilik aku tanpa perlu berselimut. Bangun pagi dan makan nasi goreng. Keluar ke pekan membeli juadah berbuka puasa.
.

Aku lebih membayangkan diri aku dalam perjalanan ke USM. Memandu di atas Jambatan Pulau Pinang dan tersekat di dalam kesesakan kota. Dan berhenti memandang ke laut dari atas bukit HEP di USM. Yang mana aku tahu, aku bisa untuk duduk di situ satu dua jam, bersembang dengan seorang sahabat dan menikmati angin laut yang mungkin bercampur dengan sedikit bahana pencemaran.
.

Aku lebih membayangkan diri aku bersama kawan-kawan. Berpusing pusing BJ ataupun Gurney hanya untuk melihat-lihat. Kemudian pulang ke Khalil ataupun Subaidah (luar sebab yang kat dalam USM tak best).
.

Aku lebih membayangkan diri aku beraya bersama kawan-kawan. Menyambut suasana raya tak habis-habis di Malaysia. Yerla, puasa jer sebulan, raya pun kena sebulan jugak ke? Mengunj
ung rumah keluarga dan rakan taulan, memakan London Almond yang aku tak pernah jumpa pun di London meskipun namanya ‘London Almond’ dan kuih kacang. Biarlah hidung bertambah berminyak asalkan puas.
.Bunga_api

Aku lebih membayangkan betapa beruntungnya orang-orang Malaysia yang setiap hari menikmati benda-benda yang aku tidak dapat perolehi buat tempoh masa aku di si
ni (wah, ada rima), yang tidak sedar kerana tidak pernah kehilangan.
.

Selamat Hari Merdeka!




6 Responses to “50 tahun - Ucapan Hari Merdeka Saya”

  1.   Faizaon 31 Aug 2007 at 9:16 am

    am…honestly,story hari merdeka awak ni sungguh interesting…and you have an added value cause you had an experienced study in abroad..then baru lah kite tahu erti kemerdekaan yg sebenar..right…selamat hari merdeka am!!!….:)

  2.   shayon 01 Sep 2007 at 9:28 am

    yup man ur rite…we dont realized it until we lost it..we wont appreciate it until we miss it..cheer up man..theres nothing much that u r missing rite here..m’sia will still be the same from the time you left it and until the time you came back to it..dont think about it so much look on the bright side..uve got the chance that thousand have been draeam of..enjoy ur life..life would much better if you looked on the + side..trust me..cheer up..

  3.   diyanaSon 01 Sep 2007 at 8:37 pm

    awww ~

    -ds-

  4.   NAZon 02 Sep 2007 at 5:39 pm

    Nice post, mate… dan gambar bunga api di belakang Seri Sentosa Bridge, Putrajaya tu…. mmg best.. Aku sure hg dh sedia maklum bahawa Putrajaya jadi hos utk Malaysia International Fireworks Competition 2007 (MIFC) yg baru saja habis semalam (2 Sept).. I saw fireworks drpd team Malaysia, Australia dan Japan. Italy x sempat nak tengok… This is a world class event dan Malaysia telah membuktikan sekali lagi keupayaannya untuk menganjurkan acara berprestij.. Sokongan rakyat terhadap MIFC ni (>100,000 pengunjung setiap mlm) juga membuktikan sokongan rakyat Malaysia yg tak berbelah bagi memberi sokongan terhadap segala usaha memartabatkan negara di mata dunia…

    Happy Merdeka Day..

    p/s: Hope to see u soon, mate

  5.   Hermaineon 02 Sep 2007 at 11:36 pm

    Ucapan yang baik

  6.   Mohd Farizon 21 Sep 2007 at 7:14 am

    Duh..ang x jumpa Almond London kt London ker? Maybe ang kena search kt tenet dan tgk sapa pencipta Almond London ni..

Comments RSS

Leave a Reply